Friday, December 09, 2016

PERKAHWINAN & DOA

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Sumber : Google

Musim cuti sekolah sering diadakan majlis perkahwinan kerana pada waktu inilah saudara mara boleh berkumpul beramai-ramai dan tidak terikat dengan jadual persekolahan anak-anak. MPA ada juga menerima beberapa jemputan tetapi disebabkan masalah kesihatan anak, MPA terpaksa menolak dengan baik. Buat semua, ada sesuatu yang MPA jumpa dan ingin berkongsikan dengan semua :

PERKAHWINAN & DOA.

Perkahwinan tidak boleh memisahkan kita daripada Allah. Hatta dalam memulakan ikatan yang sebelum ini haram, kita diajar memulakan dengan doa.
Antara sunnah ketika baru berkahwin ialah meletakkan tangan diubun-ubun isteri seraya membaca doa di bawah :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ 
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau jadikan pada dirinya.
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
Aku berlindung dengan Mu daripada keburukannya dan keburukan yang telah Engkau jadikan pada dirinya.

Begitu juga, antara sunnah ketika mahu menggauli pasangan ialah membaca doa jua.

بِاسْمِ اللَّهِ 
Dengan nama Allah.

اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ 
Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami.

وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Jauhkan syaitan daripada apa yang akan engkau kurniakan kepada kami (iaitu anak).

Bahkan, terdapat riwayat para sahabat pada malam pertama mereka, mereka akan mendirikan solat sunat bersama pasangan dan berdoa kepada Allah.

Bahkan kerana itu tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan disuruh mendoakan untuk pengantin.

Seandainya selepas perkahwinan semakin jauh kita daripada Allah, maka ada sesuatu yang tidak kena sedangkan perkahwinan itu telah dimulakan dengan doa.

Sumber :
#tazkirahalkahfi
| www.facebook.com/alkahfiservices | www.alkahfi.com.my |

MPA berharap semoga apa yang MPA kongsikan ini dapat membantu dan memberikan panduan buat semua. Kepada bakal pengantin, selamat pengantin baru. Semoga ikatan perkahwinan yang didirikan berada di bawah redha Ilahi, Insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png