Thursday, April 21, 2016

Musim panas

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Sekarang ni cuaca panas betul, sampaikan beberapa negeri dah mula catuan air. Sampai arcond dekat office ni pon tak dapat nak bagi kesejukan, lagi-lagi sayani duduknya sebelah tingkap, pagi-pagi menghadap matahari. Huhu.

 Jadi, kipas Ain la yang mangsa :


Mama pinjam sat ya Ain. 
Nanti mama pulangkan balik. Hihi

Kipas ni papa Ain yang belikan untuk Ain, untuk dibawa masa berjalan-jalan. Hari kerja ni daripada tak digunakan, baik saya yang guna, kan?. Hari Jumaat kang bawakla balik semula. Hihi

Ada kipas comei ni, dapatlah menampung sikit kepanasan, taklah berpeluh sangat duduk kat office ni.

Musim panas ni, berhati-hati dengan Strok Haba. Apa itu Strok Haba dan tanda-tandanya, boleh rujuk bawah ni :


Sekarang ni kalau rasa je tak berapa sihat, cepat-cepat rujuk ke doktor. Bukan apa, mencegah kan lebih baik daripada mengubati. Yang penting musim panas ni, minum air banyak-banyak supaya badan tak terhidrat, terutama untuk mereka yang melakukan aktiviti luar.

Walau apa pun yang berlaku, ada hikmah untuk semua ini. Berbaik sangka dan berfikiran positif ya. Mungkin ada kekurangan kita sana sini, agaknya. Takpun, mana tau bulan Ramadhan, bulan puasa yang tinggal sebulan lebih sikit ni nanti Allah nak bagi musim sejuk, bukan musim panas macam selalu. Mana kita tau kan? Jadi, kita berbaik sangka sajalah ek. Insya Allah.

Wallahua'lam.