Sunday, March 01, 2015

Become Older

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

الحمدالله
Siapa lah yang menjadi tua ni yer.
Siapa lagi kalau bukan tuan empunya blog ni. Hihi

Alhamdulillah, 3 hari lepas (26 February) adalah hari lahir MPA. Alhamdulillah, dah 33 tahun MPA dipinjamkan di atas bumi Allah ini. Cantik jugak no 33 ni kan. Hihi.


Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi memberikan ucapan dan doa buat MPA. MPA mendoakan kehidupan sahabat semua diberkati dan dirahmati Allah, insya Allah.

Pada mulanya memang bercadang nak adakan GA sempena birthday MPA sekeluarga dan memandangkan tahun ini sudah setahun MPA berblog secara serius. Tapi MPA minta maaf disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, GA tersebut tidak dapat dianjurkan. Insya Allah, MPA cuba usahakan tahun depan. Mudah-mudahan MPA dimurahkan rezeki untuk mengadakan GA.

Pertambahan umur bukan setakat bermaksud semakin tua (ada yang panggil juga matang), tetapi sebenarnya berkurangnya umur kita untuk menghadap Pencipta kita.

Sebenarnya setiap saat dan masa kita semakin kesuntukan masa untuk bertemu Pencipta kita. Jadi, bukanlah masa yang sesuai untuk melengah-lengah dan leka dalam melaksanakan amal ibadah kepadaNya. Bukan maksud MPA untuk kejar akhirat semata sampai tercicir dunia. Tidak. Yang MPA maksudkan ialah kita seimbangkan urusan akhirat dan urusan dunia. Semoga kita semua memperoleh kejayaan didunia & akhirat. Insya Allah.