Tuesday, April 25, 2023

Hari Raya bersama Shaklee 2023

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


"Berlalulah sudah Ramadan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira..."

Alhamdulillah, direzekikan menyambut raya tahun ini. Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin andai ada penulisan Umie yang buat kalian terasa hati.

Sakan masing-masing beraya tahun ini. Alhamdulillah, Umie beraya di rumah mak ayah Umie, kemudian baru beraya dengan mentua Umie. Aturan kami bergilir setiap tahun sebab masih ada lagi ibu ayah, berbaktilah sebaiknya.

Menu raya, tak payah cakap. Macam-macam sampai rasa macam naik je berat sekarang ni. Belum kuih raya lagi. Hahahaha

Alhamdulillah, tahun ini merasa ketupat, ketupat palas dan lepat lepat. Burasak saja tak merasa lagi raya tahun ini. Kami buat ketupat biasa, ketupat palas adik bawakkan dari rumah mentua dia dan lepat lepat pula makcik dari Johor bawakan.

Rezeki tahun ini makcik gagah datang ziarah ke rumah kami. Seronok dapat kumpul dengan sepupu-sepupu walaupun tak semuanya ada. Yang pasti, memang riuh dengan suara kami dan anak-anak kami. Hehehe

Memang diakui raya cuma setahun sekali. Jadi, makanan yang dihidang ada yang setahun sekali saja jumpa. Nak jumpa hari biasa boleh, tapi kena rajin membuatnya. Hehehe

Bila banyak sangat yang makan, terkumpul balik lemak-lemak yang tersingkir masa puasa haritu. Adoi! 😅

Jadi, Umie sambut hari raya dengan Shaklee juga. Antara yang Umie ambil ialah Lecithin dan Herblax sebab Umie ada masalah sembelit. Bila ambil Lecithin, lemak mula cair dan taklah terkumpul dalam badan. Bila ambil herblax pula, pembuangan lemak tadi menjadi lancar. Nyah kau dari sini gitu. 

http://mamapapaamir.blogspot.com

Sebelum puasa hari itu, Umie ada buat medical checkup. Hasil keputusan, kolestrol dalam keadaan berjaga-jaga. Tak.bolrh jadi ni.

Jadi, Omega dan Phytocol memang perlu Umie ambil. Risiko kolestrol tinggi ni pada jantung. Lagipun, kita tak nampak kolestrol ni. Tahu-tahu dah tinggi. Plus, orang yang kurus pun boleh kolestrol tinggi. Lagila Umie yang comel ini. Hahahah

http://mamapapaamir.blogspot.com

Umie pernah terfikir, nak sihat macam nampak mahal tapi hakikatnya sakit adalah lagi mahal, terutama yang melibatkan kes serius macam jantung. 

Mudahan on track balik berat Umie selepas 3 hari beraya sakan. Insya Allah.

Yang nak join on track dengan Umie, masih belum terlambat lagi. Jom!

Nak dapatkan item di atas, klik link ini ya ➡️ http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, April 20, 2023

Tawaran Insentif Shaklee Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Rindu dengan blog ini dan menulis. Bila mula menulis balik ini, banyak benda nak share tapi kena sedikit-sedikit la. Selambak sekali banyak, hilang pula idea nanti. Hehe

Alhamdulillah, baru-baru ini upline bisnes Umie yang sangat supportive add masuk dalam grup blog bisnes. Jadi, bila berada dalam team blogging ini, bersemangat balik macam dulu. Insya Allah. Doakan ya sebab nak ada semangat ini bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi nak konsisten, memang perlukan semangat yang tinggi. Fuh!

Baru-baru ini, pihak Shaklee Malaysia perkenalkan insentif Shaklee yang sangat best, namanya Field Incentive Program. Program yang bermula April hingga Jun 2023 ni sebenarnya nak tarik ramai lagi untuk berbisnes dengan Shaklee dan juga mana yang memang dulu bisnes dengan Shaklee nak buat comeback, memang ini masanya. Kalau kalian ada yang minat, tekan link di bawah tau.

Syaratnya mudah saja. Naik rank Supervisor atau Senior Supervisor, lepas itu effective 2 bulan berturut, Shaklee akan bagi duit bonus tambahan RM 600. Atau kalau sebelum ini memang dalam rank Supervisor atau Senior Supervisor, hanya effective rank sedia ada atau rank up ke rank seterusnya pun layak dapat duit bonus tambahan RM 600. Wow! 😍 Menarik kan?

Syarat lain mestilah patuh dengan polisi Shaklee, tak boleh mengelat macam tak boleh jual di laman e-commence macam Shopee. Ini memang standard bila kita berbisnes di mana-mana pun kan. Ikutkan sajalah asal tidak langgar syariat dan norma masyarakat. Yang penting hasil yang dapat mestilah halal dan berkat.

Kalau dikira-kira, duit bonus bila rankup supervisor campur dengan bonus tambahan RM 600 ni, boleh cecah RM 4,000++ juga tau. Wow! 😍. Dapat duit bonus sedia ada dan ada tambahan lagi. Kira macam bonus berganda ni. Nak kena rebut peluang sebab bukan selalu ada peluang macam ini.

Macam-macam boleh beli dan buat dengan walau hanya bonus tambahan RM 600 ni. Sedangkan pergi pasar malam pun sekarang ini, boleh habis RM 150. Kalau ke shopping complex, lagi lebih daripada tu.

Kalau ikut pada wishlist Umie, memang banyak nak beli. Tapi dahulukan yang penting dulu. Dengan duit itu, sebahagian nak bagi mak abah dan sebahagian nak belanja anak-anak ke Petrosains. Nampak macam sempoi dan simple tapi Umie percaya, dengan doa-doa mereka ini lah yang banyak bantu kita mencapai apa yang kita ada hari ini. Insya Allah.

Pernah bawa anak-anak Umie ke Pusat Sains Negara. Petrosains belum berkesempatan lagi. Insya Allah, dapat bonus lebih ni, boleh la belanja ke Petrosains pula. 

Dalam keadaan serba mencabar sekarang dengan harga barang yang melambung tinggi, di tambah banyak keperluan terutama anak-anak perlu dipenuhi, dengan program insentif Shaklee ini dapatlah bantu sikit sebanyak perbelanjaan seharian.

Alhamdulillah Umie dipertemukan dalam grup bisnes RYG. Banyak kelas ada samada kelas produk mahupun kelas marketing. Bila blur nak close deal, upline dan master kongsi apa yang patut dibuat. Nak cari bahan marketing macam ayat copywriting ataupun gambar dan poster cun pun masing-masing berkongsi. Tak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri dan buat kerja sendiri. Semua diusahakan bersama-sama, bak kata pet wonders, "apa yang penting, KERJASAMA". Hehe

Selain itu, nak cari sumber daripada web Shaklee pun boleh. Pihak Shaklee ada sediakan macam-macam info di sana. Boleh klik sini kalau nak jalan-jalan ke web Shaklee 👉 https://www.shaklee.com.my/

Tapi dalam apa-apa pun, kerajinan diri sendiri perlu ada. Sebab tanpa kerajinan, apa pun tak akan berlaku. Macam kita nak makan, kena rajin masak atau mencari makanan, rajin mengunyah dan telan. Barulah rasa kenyang. Tak gitu. Hehe

Kalau kalian berminat, boleh roger Umie di sini 👉 http://byciksaw.wasap.my. Insya Allah, Umie akan bantu sebaik mungkin.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, April 14, 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

Kurus memang idaman setiap orang. Lagi di bulan puasa, cita-cita untuk kurus memang menggunung. Tapi walaupun puasa, ada juga yang semakin naik berat, bukan semakin turun. Jadi, macam mana nak kurus dengan cepat?

1. Tetapkan niat

Foto Kredit : pexels.com

Mula-mula sekali, tetapkan dulu niat kenapa nak kurus dengan cepat. Adakah sebab nak tunjuk pada orang ramai? Atau untuk mudah beribadah dengan lebih baik lagi? 

Bila sudah tetapkan niat, cuba tulis dan letak di tempat yang selalu boleh nampak supaya bila hendak terbabas, teringat balik niat yang ditetapkan awal tadi.


2. Makan dalam kuantiti yang sedikit

Foto Kredit : Google

Selalunya masa berbukalah segala makanan nampak sedap dan menarik perhatian. Semua nak rasa. Itu yang selalu terbabas.

Nak makan boleh cuma cuba kawal kuantiti ataupun amalkan suku suku separuh. Suku untuk karbohidrat, suku untuk protein dan separuh untuk sayur-sayuran dan buah-buahan.


3. Elakkan makanan dan minuman bergula

Foto Kredit : pexels.com

Di waktu cuaca panas membahang sekarang ini, di tambah dengan macam-macam air balang di bazar Ramadan, memang menarik perhatian sangat. 

Selain itu, kuih muih yang kadang hanya bulan puasa saja jumpa, memang susah nak tolak. Kan?

Cuba ingat balik niat nak kurus dengan cepat. Insya Allah mesti boleh kawal diri daripada beli dan makan makanan dan minuman manis tersebut.


5. Banyakkan Berjalan dan Bersenam

Foto Kredit : pexels.com

Tak dinafikan, bila berpuasa, kita selalu hadkan aktiviti seperti kurangkan berjalan mahupun bersenam, dengan alasan akan menyebabkan cepat haus. 

Tak salah bersenam di bulan puasa cuma kalau takut badan dehidrasi, boleh hadkan aktiviti senaman dan banyakkan aktiviti berjalan kaki. 

Umie pasti dan Umie sendiri pun banyak berjalan kaki di bulan puasa terutama di bazar Ramadan sebab tak tahu nak makan apa. Kita juga banyak berjalan kaki bila shopping barang untuk raya. Kan?


Untuk kurus dengan cepat, paling penting niat dan semangat untuk kurus. Mesti kena rajin selalu serta konsisten. Kenal diri dan badan sendiri juga. Andai sesuatu yang nak dibuat boleh memudaratkan dan membahayakan diri sendiri, boleh cuba alternatif lain seperti amalkan diet yang sihat.

Diakui, Umie memang kadang terbabas juga misi nak kurus dengan cepat. Mujur ada Shaklee, yang banyak bantu misi Umie untuk kurus dengan cepat. Alhamdulillah.

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

Bulan ini ada promosi set rahmah yang bukan saja bantu untuk kurus dengan cepat, bantu gebukan kulit sekali. Tahan lama lagi. Untung sangat kan. 

Kalau kalian sudah cuba macam cara dan nak cuba amalkan makanan tambahan pula untuk bantu kurus dengan cepat, jom klik link 👉 http://byciksaw.wasap.my

Lot's of love,
http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, April 12, 2023

Bisnes Online Pilihan Utama Sekarang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


Pin pin! Berlari anak-anak Umie jenguk ke tingkap nak tengok ada apa. Rupanya penghantar barang hantar barang ke rumah sebelah. Agak kecewa jugak mereka sebab ada sesuatu yang ayah mereka tempah melalui online untuk mereka. Hehe. Sabar ya anak-anak Umie. Insya Allah, sampai la nanti kejap lagi.

Begitulah norma sekarang, ramai yang lebih gemar membeli melalui online berbanding melalui fizikal. Tak dinafikan, kadang-kadang, barang yang dibeli secara online lebih murah berbanding beli di kedai. Sebab itu bisnes online menjadi pilihan utama sekarang, termasuk Umie sendiri. Hehe

Mudahnya bisnes online ini ialah tak perlu ke premis untuk buka premis dan lampu, kipas dan aircond bagai setiap hari setiap pagi. Bisnes online juga boleh dibuka 24 jam 7 hari seminggu tanpa tutup dan boleh dibuka di mana saja. Sekarang banyak kedai fizikal sudah mula buka kedai online juga. 

Disebabkan kemudahan yang bisnes online tawarkan, Umie pun mula mencebur diri dalam bisnes online juga dan bisnes online yang menjadi pilihan Umie adalah Shaklee.

Kenapa Umie pilih bisnes Shaklee sebagai pilihan bisnes online?

Sebab Umie sendiri ambil Shaklee sejak zaman belajar dulu, tapi serius nak buat bisnes online selepas bersalin anak solehah, Ain.

Pada Umie, seronoknya bisnes Shaklee ini bila direzekikan Umie berada dalam kumpulan sokongan yang happening iaitu Surijunior dan Rich Young Group (RYG). Banyak kelas online yang dianjurkan termasuklah kelas blog. Jadi, buat Umie yang suka menulis blog tapi tersangkut sekejap dulu, inilah masanya untuk Umie hidupkan balik blog ini. Ada juga kelas produk, kelas marketing, kelas media sosial dan banyak lagi. Tak dapat nak senaraikan kat sini. Hehe

http://mamapapaamir.blogspot.com

Shaklee pun ada anjurkan Anugerah Star Archiever untuk meraikan kejayaan buat penjual Shaklee yang menunjukkan contoh kepimpinan yang konsisten dan semakin bertambah maju. Selain itu, Anugerah Star Achiever juga meraikan penjual Shaklee yang berjaya menjual dalam point tertentu yang melayakkan untuk mereka peroleh Car Bonus. Yang bestnya, nama saja Car Bonus, tak semestinya untuk beli kereta. Boleh saja guna untuk simpanan dan ikut sukahati sendiri. Hehe

Yang paling best semestinya Lawatan Insentif Shaklee. Ada 3 pakej Lawatan Insentif Shaklee ini iaitu Pakej Umrah, Lawatan Insentif Serantau dan Lawatan Insentif Antarabangsa. Tahun 2023 ini, untuk serantau, penjual Shaklee yang layak akan ke Seoul, Korea selama 4 hari 3 malam. Hwanyeong Hamnida (Selamat Datang). Yang layak itu, sudah boleh belajar sikit-sikit bahasa Korea. Hehe

http://mamapapaamir.blogspot.com

Yang Lawatan Insentif Antarabangsa pula akan ke Los Angeles, USA selama 7 hari 6 malam. Lama kan? Dengarnya akan ke Disneyland dan Universal Studio di sana nanti. Wow! Best kan? Yang paling best lagi, tak semestinya kalau kita pilih serantau, kita tak dapat untuk antarabangsa. Ada master dalam kumpulan Umie, layak untuk umrah, serantau dan antarabangsa. 😍

Kalau ada antara kalian yang bercadang nak sertai kumpul Umie yang happening ini, boleh tekan link ini 👉 https://byciksaw.wasap.my .

Ataupun nak daftar sendiri terus dengan Shaklee, boleh tekan link ini pula 👇

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Saturday, April 08, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Semenjak diperkenalkan menu rahmah, macam-macam dikaitkan dengan rahmah. Antaranya jualan rahmah dan harga rahmah. Cakap pasal menu rahmah, MPA belum berkesempatan lagi menjamu menu rahmah. Pernah sekali nampak menu rahmah tapi masa itu baru lepas makan di rumah, jadi cuma pandang saja. Insya Allah, satu hari nanti pasti MPA akan cuba juga menu rahmah.

Bercakap tentang harga rahmah, Alhamdulillah, bulan ini Shaklee ada tawarkan vitamin kulit cantik dengan harga rahmah yang terdiri daripada Vitamin C dan ESP. Kepada yang sebelum ini pernah tengok-tengok, inilah masanya untuk rebut tawaran. 

Vitamin kulit cantik dengan harga rahmah Shaklee ada 2 iaitu set A dan set B. Item yang sama iaitu Vitamin C dan ESP cuma beza untuk set A, satu botol Vitamin C dan satu tong ESP bersama keahlian percuma. Manakala Set B, 2 botol Vitamin C dan 2 tong ESP bersama keahlian percuma dan penghantaran percuma.

http://mamapapaamir.blogspot.com

http://mamapapaamir.blogspot.com


Vitamin C ini jenis yang mudah larut dalam air dan badan tak simpan Vitamin C. Jadi, kita perlu ambil Vitamin C sama ada dalam pemakanan seharian ataupun makanan tambahan iaitu supplemen. MPA sejenis yang mudah jemu dalam bab makan dan minum. Jadi, bila nak kena makan buah oren setiap hari atau mana-mana buah atau sayur setiap hari, MPA akui MPA sendiri tak mampu. Jadi MPA memang akan ambil Vitamin C setiap hari untuk penuhi keperluan badan MPA.

Perasan kan, iklan dekat TV banyak pasal Vitamin C ini dengan macam-macam jenama. Sebab Vitamin C ini memang dikaitkan dengan vitamin kulit cantik. Vitamin C ini bantu kurangkan kedutan, jerawat dan juga sunburn. Vitamin C juga kuatkan imun badan dan kurangkan risiko kena selsema, batuk serta demam. Banyak lagi sebenarnya kebaikan Vitamin C ini.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Bila digabungkan dengan protein ESP, memang hasilnya tidak mengecewakan sebab protein ESP pula bantu haluskan dan cerahkan kulit. Kombinasi yang terbaik vitamin kulit cantik.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Jadi, yang nak dapatkan vitamin kulit cantik dengan harga rahmah, inilah masanya. Tapi MPA nasihatkan cepat bertindak sebab ramai yang rebut tawaran harga rahmah ini. Sepatutnya tawaran ini sepanjang bulan April ini tapi dengan sambutan hangat, harap masih banyak lagi sehingga hujung bulan. 

Kalau kalian berminat, klik link ini ya 👉 http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,


Share:

Thursday, April 06, 2023

Baki 15 hari lagi di bulan Ramadan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah ala kulli haal. Sudah separuh bulan Ramadan kita telah lalui. Insya Allah berbaki lagi 15 hari lagi kita berada dalam bulan Ramadan. Allahu, cepatnya masa berlalu. Ramadan bakal meninggalkan kita. Huhu

Alhamdulillah, untuk puasa tahun ini, setakat ini anak soleh Amir tak dapat nak puasa untuk satu hari sebab haus sangat. Masa itu, memang diakui cuaca panas sangat. Kesian juga pada dia masa itu. Itu yang MPA bagi, tapi bersyarat, mesti ganti puasa dalam bulan Syawal supaya tak lupa. Alang-alang, nanti nak ajak dia puasa 6 hari di bulan Syawal yang ganjarannya macam puasa selama setahun.

Untung sangat kan. Puasa 6 hari saja, tapi ganjaran macam puasa setahun. Ruginya kalau tak buat. Kiranya nak kena psiko sikit la anak soleh Amir, untuk bagi dia semangat. Hehehe

Untuk anak solehah Ain pula, nampaknya tahun ini belum direzekikan untuk dia puasa sebab atas nasihat doktor, dia tak boleh puasa. Walaupun dia tak boleh puasa, MPA tetap minta dia hormat orang yang puasa terutama abang dia, anak soleh Amir dengan tak makan dan minum depan abang. Kalau ke sekolah pun, dekat sekolah tahan makan minum macam kawan-kawan yang lain juga tapi balik ke rumah, makan dan minum puas-puas.

Insya Allah, semoga direzekikan buat anak solehah Ain untuk berpuasa penuh satu hari nanti. 

Dalam menghadapi anak-anak puasa, bagi MPA waktu mencabar adalah nak kejut sahur dan masa kecederaan berbuka puasa. Waktu kejut sahur rasanya ramai yang alami masalah sama, bukan saja anak-anak, kadang mak ayah pun sama. Yang masa kecederaan pula, ramai tak sabar nak minum air. Kalau air sudah ada dekat bibir. Dengar saja azan, terus masuk mulut. Hahaha

Alhamdulillah direzekikan jumpa dengan bulan Ramadan. Banyak pengalaman dan semestinya, banyak ganjaran pahala yang Allah janjikan di bulan Ramadan ini. Cuma sama ada kita nak rebut atau abaikannya saja. Alangkah ruginya kalau dibiarkan saja Ramadan berlalu sebab tak ada jaminan yang kita akan berjumpa lagi Ramadan tahun akan datang. Huhuhuhu

Semoga Ramadan tahun ini, kita semua manfaatkan sebaiknya dalam berbaki lebih kurang 15 hari saja lagi dan semoga direzekikan lagi untuk bertemu Ramadan tahun hadapan. Insya Allah, aamiin.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, April 03, 2023

Kisah 12 Ramadan tentang berat badan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com



Alhamdulillah, hari ke-12 Ramadan, bermaksud hari ke-12 berpuasa. Kiranya hampir separuh bulan Ramadan telah berlalu. Dan kita sedang meniti pengakhiran Ramadan tahun ini. Adakah akan bertemu dengan Ramadan tahun depan? Allahu.

Alhamdulillah, Ramadan tahun ini pada awalnya agak menduga buat semua akibat keadaan cuaca yang panas. Anak sulung MPA, anak soleh Amir, tewas untuk 1 hari asbab panas sangat. 

Tapi Alhamdulillah, sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan dan hari ini hujan sekejap sekejap. Mudahan sewaktu anak-anak balik sekolah nanti, hujan berhentilah sekejap serta dimudahkan juga urusan buat semua yang bekerja di luar.

Tadi saja timbang berat dengan anak. Disebabkan dia puasa, nampak adalah penurunan. Dia pun pelik kenapa berat dia turun. Jadi MPA terangkan yang berat memang nampak turun sebab kita puasa, perut pun kosong. Tapi kalau lepas makan kita timbang, kita akan nampak kenaikan sebab perut kita berisi.

Tapi bergantung juga apa yang kita ambil atau makan. Sama ada banyak air ke atau banyak makanan. Kalau banyak makanan, makanan yang macam mana pula. Kalau banyak air, selalunya kita akan kencing dan kemungkinan besar berat tak naik sangat pun.

Alhamdulillah, berjaya jawab soalan daripada anak. Tapi kadang terkedu juga tak dapat jawab soalan anak-anak yang level tahap pemikiran aras tinggi. Kadang bukan apa, nak terangkan dalam bahasa yang mereka mudah faham dan ringkas. Kalau complicated, mesti soalan akan bersambung-sambung, boleh jadi kuliah pulak nanti. Hahaha

Dalam menghadapi kerenah anak, pada pendapat MPA, perlu sangat bijak sebab kadang mereka sudah tahu jawapan, saja nak tahu jawapan daripada mak ayah macam mana pula. Kira macam menguji kita la. Kadang memang dia tak tahu dan nak tahu. 

Jadi, nak atau tidak, MPA kena belajar lagi walaupun secara tidak formal. Kadang ikut kelas online yang secara percuma, kadang ikut kuliah dalam tv dan kadang melalui pembacaan. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Cuma ikut kemampuan MPA samada dari kewangan mahupun masa pada masa tersebut.

Semoga dimudahkan urusan pemahaman setiap ilmu yang kita pelajari dan semoga dimudahkan urusan menguruskan anak-anak seharian. Insya Allah.


Lot's of love,



Share: