Tuesday, August 22, 2017
SUNNAH YANG DILUPAKAN : TIDAK POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Monday, August 21, 2017
Kawal Rasa Marah
- Apabila berasa marah, tarik nafas panjang-panjang. Beristighfar dan berzikir banyak-banyak. Berwudhuk dan bersolahlah dua raakat, mengadu kepada Allah segala permasalahan yang ada dan mohonlah kepada Allah untuk membantu mengubah sikap negatif tersebut.
- Islam menganjurkan jika kita berasa marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika masih berasa marah, berwudhuklah sebab rasa marah itu dikatakan berpunca daripada syaitan yang berasal daripada api.
- Jika boleh, elakkan diri sementara daripada situasi yang menyebabkan kita marah tersebut. Ucapkan kata-kata positif dan ingat perkara yang menggembirakan kita sehingga kita berasa rileks dan tenang.
- Walaupun meluahkan itu lebih baik daripada memendam, biarlah ianya dilakukan dalam keadaan yang wajar dan tenang. Cuba letakkan diri pada ditempat orang yang terkena tempias rasa marah kita. Sekurangnya kita tahu ianya tidak wajar pada ketika itu.
- Ajar diri untuk mendengar dengan lebih teliti dan lanjut. Ada sebabnya Allah anugerahkan kita dua telinga dan satu mulut. Supaya kita lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Mendengar boleh membantu memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan mendapat kepercayaan orang lain.
- Jika keadaan semakin serius, dapatkan nasihat dan bantuan pakar samada pakar psikologi ataupun doktor kesihatan mental untuk membantu mengubah cara berfikir dan juga memperbaiki tingkah laku.
Tidak salah untuk marah, tetapi biarlah ianya untuk perkara-perkara yang wajar untuk kita rasa marah. Dapatkan pemahaman yang lanjut terlebih dahulu sebab kadangkala kita berasa marah untuk perkara yang tidak jelas. Semoga rasa amarah kita adalah rasa marah yang wajar dan kena pada tempatnya. Insya Allah.
Wallahua'lam
Friday, August 18, 2017
Aktiviti Hujung Minggu Di Rumah
Wednesday, August 16, 2017
Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
Monday, August 14, 2017
Petua Melebatkan Rambut Bayi
Friday, August 11, 2017
SEKUAT MANA IMAN KITA?
Wednesday, August 09, 2017
JANGAN MEMBENCI AKU
Monday, August 07, 2017
Perkenalan Di Media Sosial
Saturday, August 05, 2017
UJIAN KIFARAH DOSA?
Friday, August 04, 2017
Ais dan manfaat lain
Shaklee Independence Distributor
Alhamdulillah
Siapa yang rajin ikuti perkembangan MPA di facebook, rasanya tahu yang MPA ada join Shaklee.
Sebenarnya MPA dah lama tahu jenama Shaklee ni. Sejak zaman belajar di Johor dulu.
Masa tu, yang sama-sama naik dikalangan student selain Shaklee adalah CNI dan Alken.
Ramai jugak kawan-kawan yang terjebak. Dan ramai jugak yang ajak Siti join.
Masa tu fikir nak study je, tak nak fikir benda lain dah.
Pernah jugak tanya mak, mak tak izinkan. Mak kata belajar je. Tu yang tak fikir lain tu.
Teringat lagi pernah attend kelas Shaklee kat Branch JB. Itupun kawan yang ajak teman kalau tak salah. Siapa speaker & apa inputnya memang tak ingat langsung. Almaklum, dah mindset tak nak join apa-apa. Jadi, masa tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hihi
MPA pernah consume Vitamin B Complex Shaklee dengan harapan lebih segar dan bertenaga untuk study.
MPA pernah jugak consume pil Garlic Shaklee sebab masa tu MPA tak sihat, demam. Itupun sebab kawan sebilik MPA pengedar Shaklee.
Tapi setakat itu sajalah.
Jadi, bila sekarang ni join Shaklee, rasa macam mimpi dalam mimpi pulak. Serius, memang tak terfikir pun akan join.
Terima kasih pada Azzah Zakaria sebab ajak Siti join Shaklee. Kenal Azzah pun dari grup whatsapp lain. Dari Azzah la MPA kenal grup ARG (Alfatih Rich Group) yang adminnya Mama Fatih Ir Isyida Syahidah yang happening.
Banyak jugak input yang MPA dapat dari grup ni. Tapi ada masa kena 'cuci telinga' jugak sikit. Almaklum, kadang-kadang terleka jugak. Hihi
Walau apapun, MPA percaya tujuan utama untuk melihat anak cucu cicit berjaya. Selain menambahbaik nilai kesihatan pada orang lain. Betul tak Mama Fatih?
Untuk bulan Ogos ni, Mama Fatih dah susun siap-siap jadual kelas. Cikgu-cikgunya pun dah standby. Insya Allah, ada special appearance lagi dari atok nenek moyang. Hihi
Jomlah join. Insya Allah, seronok dan bermanfaat. 😉
Siti Aminah Wahab
Shaklee Independence Distributor
011 1162 8521
Shaklee Independence Distributor
011 1162 8521