Thursday, July 28, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? _34_ tahun 
  2. Jantina anda? (Lelaki / Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana _dikatakan baunya yang boleh bertahan lama dan boleh dibawa solat perlu saya cuba supaya saya dapat mengesyorkan kepada sahabat-sahabat saya keunikan minyak wangi Braveheart / Sweetheart ini. Mana tau saya boleh menjadi agen DD Cosmestics pula._ (sila berikan jawapan anda)

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

TCE Baby Expo 2016

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Siapa yang ada anak kecil, mesti teruja. 
Apa lagi kalau bukan Baby Expo.
Semalam, ada kawan mengingatkan MPA tentang Baby Expo ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak. TCE Baby Expo ni bermula hari ini, 28 Julai dan berakhir hujung minggu ini, 31 Julai 2016 di Midvalley.
Semestinya banyak produk dan barangan bayi ditawarkan dengan harga yang sangat menarik. Seperti biasa, ramai ibubapa yang tidak lepaskan peluang lebih-lebih lagi minggu ini adalah minggu gaji. 
Untuk mengelakkan kesesakan, lebih baik datang samada pada hari ini atau esok sebab kedua-dua hari ini adalah hari bekerja. Kepada yang tidak berkesempatan untuk pergi, mungkin boleh bertanyakan dan mengirim kepada kawan-kawan ataupun jiran-jiran yang akan ke sana.
Dalam sibuk rambang mata nanti tu, berbelanjalah secara berhemah. Berbelanjalah mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak. Bak kata orang zaman sekarang, jiwa mesti kental. Kalau tak kental, tu yang cair tengok barangan dengan tawaran yang menarik. MPA akui MPA pun kadang-kadang terbabas juga. Bukan selalu dapat tawaran macam ni kan. Tapi kalau jiwa kental, insya Allah, boleh ditepis tawaran yang ada tu. Walaupun mungkin tak semua tawaran boleh ditepis, sekurangnya tidaklah kita berbelanja berlebihan. Fikir sedalam-dalam dulu ya.

SELAMAT BERBELANJA!!

Wallahua'lam

Wednesday, July 27, 2016

WW - Bersalin dalam air

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Sesiapa yang berkesempatan, bolehla menonton untuk menambahkan pengetahuan.

Monday, July 25, 2016

Pesan untuk kaum isteri

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Pesan untuk kaum isteri, ibu-ibu terutamanya..

Tak salah nak bergaya, tapi anak tu tengok-tengok juga..
Jangan mak bergaya tapi anak di biar berhingus-hingus, pampers anak penuh tapi tak basuh-basuh lagi, biar anak sendiri jalan di rumah jiran tetangga..

Jangan macam tu sis..biar mak tak bergaya, yang penting anak bersih dan kemas..anak tu amanah Allah..jadi jaga amanah tu elok-elok

Alhamdulillah

Peringatan di atas ni lebih kepada peringatan bersama. Bukan sahabat MPA je, MPA yang beranak dua ni pun tak ketinggalan untuk diperingatkan.

Dalam kita, ibu-ibu ni sedang sibuk bersiap-siap, jangan dilupakan kebajikan anak-anak. Tapi jangan pula anak smart bukan main, kita selekeh pula. Biarlah kita dan anak-anak termasuk suami kita bersih dan kemas. Barulah sedap semua mata yang memandang.

Wallahua'lam

Sunday, July 24, 2016

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Jom layan antara kompilasi gambar kartun berkaitan raya yang MPA ambil sat dari En Google, sambil-sambil makan kuih raya tu. Hihi





Saturday, July 23, 2016

Rumah terbuka sana sini

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Walaupun 1 Syawal telah 2 minggu meninggalkan kita, bahang dan kemeriahan masih lagi terasa. Apa lagi kalau bukan rumah terbuka. Tradisi setiap tahun adanya rumah terbuka. Bukan setakat untuk Hari Raya Puasa saja, Tahun Baru Cina dan Deepavali pun ada rumah terbuka. Tapi rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ada uniknya tersendiri iaitu kalau kat pejabat-pejabat, kaum yang lain selain Melayu akan meraikannya dengan memakai baju kurung. Kalau tak pun, baju kebaya ataupun baju kurung kedah.
Sebenarnya MPA suka tengok kaum lain pakai baju kurung kita. Nampak sweet dan comel. Orang Melayu kita pun comel pakai baju kurung tapi untuk kaum lain ni, istimewa sikit sebab susah nak jumpa dan tengok dorang pakai. Siapa setuju? Harap takde yang kecam MPA yer dengan statement MPA di atas. Kalau ada yang ingin menegur, silakan PM MPA yer. Insya Allah, sebarang teguran MPA akan cuba terima dengan berlapang dada.
Berbalik kepada rumah terbuka, tahun ni banyak juga jemputan rumah terbuka yang MPA terima. Insya Allah, kalau tiada aral dan berkelapangan, MPA akan cuba penuhi undangan. Keadaan Ain yang tidak begitu mengizinkannya untuk lasak serta jadual susu Ain yang mesti MPA patuhi perlu MPA pertimbangkan untuk menghadiri mana-mana undangan.
Kepada yang mengundang, terima kasih banyak-banyak. Insya Allah, MPA akan cuba hadiri. 
Kepada mana-mana jemputan yang MPA tidak dapat hadiri, terima kasih mengundang dan MPA minta maaf banyak-banyak. Insya Allah, kalau ada undangan akan datang, mudah-mudahan MPA dapat hadiri. (Ceh, berangan kena jemput lagi...hihi)

Selamat menghadiri rumah terbuka dan hati-hati dalam apa jua yang kalian lakukan. Makan beringat-ingat ya, takut-takut lepas ni baju raya dah tak muat pulak. Hihi

Wallahua'lam

Friday, July 22, 2016

Puasa enam di bulan Syawal

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini kita disunatkan untuk berpuasa selama enam hari di bulan Syawal. Kalau ikutkan kiraan logik matematik yang kita belajar di sekolah, sepatutnya puasa sebulan Ramadhan (29 atau 30 hari) dicampur dengan puasa enam hari di bulan Syawal adalah samada 35 atau 36 hari, tetapi untuk Islam, sebaliknya iaitu bersamaan 365 hari, macam gambar bawah ni :


Subhanallah, sebab itu salah satu sifat Allah adalah Maha Pemurah, sebab Allah Maha Pemurah dengan hamba-hambaNya macam kita ni. Agaknya larat ke kita nak puasa selama setahun? Agak berat bukan lagi-lagi kaum wanita, sudah tentu memang tak dapat nak puasa selama setahun.

Niat puasa untuk puasa enam hari di bulan Syawal seperti di bawah :


Caranya tetap sama je dengan puasa bulan Ramadhan, cuma yang berbeza time ni orang lain semua boleh makan, kita yang berpuasa ni yang tak boleh makan dan minum di siang hari. Kalau masa bulan Ramadhan dulu, semua tak boleh puasa. Kiranya mencabar juga tapi kalau yang dah terbiasa untuk berpuasa sunat di bulan-bulan yang lain, dah alah bisa tegal biasa dah kan?

Siapa yang dah selesai? MPA tak sempat nak mula lagi sebab banyak betul kekangan kebelakangan ni. Teringin betul nak buat untuk tahun ni. Insya Allah, mudah-mudahan MPA dipermudahkan untuk melaksanakannya. Kepada yang dah selesai, tahniah dan semoga amalan kalian diterima Allah, insya Allah. Kepada yang belum selesai, selamat menyelesaikannya. Kepada yang belum bermula (termasuk MPA ni juga..hihi), masih ada masa lagi ni. Jom kita rebut peluang yang ada sebab belum tentu kita akan bertemu Syawal di tahun hadapan lagi. Kalau ada rezeki bertemu Syawal akan datang, tak salah kita buat lagi kan? 

Wallahua'lam

Thursday, July 21, 2016

Tidak perlu malu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
MPA bersyukur sangat dengan apa yang berlaku pada ahli keluarga MPA. Walaupun keadaan Ain tidaklah seperti abangnya, Amir dan kanak-kanak yang lain, MPA bersyukur dengan ujian Allah ini. Pengalaman menemani Ain hampir sebulan di wad dalam bulan May 2016 serta baru-baru ini banyak memberi pengajaran pada diri MPA sendiri yang mana ujian yang menimpa kita adalah dibawah kemampuan kita dan ada lagi hamba Allah yang lain diberi ujian yang lagi hebat daripada diri kita.

MPA pernah dilontarkan soalan, "Macamana adik nak bergambar raya ni?"

MPA dengan tanpa ragu-ragu pun menjawab, "Bergambar sajalah".

MPA akui, pada mulanya memang sedih dan tipulah kalau MPA kata takde rasa malu ada anak sebegitu. Rasa menyalahkan diri sendiri pun MPA pernah rasa; menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi pada anak. Tapi bila direnung sedalamnya, MPA rasa sebaliknya pula; berbangga dengan keadaan Ain. 
Kenapa nak berbangga pula?

MPA rasa bangga sebab Ain adalah unik, lain daripada yang lain. Tak semua kanak-kanak akan mengalami dan menghadapi apa yang Ain alami. MPA juga berbangga dengan Ain sebab Ain kuat menghadapi apa jua ujian buatnya, yang juga merangkumi ujian buat diri MPA dan ahli keluarga MPA sendiri.
MPA sendiri perlu buang jauh-jauh rasa malu dalam diri MPA terhadap apa jua keadaan Ain supaya Ain tidak perlu rasa malu dan rendah diri dengan keadaan dirinya. Kalau MPA malu, apatah lagi Ain yang menghadapi dan mengalaminya sendiri. 
Alhamdulillah, sokongan kuat daripada suami, ahli keluarga MPA dan ahli keluarga mentua MPA banyak membantu MPA menghadapi semuanya. Bukan mudah nak menghadapi semuanya terutama bila kemana-mana memang kami menjadi perhatian. Bagi MPA, kasihan kepada Ain jika ditinggalkan bila kami nak kemana-mana. Lagipun, MPA nak Ain dapat merasa macamana budak-budak lain yang seusia dengannya merasa seperti berjalan-jalan bersama-sama bersama keluarga. Memang agak payah bila bab mengemas barang Ain sebab pelbagai ubatan dan keperluan Ain perlu kami bawa tetapi bagi MPA, ianya menyeronokkan sebab Ain ada bersama kami dan keperluan Ain dapat kami penuhi pada bila masa memerlukan.
Kepada ibubapa yang memiliki anak istimewa, tidak kesahla bagaimana istimewanya mereka, raikan dan syukuri dengan anugerah yang Allah berikan itu. Mana tahu mereka adalah lubuk pahala kita. Memang diakui seringkali kesabaran kita diuji tapi insya Allah, berkat kesabaran dan ketabahan kita, Allah angkatkan darjat kita di mataNya. Berbanggalah dengan keunikan dan keistimewaan mereka kerana keistimewaan dan keunikan merekalah membuatkan kita membuka mata kita kepada perkara baru serta membuatkan kita mempelajari perkara-perkara baru.

Semoga kita semua yang memiliki anak istimewa ini terus tetap tabah, sabar dan cekal dalam menjaga dan mendidik mereka menjadi hambaNya yang soleh dan solehah, insya Allah.
Wallahua'lam

Tuesday, July 19, 2016

Beraya di sini kita

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Orang lain semua dah lama up cerita pasal raya. MPA baru nak up cerita pasal raya. Harap belum terlambat lagi la ye. 
Raya tahun ni memang tak terjangka dan betul-betul kejadian. Siapa yang perasan, MPA pernah up di WW - Beraya di sini kita pada Rabu minggu lepas. Minta maaf MPA tak dapat nak bercerita beberapa hari selepas itu lebih lanjut sebab saving bateri handphone. Up story melalui telefon je, itu yang jimat cermat tu. Takut-takut ada yang lebih penting memerlukan.
Alkisahnya, dari raya pertama lagi Ain dah mula batuk-batuk. MPA syak jangkit daripada Amir sebab Amir dah mula batuk dan selsema sebelum tu. Ubat semua dah diberi untuk pencegahan, tapi dah tertulis untuk Ain dan MPA beraya di Hospital. Jadi, raya ke-2 petang, MPA bergegas ke Hospital Teluk Intan sebab Ain dah mula batuk-batuk makin kerap dan muntah. Itu yang buat MPA susah hati.

Alhamdulillah, pengurusan Hospital Teluk Intan diakui cekap dan pantas. Mula dari bahagian Kecemasan, Ain dah dibawa ke bahagian zon kuning, zon separa kritikal. Nebulizer dah diambil 2 kali dan bila keadaan Ain agak stabil, mereka minta MPA dan Ain duduk di wad untuk pemantauan lanjut.

Sampai sahaja di wad, doktor di wad kanak-kanak pantau kadar SpO2 Ain dan didapati rendah, dalam 85% saja. Kadar Pulse Rate Ain pulak dalam 200++, agak tinggi untuk bayi 8 bulan dan kecik macam Ain. Bila kadar SpO2 makin rendah sehingga 83%, doktor tak tunggu dah, terus minta MPA & Ain pindah masuk ke Bilik Separa Kritikal. Maka, berkampunglah MPA & Ain kat situ selama seminggu.

Alhamdulillah, seminggu beraya di hospital, ada juga nurse dan ibubapa yang berkampung sama sudi menghulurkan duit raya untuk Ain. Wad kanak-kanak Hospital Teluk Intan memang tak ramai kanak-kanak yang ada. Asal MPA nak pergi tandas ke, MPA boleh kira berapa kerat je yang ada. Mungkin musim raya kot, orang kurang nak beraya kat hospital, tak macam MPA ni. Haha

Alhamdulillah, doktor dan nurse di sini memang layan dengan baik sangat. Pesakit tak ramai, dorang dah bole ingat dah nama pesakit, walaupun Ain ni pertama kali ke sini. Walaupun proses discaj memakan masa yang agak lama, disebabkan doktor perlu sediakan surat pemberitahuan kepada doktor HKL tentang kemasukan Ain ke Hospital Teluk Intan (Ain kan ada kes di HKL), jadi MPA & suami mestilah bersabar. Yang penting dapat discaj. Yahoo!!

Wallahua'lam

Monday, July 04, 2016

Rezeki terpijak dan tak sangka

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Tadi ni tengah belek dan tengok komen-komen daripada rakan blogger, terpandang ucapan tahniah daripada Kak Mia Liana. Eh, kenapa kak Mia tiba-tiba ucap tahniah kat blog tengah bertatih jatuh bangun ni. Konfius jap. Sekali bukak ke blog kak mia di SINI, baru tau rupanya blog MPA ni terpilih untuk diletakkan di bloglist kak mia la.
Rasa terharunya. Ni gara-gara join Segmen 12 jam Bloglist #21 Mialiana.com bulan lepas la ni. Hujung bulan haritu MPA ada join. Macam sebelum-sebelum ni, MPA sekadar support rakan blogger di samping berkenal dan kunjung-mengunjung blog lain. Tak sangka pula boleh terpilih untuk bloglist kak mia. Terima kasih banyak-banyak kak mia.
Masa tahun 2014 dulu, rajin juga join segmen sana sini, termasuk segmen kak mia anjurkan. Tahun lepas dan tahun ni, memang banyak sangat kurangnya. Nak komitmen macam dulu, belum boleh lagi sebab ada perkara perlu diutamakan.
Kepada sahabat blogger kak mia, sis maria firdz dan sis sue haida - terima kasih banyak-banyak senaraikan blog ni dalam bloglist kalian. Ini pun saya dapat tau bila saya tengok statistik. Kepada sahabat yang tidak dapat MPA sebutkan di sini, meh PM MPA di rinoa.rider@gmail.com untuk MPA sebutkan sekali dan terima kasih banyak-banyak juga senaraikan blog ini dalam bloglist kalian. Mudah-mudahan sahabat-sahabat MPA murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.
Wallahua'lam