Tuesday, March 31, 2015

Laman web KPDNKK

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Rasanya ramai yang ada dapat sms melalui Whatsapp berkaitan harga minyak akan naik lagi. Ada yang mengatakan rujukan daripada laman web KPDNKK. MPA pon bukakla laman web tu. Yang ada harga minyak untuk bulan March 2015. Tak tau la pulak kalau dah up, pastu ditarik balik. Tapi setakat yang MPA bukak masa entri ni ditaip, takde la pulak pasal  harga minyak untuk bulan April 2015.

Setakat masa entri ni ditaip ya.

MPA bukan apa, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Nak percaya sesuatu bulat-bulat malah nak menyampaikannya, mestilah berhati-hati. Bukan bermaksud nak menyekat sesuatu maklumat, tapi biarlah ianya daripada sumber yang betul dan sahih. Bimbang kita akan menjadi punca tercetusnya fitnah mahupun keadaan yang tidak aman. Kan nanti kita juga yang susah.

Di laman web yang sama, MPA ada ternampak Panduan Harga Pengguna. Saja MPA klik. Terkeluarla paparan ni.



Macam-macam eBook ada. Boleh jadi bahan rujukan. Macam-macam eBook ada.

Jomlah kita layan sat laman web KPDNKK. ^_^

Monday, March 30, 2015

GST oh GST

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Semalam MPA saja jalan cari susu dan pampers Amir. Almaklum, dah nak hujung bulan. Alhamdulillah, suami MPA gaji awal, dapatlah beli awal. Pelik juga, ramai betul orang. MPA cuma fikir, agaknya sebab ramai gaji awal. Suami MPA pun bagitau, ni ramai sebab nak buat stok, lagi 3 hari nak kena GST. Alamak, boleh pulak MPA lupa nak GST yer.
Masa nak masuk pasaraya, terpandanglah kat kaunter khidmat pelanggan buku ni.

MPA tak lepas peluang ambil 1. Bukak dalamnya, ada mcam ni :


Adalah penerangan berkaitan GST. Bagus untuk kita sebagai pengguna untuk mendapatkan pencerahan berkaitan GST. MPA tidak menyokong dan tidaklah menolak. Yela, nak bising-bising pon kalau tetap dibuat, nak buat camne kan? MPA cuma nak refer bahagian akhir tu je, Harga Baru Selepas GST Bagi Barangan Keperluan Asas Terpilih.

Kat situ ada senarai barangan yang samada dikenakan GST, ada kenaikan atau tak. Boleh dijadikan rujukan kita semasa membeli-belah.

Untuk rujukan semasa dan sebarang pertanyaan, boleh rujuk bawah ni yer :


Jangan tanya MPA pulak ya. Kalau MPA keja LHDN, bolehla tanya MPA. Hihi

Saturday, March 28, 2015

Happy Earth Hour

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : Google Image

Hari ini, 28 March 2015 akan diadakan Earth Hour, daripada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Sahabat-sahabat join tak Earth Hour ni?
MPA tahun lepas join sebab kebetulan memang black-out kat kampung, tapi bukan sejam, ber-jam jugak la. Memang betul-betul Earth Hour masa tu. Hihi

Insya Allah, tahun ni join kot. Best jugak bergelap ni. Masa ni la kita nampak bintang terang betul di langit. Kalau tak percaya, jom buat malam ni. Dah tutup lampu tu, kita santai kat luar. Tapi hati-hati pulak dengan nyamuk yer. Hihi

Happy Earth Hour semua...^_^

Friday, March 27, 2015

Kenapa nak baca Al-Quran sedangkan tidak tahu maknanya?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Kenapa nak baca Al-Quran sedangkan tidak tahu maknanya?


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. sedih...

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
 

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
 
  
Sumber : email
  
Moral: Bacalah Al-Quran walaupun tak tahu maknanya kerana ia kalam Allah yang boleh membersihkan hati kita. Tapi sebaiknya, belilah tafsir Al-Quran juga. Lebih syok apa yang dibaca tahu maknanya kan? Wallahua'lam.

Tuesday, March 24, 2015

Ujian bertimpa-timpa

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Beginilah lumrah kita sebagai manusia, memang tidak dapat lari dari ujian.

Lama rasanya tuan tanah tinggalkan tanah dia ni. Dah nak naik lalang dah ha.
Tuan tanah minta maaf banyak-banyak. Bukan bermaksud nak tinggalkan tanah sampai berlalang bagai ni.

Pada mulanya, MPA tidak berapa sihat. Kemudian diikuti oleh suami MPA dan seterusnya Amir. Sekarang ni, adik MPA pula masuk wad di KPJ Kajang. Nasib baik company tempat kerja dia boleh sediakan GL untuk dia. Puncanya adik MPA demam asyik demam. Pergi ke klinik, klinik suruh refer hospital takut-takut denggi. Alhamdulillah, bukan denggi tapi kuman ada dalam darah. Tu yang terpaksa tahan wad untuk pemantauan. Mohon doakan adik MPA cepat sembuh ya. Terima kasih semua. ^_^

Tuesday, March 17, 2015

Berkat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Rezeki Allah ada untuk hambaNya. Kadangkala ianya datang tanpa diduga.
Rezeki Allah ada dalam pelbagai bentuk samada harta, pangkat, wang, anak, keluarga, dan daripada pelbagai sudut.
Namun, apa yang paling penting adalah BERKAT.

Sumber : Google

Apa maksud rezeki yang berkat?
Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan.
Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas.

Jom kita jadikan rezeki kita berkat dengan niat segalanya kerana Allah dan setelah berusaha, kita serahkan segalanya pada Allah. Mudah-mudahan dirahmati olehNya. Insya Allah.

Monday, March 16, 2015

Hari yang baik

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Best betul pergi kerja harini. Jalan lancar je. Almaklum, cuti sekolah dah bermula.
Rasanya ada juga ibubapa yang ambil kesempatan bercuti sekali untuk bawa anak-anak bercuti. MPA tidaklah rasanya sebab Amir tak sekolah lagi.


Satu-satunya perbezaan antara hari yang baik dan hari yang buruk
ialah sama ada kita telah lakukan apa yang diberkati oleh Allah atau tidak.

SELAMAT MENJALANI HARI YANG BAIK SEMUA!! 

Saturday, March 14, 2015

Who cares for your beauty

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Who cares for your beauty,
if your tongue is ugly?

Siapa peduli dengan kecantikan kamu,
jika lidah kamu hodoh?

Besar betul kuasa penangan lidah ni. Biar kita cantik jelita macamana pun, kalau tidak pandai menjaga lidah, segalanya nampak tidak cantik dan jelita pun. Tapi walau kita tidak cantik jelita tetapi lidah kita mengucapkan kata-kata yang indah (bukan bermaksud untuk mengorat yer...) dan yang baik-baik, insya Allah, lebih ramai akan ingat dan suka pada kita. Betul tak?

Oklah, mesti ramai ni yang tidak lepaskan peluang habiskan masa bersama keluarga. Oh, lupa pula, dah bermula cuti sekolah kan? Kepada yang bercuti, selamat bercuti dan hati-hati dimana jua kalian berada. Cuti sekolah ni apa lagi, kenduri kendara la kan? Selamat berkenduri.

Last but not least, selamat berhujung minggu semua. Hati-hati dalam apa jua kalian lakukan ya. ^_^

Friday, March 13, 2015

Ramly Halal Kiosk di LRT Bandar Tasik Selatan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Rasanya ramai yang maklum yang MPA menggunakan LRT pergi balik kerja.
Hari ini, lepas keluar LRT, turun je tangga, MPA ternampak :


Ramly Halal Kiosk

Sebelum ni nampak tapi tak bukak lagi. Baru bukak harini la ni. Bole tahan tengok orang tak putus-putus ni. Kalau macamni, bole la sesekali layan burger. 

Owh, lupa nak bagitau. Ni kiosk yang kat LRT Bandar Tasik Selatan. Yang tempat lain MPA tak pasti. Kalau ada yang tau ada kat tempat lain, share la dengan MPA. Sharing kan caring. Hihi

Segmen Bloglist by JINDRISSKA

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Jom support rakan blogger. ^_^

Klik kat banner atas atau SINI yer.