Friday, April 22, 2016

Apa yang penting...KERJASAMA

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Tajuk dah macam cerita Wonder Pets pulak ye..hihi

Dalam hidup ini, kita memang perlu berkerjasama. Baik semasa bekerja, berkeluarga mahupun bermasyarakat. Kalau tidak bekerjasama, ibarat seperti kartun di atas, tak kemana pun kita, masih di takuk tu juga la. Kalau di tempat kerja takde kerjasama, boleh cepat tutup company dibuatnya. Kalau dalam bekeluarga pula, boleh tunggang langgang rumah jadinya. Tapi, kalau kita saling bekerjasama, insya Allah, akan lebih maju ke depan.

Dalam konsep bekerjasama pun, kenalah ada sikap give and take. Kalau give aje, atau take aje, tak adil la macam tu pada yang lain. Orang lain pun akan rasa tak puas hati, bukan kita saja. Betul tak? Bila ada give and take, semua akan rasa puas hati dan gembira.

Jom lepas ni kita lebih bekerjasama dalam semua hal. Macam esok ramai yang cuti, jom kita bekerjasama membersihkan rumah, misalnya. Mana tau ada yang bermurah hati, nak ajak kita berjalan ke sebagai ganjaran atas kerjasama yang kita beri. Nah, siapa yang untung? Kita jugakkan yang untung. 

Wallahua'lam