Tuesday, March 03, 2015

Kunjungan ke Kuala Lipis, Pahang

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Raya cina yang baru lepas ni, dalam hari Jumaat pagi, kami sekeluarga bergerak ke Kuala Lipis, Pahang untuk menghadiri majlis pernikahan adik lelaki MPA dengan orang Kuala Lipis.

Kami menggunakan Lebuhraya Pantai Timur susur ke Bentong - Raub - Kuala Lipis

Perjalanan makan masa lebih kurang 6 jam juga akibat tersesat. Almaklum, kami pergi kali terakhir masa adik bertunang. Hihi

Perjalanan mendamaikan sebab kiri kanan penuh dengan pokok. Walaupun cuaca agak panas, tapi sejuk je mata sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah, sampai juga tempat yang dituju tanpa sebarang masalah.

Inilah rumah penginapan kami sepanjang di Kuala Lipis. Comel je warna pink. Hihi

Inilah antara hantaran kami buat pihak perempuan.

Majlis nikah adik dalam lepas Asar. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik sah menjadi suami kepada orang Kuala Lipis.

Ini pula antara barang balasan daripada pihak perempuan.

MPA bersama suami dan Amir tidak lepaskan peluang berjalan di Pekan Kuala Lipis. Ada Pasaraya TF Value yang seperti Pasaraya Giant dan Tesco, harga pun boleh tahan murah. Kebetulan rupanya hari yang kami datang, ada pasar malam kat situ, seronokla jalan sambil tengok tempat orang. 

MPA tak ambil gambar sebab telefon dan kamera tertinggal di homestay. Nasib baik takde apa-apa. Kalau tak, jenuh nak kontek. 

Telefon dah jadi salah satu alat penting sekarang untuk perhubungan. Nak cari telefon awam, dah susah sekarang ni kan?. Walau bagaimanapun, janganlah sampai jadi hamba gajet. Gajet, gajet jugak. Tapi ada had dan masa menggunakannya. Betul tak?

Keesokannya, hari Sabtu (21 Februari - bersamaan hari lahir Amir), majlis bersanding adik MPA. Ramai juga orang kampung gotong royong membantu.

Pengantin memakai warna gold dan disajikan dengan adegan pencak silat.

Khabarnya seekor kerbau disembelih untuk majlis ni. Rupanya, majlis perkahwinan pertama buat keluarga pengantin perempuan. Padanla meriah semacam.

Inilah keluarga comel kami. Dah semakin membesar sekarang. Semoga adik berbahagia hingga ke Jannah.

Alhamdulillah, dah selamat dah 2 adik MPA. Tinggal seorang sahaja lagi yang belum. Itu memang akan lambat lagi sebab baru Tingkatan 3. Bagi belajar sampai habis dulu yer.

Walau agak keletihan, tapi seronok tetap ada. Almaklum, jalan tempat orang dan meraikan adik sendiri. ^_^

P/S : Minta maaf, inilah antara sebab MPA tidak konsisten update blog dari hujung bulan January sehingga penghujung Februari. Banyak ni nak bw & balas kunjungan. Harap-harap sahabat semua dapat menunggu dengan sabar ya. ^_^