Friday, February 27, 2015
Istighfar
Wednesday, February 25, 2015
Syukuri Apa Adanya
Sebenarnya nak balik Perak, nak ambil mentua. Mentua teringin nak ke sini. Mulanya mereka nak naik bas, taknak susahkan anak-anak. Uish, tak sampai hati pulak dengar mereka naik bas. Apalagi, MPA dan suami sepakat ambil mereka. Takpelah, sementara mereka masih ada lagi. Nanti dah takde, harap tak ada apa yang nak dikesalkan.
Harap maaf, MPA bukan niat nak bangga diri dan bermegah. Cuma kita sebagai anak, mestilah hargai kedua ibubapa baik yang kandung, mentua, angkat, mahupun tiri. Walaupun tidak dinafikan ada yang cerewet, bengkeng dan bersikap kasar, tapi mereka adalah 'lubuk' pahala kita.
Beruntung kita masih dipinjamkan Allah untuk bersama mereka. Bayangkan bagaimana perasaan sahabat yang ibubapanya telah kembali kepada Maha Pencipta.
Harap tiada yang berkecil hati mahupun berasa hati. Kepada yang dah lama tak hubungi ibubapa, jom kita hubungi tanya khabar dan perkembangan mereka. Kepada yang sudah lama tak balik kampung, jom curi masa sikit hujung minggu kita ziarah ibubapa kita. Kepada yang telah tiada, jom kita berdoa dan bersedekah atas nama mereka, mudah-mudahan doa anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada mereka. Insya Allah.
He became 3 now
Kek ni Amir pilih sendiri. Bukan suruh Amir pilih, tapi dah bawak dia ke kedai kek, terus dia terjah nak kek ni. Cakap pilih kek lain, tak nak dah dia.
Tuesday, February 24, 2015
Proses vakum dan mengemop
Lepas vacuum, MPA nak mengemop jap yer semua.
Selalu kalau dah berhabuk sangat, kita kena vacuum dan mop. Kalau setakat vacuum tapi tak mop, rasa kaki masih tak selesa lagi. Betul tak?
Macam tu jugak blog MPA ni. Ni tengah vacuum dan mop balik blog MPA ni. Dah mula nampak tanda-tanda nak bersawang. Tapi Alhamdulillah, sempat diselamatkan. (ye ke?..hehe)
Rasanya dapat agak kot apa bendanya yer.
Wednesday, February 18, 2015
Selamat Tahun Baru Cina
Tuesday, February 17, 2015
Salam takziah wahai sahabat
Khabarnya suami beliau dijangkiti demam denggi berdarah dan semalam seharian bertarung nyawa di ICU Hospital Kajang. Dalam pukul 8.30 malam, suami beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isteri yang dikasihi. Mohon sahabat sekalian sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Malik Saiful, suami kepada Habibah Yusoff, iaitu sahabat saya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak berusia 7 tahun, 8 tahun dan 10 bulan.
MPA rapat dengan sahabat MPA sebab kami pernah satu bilik masa belajar di Johor Bahru dulu. Tambahan pula kami ambil sama kursus. Dalam kursus kami cuma ada 10 orang perempuan berbangsa Melayu, 4 orang perempuan berbangsa Cina dan 1 orang lelaki berbangsa Cina. Dah 15 orang tu, memang rapat sangat. Walaupun kami telah habis belajar dan masing-masing telah mengikut haluan dan perjalanan hidup masing-masing, kami tetap keep in touch.
Pemergian suami sahabat MPA memang terkesan di hati kami semua. Dapat rasa bagaimana perasaan beliau sekarang. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.
Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah, cekal dan sabar menghadapi hari mendatang.
Insya Allah...aamiin
P/S : MPA taip entry ni tersekat-sekat sebab sebak memikirkan keadaan ahli keluarga Allahyarham. Semoga segalanya yang terbaik buat mereka sekeluarga. T T
Saturday, February 14, 2015
Layan kedai makan Upin Ipin
Papa Amir tengah belek telefon sebab sim kad baru tapi nombor tetap nombor lama.
Amir pun sibuk jugak nak pilih order. Alih-alih ralit tengok Upin Ipin.
Sebelum pesanan sampai, Amir sibuk nak bergambar dengan lukisan Upin Ipin yang ada kat dinding kedai makan tersebut.
Sibuk nak bergambar tapi inilah Amir, bukan nak pandang kamera.
Birthday man pun tak nak lepas peluang bergambar bersama anaknya tapi like father like son, dua-dua tak nak pandang kamera.
Friday, February 13, 2015
Double Birthday
Buat kedua-duanya, MPA doakan :
Semoga diberkati umur, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
Semoga di tahun yang baru ini, kedua-duanya menjadi hamba Allah, suami dan ketua keluarga yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Insya Allah; aamiin
Thursday, February 12, 2015
Rezeki Cabutan Bertuah
Halogen Convection Oven
Bermulalah pencarian resepi. Selalu cari resepi kat My Resepi. Macam-macam ada. Kalau ada yang bermurah hati nak rekemen, meh rekemen kat MPA. Sahabat blogger jangan kecik hati pulak yer. Ada juga beberapa resepi yang dah MPA ambil untuk dicuba. Bolehla cuba kat oven ni pulak. Untuk masak secara komersil, MPA belum yakin lagi. Lagipun kan kerja. Jadinya, nak mencuba resepi best-best tu cuma hujung minggu jela. Nanti hasil daripada oven ni MPA share yer. Jangan harap yang gempak-gempak, udah la yer. Sebabnya MPA bukan expert memasak pon. hihi