Monday, June 30, 2014

10 Tips To Help Moms Make Ramadhan Fun For Kids

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Selamat Hari Isnin!!
Amacam hari korang hari ni?... First day puasa dalam menjalani aktiviti kita seharian...
Mama hari ini agak 'lemau'. Akibat sampai dari kampung lambat malam tadi.
Dalam pukul 10malam lepas berbuka semua, kami baru gerak balik ke sini.
Dalam pukul 2.30pagi baru sampai rumah. Akibat jem dan ada road block. Huhu
Nasib baik boleh bangun sahur lagi pagi tadi.

Okla, mama nak lelap jap. Sebelum tu mama nak kongsikan :

Sumber : Facebook

SEMOGA BERMANFAAT ^_^

Wallahua'lam

Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
 
Selamat Hari Sabtu!!!
 
Sumber : Whatsapp
 
Mama dah kat kampung papa ni, sambut puasa kat sini. Malam tadi gerak lepas Maghrib.
Singgah kejap kat rumah kakak ipar, dia sekeluarga nak tumpang.
Okla tu, alang-alang kereta kosong, jimat sikit.
 
Dalam petang sikit, ingat nak cari barang sikit untuk sahur.
Sahur mula-mula ni, biasala, bersemangat.
Tunggu dah pertengahan dan penghujung, selalunya dah longlai masing-masing. Hehehe
 
Dalam sibuk nak buat persiapan, persiapan mental dan fizikal, rohani dan jasmani tu harus.
Dan yang penting, NIAT. Itu memang penting.
 
Sumber : Google
 
SELAMAT BERPUASA!!
 
Wallahua'lam
 

Friday, June 27, 2014

Salam Jumaat

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
 
 
Selamat Hari Jumaat!!!...
 
Hari ni awal sikit bersiaran. Cuaca dah baik dengan hujan pagi hari ni.
Semacam nak sambut bulan Ramadhan Ahad ini.
Semua dah bersedia fizikal dan mental, rohani dan jasmani dalam nak menghadapi Ramadhan?
 
Once masuk Ramadhan, jom kita marathon.
Bukan mama ajak marathon berlari tu, mau semput acik.
Mama ajak jom kita bermarathon beribadat terutama dalam 10 malam terakhir.
 
JOM...JOM...
 
http://mamapapaamir.blogspot.com
 
Wallahua'lam
 

Thursday, June 26, 2014

Penangan Durian

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Lambat betul mama bersiaran hari ini.
Kebetulan hari ini kat opis ada 'Durian Party'.
Pastu dalam lewat petang kat HQ ada 'Durian Attack'
Waduh! Boleh mabuk macamni.
Naik lif pon bau durian.
Partner mama bukan peminat durian.
Kesian kat dia. Mabuk jadinya.
Kepada peminat durian, sekarang musim durian.
Bolehla pulun sebelum bulan Ramadhan.
Kalau dah bulan Ramadhan, baik-baik ye.
Kalau ikut pada keluarga mama, lepas makan durian, tuang air dalam pangsa durian (ruang di bahagian dalam kulit durian), minum airnya untuk hilang panas badan.
Lain orang lain kot petuanya.
Kalau ada yang berminat berkongsi, bagus juga.
Boleh tambah pengetahuan.
Wallahua'lam

Wednesday, June 25, 2014

Wordless Wednesday - Jom Aktif Sekarang!!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Sumber : Facebook

Tuesday, June 24, 2014

blogwalking SEBELUM puasa

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah




Jom kita meriahkan segmen sahabat kita ni.
Bole klik kat banner atau kat SINI.

Jerebu mula kembali

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Sahabat-sahabat mama perasan tak dah mula jerebu balik.
Kat kawasan lain mama tak pasti tapi kawasan mama, memang dah mula.
Matahari pun nampak warna oren, bukan kuning macam biasa.

Bila cek-cek :



Memang ada jerebu la sikit. Ni bacaan untuk hari ini. 
Kawasan Banting dah masuk Zon Kuning (Tidak Sihat).

Mama minta maaf tak dapat nak share semua kawasan. Sahabat-sahabat bole check kat Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk kawasan sahabat-sahabat.

Apa-apapun jaga diri dan kesihatan kita ye.

Wallahu a'lam

Selamat hari SELASA!!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat hari selasa!!
Kejap je dah selasa. Nanti tup tup dah Ahad, insya Allah kita mula puasa.

Bercakap tentang puasa, mama nak kongsikan gambar yang mama dapat dari Facebook :


Rasanya ramai yang dah baca sebelum ni.
Yang dah lupa, jom kita ingat sama-sama.
Yang masih ingat, bagus...bagus...

Yela, kadang-kadang kita terlepas pandang yang sepatutnya didahulukan. Selalu kita dengar dan kadang kita sendiri ada buat yang mana bila puasa penuh je sebulan, mesti dapat ganjaran.

Apa kata kita praktik yang sama untuk solat. Tapi lebih baik kita galakkan dengan ganjaran pahala dan dosa. Sekurangnya mereka lebih mengharapkan ganjaran daripada Allah berbanding ganjaran berbentuk duniawi. Betul tak?

Kalau mama tak betul, harap ada yang sudi menegur. Insya Allah, mama boleh terima untuk kebaikan mama juga. Ini sekadar pandangan dan pendapat peribadi mama.

Wallahua'lam

Monday, June 23, 2014

Selamat Hari ISNIN!!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat pagi dan selamat hari Isnin!!!

Amacam mood hari ni?. Ada baik?.
Jom start enjin dari sekarang, takut lambat panas enjin, tak tercatch-up pulak nanti. Hehe

Sumber : Google

Sunday, June 22, 2014

A must try - Willy Satay

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Hi semua.
Kalau mama cerita pasal makan bole tak? Hehe
Hari ini ayah mama teringin makan sate sebagai makan malam. Jadinya adik cadangkan satay kat Sungai Ramal, Kajang. 
Cari punya cari, ada kat Ramal Food Junction.
Nama kedai Willy Satay. Hebat kan nama dia.


Ingat tak ramai orang, wah sekali beratur panjang sampai terkeluar kedai gitu.
Rasanya? Bagi mama lagi sedap. Dagingnya pon lembut. Disebabkan lidah masing-masing lain, apa kata korang cuba dulu. Motonya - "The Taste You'll Never Forget". Kelas gitu kan??
Kalau nak cuba, dia berada di tepi Lebuhraya SILK dari Putrajaya menghala ke KL selepas susur Sekolah Agama Maahad Muhamadiah berhampiran susur Cheras. Kalau dari tepi lebuhraya tu nampak berasap-asap, hah dia la tu.
Nak maklumkan yang Willy Satay akan tutup mulai 28 - 30 Jun 2014 (Sabtu - Isnin) sempena sambutan Awal Ramadhan dan akan mula beroperasi pada 1 Julai 2014 (Selasa).
Mama promote sekadar untuk sahabat-sahabat mama mencuba lain dari biasa. Cubalah ek.

Wallahu a'lam

Alhamdulillah...terima kasih...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat hari Ahad!!!
Lambat betul bersiaran ye. Hehe

Hari ini, mak ayah mama ada buat kenduri tahlil serta doa selamat sempena kedatangan bulan Ramadhan.
Jadinya, agak sibuk sikit juga hari ini.
Tambahan pula, mama ada dapat jemputan, kenduri khawin kawan di Gombak.
Sekali jalan la bawak Amir berjalan. Hehe

Dalam awal minggu ni, mama dapat hadiah daripada sahabat blogger kita sebab menang GA anjuran +Mohamad Khairil  (Diari Jejaka Hangat). Alhamdulillah, menang top up RM 5. Jadi la kan. Pihak penganjur Whatsapp no topup, jadinya mama takde la gambar. Terima kasih banyak-banyak.

Selain itu, mama pon menang GA anjuran +D Deno. Hadiahnya doodle. Deno sent kat facebook. 
Comei kan doodle Deno.


Alhamdulillah, mama juga dapat hasil menang GA.


Alhamdulillah, bersyukur sangat. Terima kasih kepada yang memberi.

Tujuan sebanar untuk menambah kenalan dan support sahabat-sahabat tapi bila menang ni, memang bersyukur sangat sebab mostly En Random yang tolong pilih.

Apa-apapon, kalau ada yang sudi nak ajak join GA, meh jemput mama, jangan segan-segan ye.

Alhamdulillah...terima kasih...

Saturday, June 21, 2014

Selamat Hari Sabtu!!!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat hari sabtu semua!!!
Minta maaf lambat sikit bersiaran hari ini. Mama dan papa kerja hari ini.

Tapi disebabkan nenek Amir tidak berkelapangan hari ini, jadinya mama bawak Amir tadi ke pejabat.
Seronok betul dia first time g ofis mama. Main dengan pensel dan pen, main dengan gam (gunting tak ye sebab mama belum berani nak bagi lagi), main dengan mesin fotostat (kebetulan memang planning hari ini nak fotostat banyak benda). Pastu balik, dari LRT Putra Masjid Jamek pergi ke KL Sentral sebab pejabat papa kat sana. Double triple seronok la dia hari ini sampaikan tertido dalam kereta. Penat sangat tu.


Selamat berhujung minggu semua!!
Semoga segala perancangan kalian lancar seperti mana yang dirancangkan...^_^

Wallahua a'lam

Friday, June 20, 2014

Salam Jumaat - Two equipment needed when seeking Allah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Sumber : Pinterest

Selamat Hari Jumaat!!
Jangan lupa kepada kaum Adam untuk bersolat Jumaat hari ini.

Wallahua'lam

Thursday, June 19, 2014

Spontaneous Thursday - Allah Maha Mengetahui

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Sumber : Facebook

Innalillahi wainnailaihi rajiun
Salam takziah daripada kami sekeluarga buat keluarga blogger +Syuhada Baharudin 
Walaupun tidak mengenali beliau secara rapat, beliau memang rajin support segmen sahabat-sahabat serta rajin menziarahi blog sahabat-sahabat
Semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang beriman...aamiin


Wallahu a'lam

Wednesday, June 18, 2014

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Jom...jom...kita meriahkan segmen sahabat kita ni...

Nak join, bole klik kat banner atas ataupun klik SINI

' Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

 photo PicsArt_1399658091312_20140510_015633_zps327cecf4.jpg

Jom join dan meriahkan contest sahabat kita ni. 

Nak join, bole klik kat banner atau kat SINI