Tuesday, March 31, 2015
Monday, March 30, 2015
GST oh GST
MPA tak lepas peluang ambil 1. Bukak dalamnya, ada mcam ni :
Adalah penerangan berkaitan GST. Bagus untuk kita sebagai pengguna untuk mendapatkan pencerahan berkaitan GST. MPA tidak menyokong dan tidaklah menolak. Yela, nak bising-bising pon kalau tetap dibuat, nak buat camne kan? MPA cuma nak refer bahagian akhir tu je, Harga Baru Selepas GST Bagi Barangan Keperluan Asas Terpilih.
Saturday, March 28, 2015
Happy Earth Hour
Sumber : Google Image
Hari ini, 28 March 2015 akan diadakan Earth Hour, daripada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Sahabat-sahabat join tak Earth Hour ni?
MPA tahun lepas join sebab kebetulan memang black-out kat kampung, tapi bukan sejam, ber-jam jugak la. Memang betul-betul Earth Hour masa tu. Hihi
Insya Allah, tahun ni join kot. Best jugak bergelap ni. Masa ni la kita nampak bintang terang betul di langit. Kalau tak percaya, jom buat malam ni. Dah tutup lampu tu, kita santai kat luar. Tapi hati-hati pulak dengan nyamuk yer. Hihi
Happy Earth Hour semua...^_^
Friday, March 27, 2015
Kenapa nak baca Al-Quran sedangkan tidak tahu maknanya?
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu. sedih...
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Sumber : email
Moral: Bacalah Al-Quran walaupun tak tahu maknanya kerana ia kalam Allah yang boleh membersihkan hati kita. Tapi sebaiknya, belilah tafsir Al-Quran juga. Lebih syok apa yang dibaca tahu maknanya kan? Wallahua'lam.
Wednesday, March 25, 2015
Tuesday, March 24, 2015
Ujian bertimpa-timpa
Wednesday, March 18, 2015
Tuesday, March 17, 2015
Berkat
Sumber : Google
Apa maksud rezeki yang berkat?
Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan.
Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas.
Monday, March 16, 2015
Hari yang baik
Saturday, March 14, 2015
Who cares for your beauty
Who cares for your beauty,
if your tongue is ugly?
Siapa peduli dengan kecantikan kamu,
jika lidah kamu hodoh?
Besar betul kuasa penangan lidah ni. Biar kita cantik jelita macamana pun, kalau tidak pandai menjaga lidah, segalanya nampak tidak cantik dan jelita pun. Tapi walau kita tidak cantik jelita tetapi lidah kita mengucapkan kata-kata yang indah (bukan bermaksud untuk mengorat yer...) dan yang baik-baik, insya Allah, lebih ramai akan ingat dan suka pada kita. Betul tak?
Oklah, mesti ramai ni yang tidak lepaskan peluang habiskan masa bersama keluarga. Oh, lupa pula, dah bermula cuti sekolah kan? Kepada yang bercuti, selamat bercuti dan hati-hati dimana jua kalian berada. Cuti sekolah ni apa lagi, kenduri kendara la kan? Selamat berkenduri.
Last but not least, selamat berhujung minggu semua. Hati-hati dalam apa jua kalian lakukan ya. ^_^
Friday, March 13, 2015
Ramly Halal Kiosk di LRT Bandar Tasik Selatan
Ramly Halal Kiosk
Sebelum ni nampak tapi tak bukak lagi. Baru bukak harini la ni. Bole tahan tengok orang tak putus-putus ni. Kalau macamni, bole la sesekali layan burger.
Owh, lupa nak bagitau. Ni kiosk yang kat LRT Bandar Tasik Selatan. Yang tempat lain MPA tak pasti. Kalau ada yang tau ada kat tempat lain, share la dengan MPA. Sharing kan caring. Hihi