Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Sumber : Google
Alhamdulillah...boleh dikatakan rata-rata para pekerja bercuti hari ini kan...
Kepada negeri yang sememangnya bercuti hari Jumaat dan Sabtu, bertambah seronok dapat bercuti selama 3 hari berturut. Manakala negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad, rasanya kebanyakkannya mengambil peluang bercuti pada hari Jumaat, menjadikan hari bercuti sebanyak 4 hari.
Salah seorang yang tidak melepaskan peluang bercuti pada hari Jumaat adalah saya. Hehe
Lagi pula, hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. ^_^
Cepat rasanya berlalu. Dah 4 tahun kami bersama. Banyak juga turun naik yang telah kami tempuh sepanjang 4 tahun perkahwinan ini.
Semasa entry ini disiarkan, kami dalam perjalanan bercuti ke Taiping.
Balik dari bercuti saya ceritakan ye kenapa kami pilih Taiping serta serba-sedikit cerita kami di Taiping.
Mohon sahabat-sahabat mendoakan agar perkahwinan kami dibawah redha Allah serta sentiasa menurut segala syariat yang telah ditetapkan. Semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat serta waris yang mendukung syariat-syariat Allah.
Insya Allah, aamiin.
Wallahuaklam