Thursday, April 06, 2023

Baki 15 hari lagi di bulan Ramadan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah ala kulli haal. Sudah separuh bulan Ramadan kita telah lalui. Insya Allah berbaki lagi 15 hari lagi kita berada dalam bulan Ramadan. Allahu, cepatnya masa berlalu. Ramadan bakal meninggalkan kita. Huhu

Alhamdulillah, untuk puasa tahun ini, setakat ini anak soleh Amir tak dapat nak puasa untuk satu hari sebab haus sangat. Masa itu, memang diakui cuaca panas sangat. Kesian juga pada dia masa itu. Itu yang MPA bagi, tapi bersyarat, mesti ganti puasa dalam bulan Syawal supaya tak lupa. Alang-alang, nanti nak ajak dia puasa 6 hari di bulan Syawal yang ganjarannya macam puasa selama setahun.

Untung sangat kan. Puasa 6 hari saja, tapi ganjaran macam puasa setahun. Ruginya kalau tak buat. Kiranya nak kena psiko sikit la anak soleh Amir, untuk bagi dia semangat. Hehehe

Untuk anak solehah Ain pula, nampaknya tahun ini belum direzekikan untuk dia puasa sebab atas nasihat doktor, dia tak boleh puasa. Walaupun dia tak boleh puasa, MPA tetap minta dia hormat orang yang puasa terutama abang dia, anak soleh Amir dengan tak makan dan minum depan abang. Kalau ke sekolah pun, dekat sekolah tahan makan minum macam kawan-kawan yang lain juga tapi balik ke rumah, makan dan minum puas-puas.

Insya Allah, semoga direzekikan buat anak solehah Ain untuk berpuasa penuh satu hari nanti. 

Dalam menghadapi anak-anak puasa, bagi MPA waktu mencabar adalah nak kejut sahur dan masa kecederaan berbuka puasa. Waktu kejut sahur rasanya ramai yang alami masalah sama, bukan saja anak-anak, kadang mak ayah pun sama. Yang masa kecederaan pula, ramai tak sabar nak minum air. Kalau air sudah ada dekat bibir. Dengar saja azan, terus masuk mulut. Hahaha

Alhamdulillah direzekikan jumpa dengan bulan Ramadan. Banyak pengalaman dan semestinya, banyak ganjaran pahala yang Allah janjikan di bulan Ramadan ini. Cuma sama ada kita nak rebut atau abaikannya saja. Alangkah ruginya kalau dibiarkan saja Ramadan berlalu sebab tak ada jaminan yang kita akan berjumpa lagi Ramadan tahun akan datang. Huhuhuhu

Semoga Ramadan tahun ini, kita semua manfaatkan sebaiknya dalam berbaki lebih kurang 15 hari saja lagi dan semoga direzekikan lagi untuk bertemu Ramadan tahun hadapan. Insya Allah, aamiin.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com