Friday, February 23, 2018
Happy birthday and happy anniversary
Tuesday, February 20, 2018
Cara jimat masa lipat kain baju gaya MPA
- Sidaikan baju - baju seperti t-shirt, baju sekolah anak, jubah selalunya MPA tak lipat, MPA sidaikan terus pada tempatnya sebab kalau terus disidai, kurang sikit kedutan dan kalau baju yang perlu digosok seperti baju uniform, taklah teruk sangat nak menggosoknya kan? Cuma perlukan tempat penyidai dan penyidai baju yang sesuai dan mencukupi.
- Melipat dalam keadaan tenang dan sunyi - macam nak cari idea pulak. Hihi. Bila ada anak-anak kecil macam MPA ni, mereka memang rajin sangat menolong. Kadang tu baju dah siap berlipat terutamanya baju dorang sendiri, boleh pula dorang ambil dan nak lipat sendiri, kononnya. Jadi aktiviti melipat bertambah 2-3 kali. Bila anak-anak MPA tengah tidur tengahari, time tu la MPA kena macam lipas kudung settle semua sekali sebab dorang tidur kejap je. Bila dah settle, dorang pun dah bangun, fuh, lega sangat-sangat. Hihi
- Tutup TV dan abaikan telefon seketika - kalau nak cepat melipat baju, MPA akan pasang radio atau duduk sunyi sorang-sorang. Kalau TV terpasang, alamatnya mata kat TV lagi lama la jawabnya dan lagi lama la proses melipat kain. Kalau panggilan telefon yang penting, baru MPA akan jawab pada masa tu MPA sedang melipat kain. Hihi. Jangan marah ya!
- Gotong-royong - nak jimat masa, apa lagi, pakat ajak suami gotong-royong. Hihi. Jimat masa dan cepat. Kalau ajak anak gotong-royong pun bagus juga, pendedahan pada mereka, tapi confirm memang tak jimat masa la jawabnya. Nak ajak gotong-royong kena tengok juga pada mood suami kita. Kalau tengah penat baru balik kerja dan ajak gotong-royong lipat kain baju, ada dapat jelingan tajam pulak nanti. Hujung minggu boleh la kot kan. Sekali sekala. Hihi
Itu antara gaya MPA melipat kain yang bagi MPA menjimatkan masa MPA. Kalau sahabat ada idea lain, atau nak tambah, dipersilakan sangat-sangat. Mana tau, MPA bole aplikasikan sewaktu MPA nak melipat kain sekejap nanti ke kan.
Lot's of love,
Wednesday, February 07, 2018
Makanan sebagai terapi
- Daging dan ikan - Daging merah kaya dengan protein yang bantu tingkatkan tahap dopamin dan norepinefrin yang membuat kita rasa lebih baik. Ikan laut dalam pula kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk atasi kemurungan.
- Kekacang - Kekacang seperti kacang badam, gajus, kacang hazel mahupun kacang tanah memgandungi Vitamin B yang tinggi, terkenal untuk meningkatkan mood dan juga baik untuk kesihatan. Ianya senang dapat samada dalam bentuk mentah untuk kita campurkan dengan oat, smoothie ataupun buah-buahan, dan juga yang sudah siap dipek.
- Strawberi - Rasa masam manis strawberi sebenarnya kaya dengan Vitamin C dan juga flavonoid, iaitu salah satu agen antioksidan. Selain ianya membantu menjaga tubuh badan agar kekal sihat, ianya juga membantu menenangkan saraf.
- Pisang - Kandungan triptofan yang ada dalam pisang mencetuskan hormon serotonin yang baik untuk meningkatkan mood kita. Ambil pisang setiap pagi juga dapat membantu sistem penghadaman dan juga membekal tenaga untuk sepanjang hari.
- Aiskrim - Siapa yang tak dapat tolak aiskrim? Sedang kita dalam keadaan 'panas', tidak dinafikan aiskrim dapat bantu menyejukkan mood kita. Cubalah!
Tidak dinafikan, lain orang lain cara terapi meredakan jiwa dan hati yang sedang 'panas'. Walau apa jua terapi, biarlah ianya baik untuk kesihatan kita dan tidak mendatangkan mudarat.😉