Saturday, December 10, 2016

Jom ke MAHA 2016 dan Big Bad Wolf 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Kemana hari ini sahabat-sahabat MPA semua? Hari ini masa yang sesuai untuk bersantai-santai. Untungnya warga negeri Selangor sebab akan bercuti sehingga hari Selasa. Wow! Empat hari cuti tu. Rasanya ramai yang tidak lepaskan peluang untuk pulang ke kampung ni. Warga KL pula akan hanya bercuti sehingga ke hari Isnin sahaja. Tapi rasanya tetap akan pulang juga ke kampung halaman.

Kepada sahabat MPA yang tiada apa-apa rancangan untuk cuti beberapa hari ini, ada beberapa acara yang sedang berlangsung di KL ini. Antaranya :

MAHA 2016

Ianya telah berlangsung dari 1 December sehingga esok, 11 December 2016 di MAEPS, Serdang. Maksudnya esok merupakan hari terakhir MAHA 2016. Rasanya ramai juga yang tidak lepaskan peluang ke sini untuk hari-hari terakhir ini. Pelbagai makanan mahupun tumbuhan ada dipamerkan dan dijual di sini. Rata-rata mengatakan memang rambang mata dibuatnya. 

Big Bad Wolf 2016


Edisi kali ini berlangsung dari jam 7 pagi 9 December sehingga jam 9 malam19 December 2016. Ini bermaksud ianya berlangsung selama 24 jam tanpa henti. Jadi, untuk ulat-ulat buku, jika tidak dapat pergi pada siang hari, bolehla pergi pada malam atau awal pagi iaitu pukul 2 atau 3 pagi. Tadi MPA dan adik saja melawat laman web Big Bad Wolf 2016, rambang mata betul dibuatnya. Harga buku yang sebelum ini bernilai RM40++, dijual dengan harga RM 10 atau RM 15. Bagi ulat buku, geram je rasanya. 

Bagi MPA, MPA belum dan tidak dapat nak pergi ke kedua-dua acara di atas disebabkan faktor kesihatan anak MPA, Ain Humaira yang dinasihatkan tidak ke tempat orang ramai. Keadaan paru-paru Ain yang sensitif menyebabkan mudah bagi Ain dijangkiti batuk mahupun demam dan dibimbangi boleh menyebabkan Ain mengalami sesak nafas. Walaubagaimanapun, dengan zaman canggih sekarang ini, MPA boleh cuci mata dengan melihat sahabat-sahabt MPA meng'upload' gambar-gambar di Facebook, Instagram mahupun Blog.

Walau ke mana juga sahabat MPA pergi di musim cuti ini, sila berhati-hati terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Awasi anak kecil terutama di tempat sesak sebab macam-macam boleh berlaku seperti cedera akibat terjatuh.

Selamat bercuti bersama keluarga tersayang.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png