Friday, February 23, 2018

Happy birthday and happy anniversary

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah. Semalam genap putera MPA, Amir Syukur berumur 6 tahun. Aish, kejap je ek dah 6 tahun. Rasa macam cepat sangat Amir dah besar. Nanti tup-tup, tau-tau Amir dah habis sekolah. Cepatnya masa berlalu.

Sementara Amir masih bersekolah tabika lagi, sambutan kecil-kecilan telah dilakukan di sekolah tabika Amir semalam. Seronok kawan-kawan Amir dapat tengok orang tiup kek, dapat makan kek dan juga dapat goodie bag. Kek dan goodie bag semua MPA sediakan. Cikgu dan pembantu cikgu yang kami panggil Umie, hanya sediakan sambutan pada masa yang mereka tetapkan sendiri. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak Cikgu Yati dan Umie sebab buat sambutan kecil-kecilan hari lahir Amir. 
Semalam juga merupakan Anniversary blog Mama Papa Amir n Ain ni. Anniversary yang ke 5 tahun. Pada mulanya blog ini dicipta untuk perihal Mama, Papa dan Amir. Alhamdulillah, rezeki Allah, ada pula Ain 3 tahun lepas. Jadi, MPA pun letaklah juga nama Ain di hujung. Nasib baik nama Ain bermula dengan huruf A. Hihi
Kalau ada yang dah ikuti daripada mula, blog MPA ni memang banyak ups and down, banyak turun naiknya. Dalam 3 tahun lepas merupakan tempoh merundum blog ini sebab masalah kesihatan MPA sendiri dan anak perempuan MPA, Ain Humaira. Masa tu mood dah memang ke laut dalam, dan juga kekangan masa yang menyebabkan MPA memang tak sempat nak jenguk blog ni selalu. Ralat memang ralat tapi ada keperluan yang perlu MPA dahulukan terlebih dahulu.
Insya Allah, untuk tahun ni, MPA bercadang nak keep up to date blog ni. Sayang woo dengan blog ni. Walau tak sepopular mana pun blog ni, sentimental value tetap ada pada diri MPA. Rasanya macam nak pakaikan baju baru blog ni. Kena buat kira-kira macam ni. Almaklum, MPA tak kerja lagi sekarang, jadi surirumah sepenuh masa. Jadi, lebih baik MPA 'jahit' sendiri baju blog ni. Insya Allah, nak catch up balik coding-coding yang agak lama tinggalkan ni.
Kalau ada antara sahabat yang ada buat tutorial edit design blog atau tau mana-mana blog yang ada buat tutorial edit design blog, kongsikan dengan MPA boleh? Boleh MPA godek-godek coding sendiri. Doakan MPA berjaya ya 'jahitkan' baju blog ni. Dah kena tukar pun rasanya baju blog ini supaya lebih matang dan segar. Cewah. Hihi
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, February 20, 2018

Cara jimat masa lipat kain baju gaya MPA

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Untuk membasuh baju sekarang ni, memang mudah. Cuma tekan saja. Paling lama 50 minit, siap baju dibasuh separa kering lagi. Itu untuk mesin basuh automatik la. Kalau separa automatik, masih mudah lagi cuma lecehnya nak kena tunggu dan alert. Kalau tidak, berjam la jawabnya baru siap basuh baju. Betul kan? Hihi. MPA sendiri kerap rasa sebab mesin basuh baju MPA versi separa automatik. Huhu

Bila baju dah siap dibasuh dan dah pun dikeringkan, sampailah part yang rasanya ramai yang kurang gemar, iaitu melipat baju. MPA pun agak 'bercinta' juga bab nak melipat baju ni. Hihi. Tapi MPA ada cara MPA sendiri nak melipat baju cara jimat masa. Macamni :

cara jimat masa lipat kain gaya mpa

  • Sidaikan baju - baju seperti t-shirt, baju sekolah anak, jubah selalunya MPA tak lipat, MPA sidaikan terus pada tempatnya sebab kalau terus disidai, kurang sikit kedutan dan kalau baju yang perlu digosok seperti baju uniform, taklah teruk sangat nak menggosoknya kan? Cuma perlukan tempat penyidai dan penyidai baju yang sesuai dan mencukupi.
  • Melipat dalam keadaan tenang dan sunyi - macam nak cari idea pulak. Hihi. Bila ada anak-anak kecil macam MPA ni, mereka memang rajin sangat menolong. Kadang tu baju dah siap berlipat terutamanya baju dorang sendiri, boleh pula dorang ambil dan nak lipat sendiri, kononnya. Jadi aktiviti melipat bertambah 2-3 kali. Bila anak-anak MPA tengah tidur tengahari, time tu la MPA kena macam lipas kudung settle semua sekali sebab dorang tidur kejap je. Bila dah settle, dorang pun dah bangun, fuh, lega sangat-sangat. Hihi
  • Tutup TV dan abaikan telefon seketika - kalau nak cepat melipat baju, MPA akan pasang radio atau duduk sunyi sorang-sorang. Kalau TV terpasang, alamatnya mata kat TV lagi lama la jawabnya dan lagi lama la proses melipat kain. Kalau panggilan telefon yang penting, baru MPA akan jawab pada masa tu MPA sedang melipat kain. Hihi. Jangan marah ya!
  • Gotong-royong - nak jimat masa, apa lagi, pakat ajak suami gotong-royong. Hihi. Jimat masa dan cepat. Kalau ajak anak gotong-royong pun bagus juga, pendedahan pada mereka, tapi confirm memang tak jimat masa la jawabnya. Nak ajak gotong-royong kena tengok juga pada mood suami kita. Kalau tengah penat baru balik kerja dan ajak gotong-royong lipat kain baju, ada dapat jelingan tajam pulak nanti. Hujung minggu boleh la kot kan. Sekali sekala. Hihi
Itu antara gaya MPA melipat kain yang bagi MPA menjimatkan masa MPA. Kalau sahabat ada idea lain, atau nak tambah, dipersilakan sangat-sangat. Mana tau, MPA bole aplikasikan sewaktu MPA nak melipat kain sekejap nanti ke kan. 

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, February 07, 2018

Makanan sebagai terapi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Ada masa kita menghadapi tekanan daripada sekeliling, baik daripada rakan sekelas, rakan sekerja, bebanan kerja dan pelbagai lagi. Bila dah tertekan tu, mesti kita cari penyelesaian untuk redakan tekanan yang dihadapi tu kan?

Ada macam-macam terapi yang boleh dilakukan dan terapi makanan yang paling popular sebab ianya mudah dan cepat untuk pulihkan emosi kita.

Antara makanan yang dicadangkan ialah :
  • Daging dan ikan - Daging merah kaya dengan protein yang bantu tingkatkan tahap dopamin dan norepinefrin yang membuat kita rasa lebih baik. Ikan laut dalam pula kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk atasi kemurungan.
  • Kekacang - Kekacang seperti kacang badam, gajus, kacang hazel mahupun kacang tanah memgandungi Vitamin B yang tinggi, terkenal untuk meningkatkan mood dan juga baik untuk kesihatan. Ianya senang dapat samada dalam bentuk mentah untuk kita campurkan dengan oat, smoothie ataupun buah-buahan, dan juga yang sudah siap dipek.
  • Strawberi - Rasa masam manis strawberi sebenarnya kaya dengan Vitamin C dan juga flavonoid, iaitu salah satu agen antioksidan. Selain ianya membantu menjaga tubuh badan agar kekal sihat, ianya juga membantu menenangkan saraf.
  • Pisang - Kandungan triptofan yang ada dalam pisang mencetuskan hormon serotonin yang baik untuk meningkatkan mood kita. Ambil pisang setiap pagi juga dapat membantu sistem penghadaman dan juga membekal tenaga untuk sepanjang hari.
  • Aiskrim - Siapa yang tak dapat tolak aiskrim? Sedang kita dalam keadaan 'panas', tidak dinafikan aiskrim dapat bantu menyejukkan mood kita. Cubalah!
Tidak dinafikan, lain orang lain cara terapi meredakan jiwa dan hati yang sedang 'panas'. Walau apa jua terapi, biarlah ianya baik untuk kesihatan kita dan tidak mendatangkan mudarat.😉

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: