بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Muhammad
Pin pin! Berlari anak-anak Umie jenguk ke tingkap nak tengok ada apa. Rupanya penghantar barang hantar barang ke rumah sebelah. Agak kecewa jugak mereka sebab ada sesuatu yang ayah mereka tempah melalui online untuk mereka. Hehe. Sabar ya anak-anak Umie. Insya Allah, sampai la nanti kejap lagi.
Begitulah norma sekarang, ramai yang lebih gemar membeli melalui online berbanding melalui fizikal. Tak dinafikan, kadang-kadang, barang yang dibeli secara online lebih murah berbanding beli di kedai. Sebab itu
bisnes online menjadi pilihan utama sekarang, termasuk Umie sendiri. Hehe
Mudahnya
bisnes online ini ialah tak perlu ke premis untuk buka premis dan lampu, kipas dan aircond bagai setiap hari setiap pagi.
Bisnes online juga boleh dibuka 24 jam 7 hari seminggu tanpa tutup dan boleh dibuka di mana saja. Sekarang banyak kedai fizikal sudah mula buka kedai online juga.
Sebab Umie sendiri ambil Shaklee sejak zaman belajar dulu, tapi serius nak buat
bisnes online selepas bersalin anak solehah, Ain.
Pada Umie, seronoknya bisnes Shaklee ini bila direzekikan Umie berada dalam kumpulan sokongan yang happening iaitu Surijunior dan Rich Young Group (RYG). Banyak kelas online yang dianjurkan termasuklah kelas blog. Jadi, buat Umie yang suka menulis blog tapi tersangkut sekejap dulu, inilah masanya untuk Umie hidupkan balik blog ini. Ada juga kelas produk, kelas marketing, kelas media sosial dan banyak lagi. Tak dapat nak senaraikan kat sini. Hehe
Shaklee pun ada anjurkan Anugerah Star Archiever untuk meraikan kejayaan buat penjual Shaklee yang menunjukkan contoh kepimpinan yang konsisten dan semakin bertambah maju. Selain itu, Anugerah Star Achiever juga meraikan penjual Shaklee yang berjaya menjual dalam point tertentu yang melayakkan untuk mereka peroleh Car Bonus. Yang bestnya, nama saja Car Bonus, tak semestinya untuk beli kereta. Boleh saja guna untuk simpanan dan ikut sukahati sendiri. Hehe
Yang paling best semestinya Lawatan Insentif Shaklee. Ada 3 pakej Lawatan Insentif Shaklee ini iaitu Pakej Umrah, Lawatan Insentif Serantau dan Lawatan Insentif Antarabangsa. Tahun 2023 ini, untuk serantau, penjual Shaklee yang layak akan ke Seoul, Korea selama 4 hari 3 malam. Hwanyeong Hamnida (Selamat Datang). Yang layak itu, sudah boleh belajar sikit-sikit bahasa Korea. Hehe
Yang Lawatan Insentif Antarabangsa pula akan ke Los Angeles, USA selama 7 hari 6 malam. Lama kan? Dengarnya akan ke Disneyland dan Universal Studio di sana nanti. Wow! Best kan? Yang paling best lagi, tak semestinya kalau kita pilih serantau, kita tak dapat untuk antarabangsa. Ada master dalam kumpulan Umie, layak untuk umrah, serantau dan antarabangsa. 😍
Kalau ada antara kalian yang bercadang nak sertai kumpul Umie yang happening ini, boleh tekan link ini 👉
https://byciksaw.wasap.my .
Ataupun nak daftar sendiri terus dengan Shaklee, boleh tekan link ini pula 👇
Lot's of love,