Tuesday, September 05, 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, September 02, 2017

Hello September!

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah, dah masuk bulan September. Cepat je masa berlalu. Tinggal suku bulan je lagi untuk ke 2018.

Harini jugak genap MPA setahun pegang title surirumah sepenuh masa. Kejap je rasanya. Cita-cita MPA masa kerja dulu. Alhamdulillah, tak sangka bole capai pulak. Hihi

Masa mula-mula tahun lepas, memang kelam kabut plus penat. Serius, siapa kata surirumah mudah, memang silap besar. Walaupun macamtu, seronok sebab dapat tengok keletah anak depan mata kita sendiri. 

Apa yang penting kena pandai urus masa. Ambil masa jugak MPA nak tune masa. Selalu jugak terbabas. Tapi mesti kena belajar dari kesilapan. Respect betul kat mak anak ramai. Tapi yela, rezeki dan bahagian masing-masing. Syukur apa adanya.

Masa mula-mula, gigil jugak tangan tak pegang pen, kertas dan PC. Tapi kalau pandai urus masa dengan baik, dapat jugak pegang untuk salin resepi ke, tips-tips ke walaupun tak dapat hari-hari. Jadila kan. Hihi

Walaubagaimanapun, walau dimana pun kita berada, ada cabaran dan ujiannya tersendiri. Takyah cemburu dengan orang lain sebab kita tak tau hakikatnya yang sebenar macamana. Betul tak?

Kita jalani apa juga yang mendatang pada kita dengan syukur, sabar dan tabah. Insya Allah, kita akan berlapang dada terima segalanya. 

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, August 22, 2017

SUNNAH YANG DILUPAKAN : TIDAK POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

SUNNAH YANG DILUPAKAN : TIDAK POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan. 
Bagi menggandakan pahala Qurban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya DISUNATKAN menahan diri dari memotong rambut dan kuku bermula 1 Zulhijjah. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkurban), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( HR Muslim, 3/39 )
Sekurang-kurangnya terdapat tiga ijtihad ulama mazhab dalam masalah ini. 

1) Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya. 

2) Mazhab Hanafi berijtihad ia adalah harus tanpa sebarang makruh.

3) Terdapat sebahagian lagi mazhab menyatakan Haram seperti mazhab  Hanbali, Laith ibn Sa’ad, Ishak Rahuyah (Rahawaih) dan Sa’ad Ibn Muasayyib.
Bagaimanapun majoriti ulama dan mazhab menolak pandangan yang menyatakan haram kerana terdapat nas bahawa Aisyah r.a pernah meriwayatkan :-

كنت أفتل قلائد هدي رسول الله  ، ثم يقلدها بيده، ثم يبعث بها، ولا يحرم عليه شيء أحلَّه الله له حتى ينحر الهدي

Ertinya : Aku mengikatkan tali pada binatang Qurban Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengikatnya kembali dengan tangan Beliau kemudian mengirimnya . Maka sejak itu tidak ada yang diharamkan lagi bagi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dari apa-apa yang Allah halalkan hingga binatang qurban disembelih (Hadis sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam Ibn Hajar al-‘Asqolani dalam Fath al-bari menghuraikan bahawa hadis ini menunjukkan tiada larangan bagi yang telah berniat qurban (termasuklah untuk bercukur) sebagaimana larangan yang dikenakan bagi seseorang yang sedang dalam keadaan berihram, seperti bercukur dan sepertinya. 
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban seperti kesempurnaan mandi wajib. Namun yang terbaik, kita bersedia dari awal agar dapat tetap menghidupkan Sunnah yang dilupakan ini. Iaitu meninggalkan cukur dan memotong kuku bermula 1 zulhijjah bagi mereka yang telah berniat untuk melakukan Qurban sempena Aidil Adha.
Sumber : Telegram Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, August 21, 2017

Kawal Rasa Marah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Siapa yang tak pernah rasa marah? MPA juga sekali sekala ada rasa marah juga. Tidak salah untuk marah sebab rasa marah adalah sifat normal yang ada pada setiap individu, tetapi mestilah kena pada tempatnya. Rasa marah yang tidak kena pada tempatnya mampu memutuskan sesebuah perhubungan. Misalnya dalam perhubungan suami isteri, apabila rasa marah tidak dapat dikawal, ianya akan berakhir dengan penceraian. 

Rasa marah juga dikatakan mampu menjejaskan kesihatan seseorang seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, sakit kepala dan juga masalah penghadaman. Sekiranya rasa marah tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan seseorang itu terlibat dengan kes jenayah, penderaan fizikal dan mental serta perlakuan ganas.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengawal rasa marah :
  • Apabila berasa marah, tarik nafas panjang-panjang. Beristighfar dan berzikir banyak-banyak. Berwudhuk dan bersolahlah dua raakat, mengadu kepada Allah segala permasalahan yang ada dan mohonlah kepada Allah untuk membantu mengubah sikap negatif tersebut.
  • Islam menganjurkan jika kita berasa marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika masih berasa marah, berwudhuklah sebab rasa marah itu dikatakan berpunca daripada syaitan yang berasal daripada api.
  • Jika boleh, elakkan diri sementara daripada situasi yang menyebabkan kita marah tersebut. Ucapkan kata-kata positif dan ingat perkara yang menggembirakan kita sehingga kita berasa rileks dan tenang.
  • Walaupun meluahkan itu lebih baik daripada memendam, biarlah ianya dilakukan dalam keadaan yang wajar dan tenang. Cuba letakkan diri pada ditempat orang yang terkena tempias rasa marah kita. Sekurangnya kita tahu ianya tidak wajar pada ketika itu.
  • Ajar diri untuk mendengar dengan lebih teliti dan lanjut. Ada sebabnya Allah anugerahkan kita dua telinga dan satu mulut. Supaya kita lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Mendengar boleh membantu memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan mendapat kepercayaan orang lain.
  • Jika keadaan semakin serius, dapatkan nasihat dan bantuan pakar samada pakar psikologi ataupun doktor kesihatan mental untuk membantu mengubah cara berfikir dan juga memperbaiki tingkah laku.
Tidak salah untuk marah, tetapi biarlah ianya untuk perkara-perkara yang wajar untuk kita rasa marah. Dapatkan pemahaman yang lanjut terlebih dahulu sebab kadangkala kita berasa marah untuk perkara yang tidak jelas. Semoga rasa amarah kita adalah rasa marah yang wajar dan kena pada tempatnya. Insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, August 18, 2017

Aktiviti Hujung Minggu Di Rumah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Bagi mereka yang bekerja, hujung minggu adalah hari yang dinanti-nanti. Hari untuk beristirehat setelah bekerja selama 5 atau 5 1/2 hari. 

Ada sesetengah suka bersiar-siar ataupun balik ke kampung. Ada juga sesetengahnya suka hanya duduk dirumah.

Macam MPA, bergantung keadaan juga. Masa dulu sewaktu bekerja, MPA lebih suka hanya duduk di rumah saja. Tapi bila sekarang ni dah jadi surirumah sepenuh masa, lebih suka nak berjalan-jalan. Hihi

Jangan ingat bila berhujung minggu di rumah tu, aktivitinya hanya tidur dan bermalasan saja. Banyak aktiviti boleh dilakukan. Antaranya :

Kemas Rumah dan Bilik
Selalunya sewaktu hari-hari bekerja, tak semua tempat dan kawasan yang sempat kita kemas. Jadi, bila sampainya hujung minggu, inilah masanya untuk membuat 'housekeeping'. Ada sesetengahnya suka mengubah susun atur perabot rumah. Ok juga tu, ubah suasana rumah sekali-sekala. Selain itu, dapat juga keluarkan peluh dan dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak jika disertai dengan anak-anak.

Lipat dan Kemas Baju
Kadang-kadang di minggu bekerja, memang tak sempat nak lipat kain baju, apatah lagi untuk mengemas. Jika cukup ruang, mungkin sesetengah suka dengan sistem sidai pakaian. Tetapi tetap ada juga sesetengah pakaian yang perlu dilipat. Hujung minggulah masa yang sesuai menyudahkan perkara-perkara yang tidak dapat kita selesaikan sebelum itu.

Masak Menu Istimewa
Kalau hari bekerja, mungkin kita hanya dapat menyediakan hidangan yang simple dan mudah. Bila tiba hujung minggu, bolehla kita masak hidangan istimewa ataupun mencuba resepi-resepi baru untuk keluarga. 

Menonton TV Bersama Keluarga
Hujung minggu ada banyak juga rancangan-rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga. Ajak anak-anak menonton bersama. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga memeriahkan cerita yang ditonton bila ada antara anak-anak yang suka menjadi pengulas cerita tersebut. 

Bila bersama keluarga dihujung minggu, kurangkan penggunaan gadget. Bukan apa, hanya itulah masa yang kita ada sepenuhnya buat keluarga. Hargai dan nikmati sepenuhnya sebab belum tentu kita ada kesempatan tersebut lagi di masa akan datang. Selamat berhujung minggu!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, August 16, 2017

Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ 

Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa” (HR Ahmad No: 2721) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang berkuasa dan berkemampuan. Jangan ditangguh dengan sengaja.

2.  Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak pula bererti boleh dilambatkan. 

3.  Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan langsung kerana luput masa atau berlaku sesuatu bencana. 

4.  Jika ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi; contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan jika berkemampuan, maka elok diusahakan pemergian itu.

Bagi mereka yang berkemampuan dan berkuasa, jangan tunggu tahun depan atau tahun berikutnya. Kita tak pasti, ketika itu adakah kita masih berkuasa atau berkemampuan?. 

Sumber : telegram.me/hadisharian_ikram

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, August 14, 2017

Petua Melebatkan Rambut Bayi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Bila tengok baby, terutama yang baru lahir, perkara pertama yang kita lihat mestilah rupa paras baby. Ada yang cakap ikut muka ibu, dan tak kurang juga ada yang kata ikut muka ayah.

Selain itu, kita juga akan menegur tentang rambut baby. Ada yang berambut lebat dan ada juga yang mempunyai rambut yang kurang atau nipis.

Macam MPA, Amir dilahirkan mempunyai kurang rambut manakala Ain dilahirkan mempunyai rambut yang tebal. Rambut tebal dan nipis dikaitkan dengan faktor genetik.

Walaubagaimanapun, rambut tebal mahupun nipis tidak menggambarkan keadaan rambut mereka bila mereka membesar. Namun begitu, kita sebagai ibubapa boleh meransang pertumbuhan rambut anak-anak. Antaranya :


Madu dan minyak zaitun
Campurkan kedua bahan semulajadi ini dan oleskan di bahagian kepala. Biarkan seketika kemudian bilas sehingga bersih. Elok diamalkan sehari sekali atau dua hari sekali.


Daun Lidah Buaya
Daun lidah buaya sememangnya sering dikaitkan dengan kesihatan rambut, baik untuk bayi, mahupun dewasa. Untuk bayi, ambil isi dan lendir daun lidah buaya saja. Hancurkan sehingga berbentuk gel. Oleskan pada rambut dan kulit kepala bayi setiap minggu. Selain dapat melebatkan rambut, daun lidah buaya dapat menghitamkan rambut bayi.


Avokado dan Madu
Ambil isi buah avokado yang sudah masak. Haluskan sehingga hancur seperti pupur. Campurkan satu sudu madu asli sebelum dioles ke rambut dan kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala supaya tidak disentuh atau diusik oleh bayi. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.


Minyak Kelapa
Sebenarnya ibubapa tidak digalakkan menggunakan produk melebatkan dan menghitamkan rambut kepada bayi kerana dikhuatiri bahan yang terkandung memberi mudarat kepada bayi kelak. Sebaiknya, ibubapa digalakkan menggunakan bahan semulajadi seperti minyak kelapa jelas tidak membawa mudarat mahupun merosakkan rambut dan kulit kepala bayi.


Air Kelapa Muda
Penggunaan air kelapa muda juga mampu melebatkan rambut bayi. Caranya dengan menyiram air kelapa muda secukupnya sambil melakukan urutan lembut pada kulit kepala bayi. Untuk hasil yang maksimum, lakukan secara rutin setiap pagi dan petang selepas mandi.

Cubalah salah satu petua di atas. Semoga memperoleh hasil yang diharapkan. Apa yang penting, semasa melakukannya, kita zikir kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Semoga beroleh barakah di atas apa yang kita lakukan. Insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, August 11, 2017

SEKUAT MANA IMAN KITA?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

SEKUAT MANA IMAN KITA?

Kehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan dan ujian dalam bentuk ringan mahupun berat. Bagi orang yang menghadapi cabaran kemungkinan cabaran yang diterima itu berat namun bagi yang melihat dari mata kasar, cabaran itu ringan. Disini "konflik" berlaku kerana setiap orang diberi kekuatan iman dan kekuatan hati yang berbeza. Tidak sama.

Mengapa dan kenapa? 

Kerana ujian itu tanda kasih dan sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya. 

Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda:

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Sesungguhnya besarnya pahala tergantung dengan besarnya ujian. Sesungguhnya, apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya. Siapa yang redha dengan ujian itu, maka ia akan mendapat keredhaan-Nya. Siapa yang membencinya maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya. 

[HR. at-Tirmidzi no. 2396 dan Ibnu Majah no. 4031 (Ash-Sahihah no. 146).]

Status hadith ini HASAN. 

Di hari Jumaat yang mulia ini, kita boleh memperbanyakkan zikir kepada Allah, istighfar memohon keampunan dan berdoa agar urusan kita dipermudahkan.

Aamiin 

Sumber : Telegram Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, August 09, 2017

JANGAN MEMBENCI AKU

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

JANGAN MEMBENCI AKU.

Kehidupan kita sering menguji diri kita sehingga kan kita terasa kita keseorangan dan terasing walaupun kita berada di kalayak ramai. Hati kita kosong dan pandangan mata kita kosong seolah-olah kita tidak wujud.

Di saat itu, hati kita merintih dan pelbagai perasaan bermain-main di hati kita. Kita rasa keseorangan dan tidak ada orang yang mempedulikan kita sehinggakan kita berasa semua orang membenci kita.

Namun kita terlupa dengan firman Allah:

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. [al Hadid/57:4].

Sebenarnya kita tidak keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Firman Allah dalam surah al-Anfal/8:46:

وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Jangan kau membenci aku ya Allah. Hanya itu yang aku pinta.

Sumber : Telegram Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, August 07, 2017

Perkenalan Di Media Sosial

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Zaman sekarang merupakan zaman media sosial. Sekurang-kurangnya seseorang ada akauab Facebook. Selain Facebook, kita ada media sosial lain seperti Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain lagi.

Perkenalan juga sudah mudah. Hanya melalui media sosial ini saja. Walaupun tidak bersua muka, kita sudah boleh berkawan dengan siapa saja dan dimana saja. 

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir orang yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan media sosial ini. 

Jika ingin bersua muka dengan sahabat alam maya, mungkin boleh dipraktikkan beberapa langkah ini. Antaranya :

Ajak teman
Sebaiknya, ajaklah kawan perempuan atau adik-beradik yang paling rapat dengan kita menemani kita untuk bertemu kali pertama dengan rakan alam maya tersebut. Tetapkan pertemuan di tempat ramai orang seperti di tempat membeli-belah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Perhatikan gerak gerinya
Sekiranya dia kelihatan tidak selesa dan resah gelisah, berkemungkinan dia mempunyai niat yang tidak baik terhadap kita. Berhati-hati dan elakkan daripada meninggalkan teman kita sekiranya dia mengajak kita ke tempat lain untuk meninggalkan teman kita. Mudah baginya untuk melaksanakan tipu helah yang telah dirancang.

Kenali dirinya terlebih dahulu
Cuba buat beberapa panggilan video. Ataupun cuba dapatkan akaun Facebook, Twitter ataupun Instagram dia. Jika perkenalan melalui Wechat, lihat Moments yang dikongsikan. Lihat apa yang dikongsikan. Sekiranya terdapat banyak gambar ataupun status yang kurang menyenangkan, mungkin perlu kita pertimbangkan untuk tidak bertemu dengan dia.

Tanya pendapat orang lain
Beritahu rakan-rakan yang kita sedang berkawan dengan seseorang yang mungkin mereka kenali. Tanya pendapat mereka untuk mengelakkan kita berkawan dengan seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik kepada kita.

Perkenalan di media sosial ada pro dan kontranya. Namun begitu, berhati-hati dalam apa jua tindakan untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Wallahu'alam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: