Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Wednesday, May 01, 2024

Selamat Hari Pekerja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat Hari Pekerja semua pekerja termasuklah suri rumah dan suri hati encik suami masing-masing. Macam lambat tapi insya Allah, masih belum terlambat lagi. 😉

Kalau dulu, ramai yang menyangka kerja suri rumah ini senang, banyak masa rehat dan boleh ber'me-time' selalu serta boleh buat hobi yang mereka suka. Begitulah yang Umie sendiri pernah terfikir.

Tapi hakikatnya, suri rumah adalah orang yang pertama sekali bangun sebelum seisi rumah bangun dan orang terakhir sekali akan tidur selepas seisi rumah tidur.

Dalam selang masa itu, macam-macam pekerjaan dalam rumah perlu diselesaikan daripada dalam rumah sehinggalah ke luar daripada rumah, untuk pastikan kebersihan dan keselesaan seisi rumah.

Kalau ada anak kecil, perlu pula uruskan anak kecil dan selalunya, segala kerja bersihkan atau kemaskan rumah akan diselesaikan sebelum anak kecil bangun atau sewaktu anak kecil tidur. Umie pernah laluinya, rasa macam nak kuasa superman yang super laju tu masa itu.  Ataupun nak tangan sotong supaya dapat buat banyak kerja dalam satu masa. Fuh! Hehehe

Alhamdulillah, sekarang ramai mula buka mata dan faham tugasan suri rumah selepas ramai yang memilih mahupun cuba menjadi suri rumah untuk seketika sebelum memulakan kerja di luar rumah semula, terutama sewaktu zaman PKP Covid-19 suatu masa dulu yang memaksa semua berada di rumah dan bekerja dari rumah.

Mula dulu Umie jadi suri rumah, Umie sendiri pun letih, rasa macam tak cukup buat, tak sempurna dan stress sendiri. Namun setelah beberapa ketika, buat beberapa perubahan dan menerima kekurangan serta ketidaksempurnaan, Alhamdulillah, sekarang baru dapat adapt sepenuhnya. 

Bila uruskan rumah dan anak termasuklah uruskan hantar dan pergi sekolah, kadang terasa tak ada masa untuk diri sendiri mahupun untuk bersosial dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, dengan pelbagai sosial media sekarang, dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan walaupun secara alamaya. Cuma perlu betul-betul pilih circle yang sesuai dengan diri dan keadaan.

Sebab ada juga circle atau perkongsian yang boleh buat para surirumah ini rasa rendah diri dan tak bersyukur. Jadi, memang kena sangat pilih perkongsian yang membina diri dan elakkan perkongsian yang menyebabkan kita rasa stress sendiri dan rasa rendah diri.

Selain itu, kadang Umie sendiri leka juga dengan media sosial ini, sampaikan ada beberapa kerja yang Umie sendiri kurang gemar seperti lipat kain baju dan sebagainya terabai atau tertangguh. Jadi, perlu sangat hadkan masa bersama sosial media dan setkan masa untuk berada dalam sosial media. Insya Allah, ini yang sedang Umie usahakan. Doakan ya supaya Umie dapat bertahan. Fuh!

Senang cerita, ia lebih kepada pengurusan masa sendiri. Ada yang suka dengan sistem to-do list, ada yang suka dengan sistem block time, dan macam-macam lagi sistem pengurusan masa. Yang penting letak yang mana paling penting sekali di dahulukan.

Umie sendiri suka sistem to-do list sebab boleh selesaikan tugasan ikut masa kita, yang penting dapat selesai pada hari tersebut. Umie pernah cuba sistem block time, jadi stress sendiri bila Umie tak dapat laksanakan tugasan pada masa tersebut ataupun tugasan tersebut drag masa Umie untuk laksanakan tugasan lain. Lain orang lain caranya. Jadi, ikutlah keadaan diri masa kalian ya.

Ya, suri rumah juga perlu dihargai dan andai dapat encik suami yang amat memahami dan membantu dalam tugasan, semestinya ia satu bonus besar. Alhamdulillah, encik suami Umie amat memahami dan membantu kerja rumah. Selalunya dia yang uruskan pokok bunga di rumah kami, tugas Umie hanya siram pokok bunga setiap hari serta letak baja bila perlu. Sebab encik suami Umie minat alam semulajadi dan Umie pula just ok saja dengan alam semulajadi ni. Hehe

Ada yang encik suami belanjakan pergi spa buat isteri atau berikan sejumlah wang pada isteri untuk shopping barang peribadi sendiri. Ada juga yang cutikan isteri pada hujung minggu supaya isteri dapat berehat secukupnya. Rezeki masing-masing. Jadi ikatlah nikmat tersebut dengan selalu bersyukur. Sebab hakikatnya ramai yang cemburu dengan keadaan kita dan nak berada di tempat kita tanpa kita sedari.

Walau apa jua pekerjaan pun, lakukanlah dengan ikhlas dan terbaik serta niat untuk mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala penat lelah kita dalam pekerjaan kita dan mengurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah serta tidak putus-putus. Insya Allah.

SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA! 😊

Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, April 17, 2024

Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Sudah 8 Syawal. Jamuan raya di rumah mahupun di pejabat mula sana sini. Opst, sebelum terlupa, Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin. 

Walaupun agak saya ucapkan pada semua, tapi sementara masih di bulan Syawal, kira boleh ya. Hehe

Alhamdulillah, tahun ini saya beraya di rumah mentua di Perak. Rezeki tahun ini Allah beri dapat berkumpul dengan adik beradik ipar dan juga saudara mara suami walaupun adik suami baru saja kehilangan suaminya awal tahun baru ini akibat kanser paru-paru.

Bila melayari media sosial, ramai yang kehilangan kesayangan sama ada ibu ayah mahupun pasangan. Saya akui sakit merindui kehilangan memang perit. Setiap kali teringat memang boleh mengalir air mata.

Apa yang terbaik, kita doakan dan sedekahkan Al Fatihah buat mereka sebagai tanda rindu dan kasih kita pada mereka.

Saya sendiri masih teringat dan merindui pada arwah nenek dan datuk pada kedua-dua ibu bapa saya, arwah pakcik makcik dan juga arwah adik angkat keluarga saya. Jujur, bila setiap kali teringat, memang mengalir air mata.

Kadang boleh pula terfikir kalau lah mereka masih ada lagi dan dapat melihat keadaan saya sekarang ini, tapi saya percaya, Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Doa saya semoga kalian yang pertama kali mahupun sudah beberapa kali meraikan hari lebaran ini tanpa kesayangan, semoga dikurniakan ketabahan, kekuatan, kesabaran, keredhaan dan ketenangan dalam menghadapi hari mendatang.

Semoga kesayangan kita di tempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. insya Allah.

Sekali lagi, Salam Aidilfitri daripada saya sekeluarga serta Maaf Zahir dan Batin buat semua.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, July 28, 2023

Bercuti percuma bersama Shaklee

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah ala kulli haal. Rezeki hasil kerja keras, dalam Oktober tahun lepas, leader Umie berjaya unlock trip percutian Shaklee ke Switzerland. Betul-betul bercuti dan berehat beliau waktu tu sebab baru lepas uruskan anak-anak yang kurang sihat bergilir-gilir, di samping Encik Suaminya yang sambung belajar di United Kingdom. Sungguh, lepas Allah berikan ujian bertubi-tubi, Allah hadiahkan beliau percutian yang tak pernah beliau terfikir pun sebelum ini akan dapat.

Di Switzerland, beliau dan sahabat yang lain menginap di Burgenstock Hotels and Resort. Dari hasil tanya ke Encik Google, harga menginap satu malam di sini dalam ribu-ribu 😲. 

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : Booking.com

Kalian tengok ni. Kalau Umie sendiri nak booking macam ni dengan flight ticket lagi, makan lagi, jalan lagi, hai, ntah berapa juta agaknya habis. Bukan ratus ribu, memang juta-juta jela jawabnya. Telan air liur pun macam tersekat je ni rasanya kalau duit sendiri kena keluarkan banyak ni. Huhu

Tapi kalau dah orang nak belanja, tinggal bawa diri dengan kain baju je, duit perjalanan, makan minum, hatta duit shopping pun Shaklee sediakan, takkan nak menolak pulak kan, melainkan ada halangan besar yang tak boleh nak dielakkan. Best ke best sangat?

Sebelum sampai tu, mereka naik shuttle boat, ada boat trip lalu Tasik Lucerne dan kemudian naik Burgenstock Funicular (ala-ala macam keretapi Bukit Bendera Penang tu), baru sampai ke hotel, lenggang kangkung tau. Sebab masa sampai kat airport, staf hotel dah siap-siap ambil luggage masing-masing, letak dalam bilik.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah boat trip tu. Nampak best kan. Duduk duduk, gelak gelak. 
Takde pun luggage menempel kat sebelah.

Jadi, masuk saja bilik dah ada luggage sendiri. Tak payah nak susah payah seret sana sini, tolak sana sini untuk ke hotel. Best kan macam tu? Kalau ada anak, kita layan anak je. Kalau tak, alamatnya mana nak layan anak, mana nak tolak luggage. Alih-alih, hangin pun sampai. Umie la tu 😅.

Percutian Shaklee ni bukan duduk diam-diam saja dalam hotel. Mereka naik ke Jungfraujoch, top of Europe pulak. Naik atas tu memang sejuk sangat la dengan ketinggian 3,454 meter dari aras laut dan suhu sana dalam lingkungan -7.9 darjah Celcius. Boleh beku dibuatnya kalau tak pakai baju yang sesuai.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Ini serba sedikit info tentang Jungfraujoch tu.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Bole main salji atas ni tau. Bole feeling ala-ala winter sonata gitu. Hehe

Mereka bukan stay di Burgenstock Hotels dan Spa saja tau, mereka juga ada stay di Beau Rivage Hotel and Royal Savoy Hotel, di Lausanne juga. Dikatakan hotel ni ramai orang kenamaan pernah singgah dan menginap di hotel ni. 

http://mamapapaamir.blogspot.com
Ini hotel kedua yang mereka tinggal. Nampak mewah kan?

Acara kemuncak adalah mereka makan malam di Le Musee Olympique atau Muzium Olympic di Lausanne. Di sini, mereka dihadiahkan setiap seorang jam jenama Swatch khas untuk sukan Olympic sebagai cenderahati.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah jam Swatch edisi Olympic tu. 

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah leader Umie yang dapat ke Swiss tu. Comel je berbaju kebaya kat negara orang.

Kalian jangan tanya Umie macamana nak sebut tempat mahupun hotel ni semua tau sebab Umie sendiri pun berbelit lidah dibuatnya nak menyebut. Confirm lain benar dengan sebutan sebenar dan boleh kena ketawa dengan orang sana. Hahaha 😂

Nak cerita detail, takut kalian jemu pulak, 3 hari 3 malam kang tak habis-habis baca nanti. Jadi, inilah sebahagian itinerary perjalanan percutian Shaklee. Ada juga masa mereka pergi shopping ya. Buat terlalu padat sangat jadualnya, ada masa renggang untuk jalan-jalan, ambil-ambil gambar semua.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Rugila tak jalan dan shopping kat tempat orang. Lagi-lagi dapat duit shopping Shaklee bagi lagi.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Posing sikit. Kat Malaysia memang tak la pakai macam ni. Lencun baju yang bahagian dalam tu dibuatnya. Hehehe

Umie belum rezeki lagi tapi sedang berusaha untuk pergi ke trip seterusnya. Insya Allah, bulan depan ni, bulan Ogos, bagi yang berjaya, dapat ke USA dan salah satu destinasi semestinya Disneyland, kesukaan bukan saja anak-anak, mak ayah pun seronok juga ni.

Selain itu, trip tahun depan akan ke Jepun. Arigato gozaimasu! Belum apa-apa Umie ni dah train dah. Hahaha.

Penangan kecil dulu suka tengok cerita Mirror Attack, Gaban, Suria Baja Hitam dan cerita Oyuki la ni. Siapa yang pernah tengok, mesti tau kan cerita semua ni pasal apa. Masa tu banyak cerita dari Jepun, sedikit sebanyak minat dengan negara Jepun.

http://mamapapaamir.blogspot.com
Inilah trip untuk tahun 2024. Ada yang nak join? Klik link di bawah entry ni ya.

Umie minat dengan negara Jepun sebab katanya mereka ni orang yang sangat menjaga masa, kira punctual la. Kalau tren katakan waktu ketibaan pukul 8, memang akan sampai pukul 8. Lepas tu, mereka juga sangat menjaga kebersihan. Susah nak nampak sampai merata ni kat sana. 

Tipulah kalau takde yang negatif tapi kita ambil yang positif sajalah tentang Jepun ni atau apa-apa perkara pun. Bak kata orang dulu-dulu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak gitu?

Kalian doakan Umie ya berjaya unlock trip ke Jepun dan yang seterusnya. Dapat bercuti free, tempat mewah, makanan sedap, siapa tak nak kan?

Kalian kalau nak join Shaklee tapi malu nak sembang dengan Umie, boleh klik link ini ya 👉https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1265902

Tapi kalau kalian nak sembang, tanya-tanya dengan Umie, feel free klik sini 👉http://byciksaw.wasap.my

Insya Allah, Umie ada untuk membantu kalian.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Sunday, July 23, 2023

Tips Travel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Travel memang best, boleh buat healing sekali. Lagi kalau dapat travel free macam yang Shaklee offer tu, lagi seronok. Sedia badan dengan kain baju saja. Pengangkutan, penginapan, makanan hatta duit shopping pun Shaklee sponsor. Masyuk kan? 

Insya Allah, awal bulan depan, pengedar Shaklee yang layak akan berangkat ke USA. Jadi sekarang ni, mana yang akan berangkat tu, tengah sibuk uruskan apa yang patut sebelum berangkat ke sana. 

Jadi, Umie nak share sikit tips travel bagi yang akan dan suka travel. In case kalian ada nak add on, just drop by kat komen bawah ek. Antara tips travel yang Umie nak kongsi ialah :

1. Semak keadaan cuaca semasa

Sumber : pexels.com

Bila kita ke tempat orang terutama melibatkan luar negara, kena pastikan apa cuaca terkini negara terbabit terutama negara yang ada 4 musim. Jadi kita boleh bawa baju ikut keperluan semasa. Kalau kita tak semak, kebetulan sana cuaca musim sejuk tapi kita bawa baju musim panas, tak ke naya nak kena beli baju dekat sana pula kan?

2. Semak pusat kesihatan yang terdekat
 
Sumber : pexels.com

Ini Umie memang selalu buat kalau nak ke tempat orang, hatta dalam negara sendiri sebab bila tak sihat terutama anak-anak, kita boleh tahu nak tuju ke mana. Bila ada ambil medical card, kita kene pastikan mana klinik atau hospital yang terdekat yang boleh terima medical card kita kalau jadi apa-apa. Umie ada anak yang mudah jatuh sakit, jadi ini memang menjadi keutamaan Umie kalau nak ke mana-mana, hatta balik kampung. Senang cerita dah siap-siap simpan dalam handphone in case apa-apa berlaku.

3. Semak makanan tempatan
Sumber : pexels.com

En Suami Umie seorang yang suka nak tahu apa makanan istimewa di satu-satu tempat. Contoh macam Muar, terkenal dengan mee bandung. Kalau ke Pahang, masakan ikan patin. Kalau ke Penang, pasembornya. Jadi, bila nak ke satu-satu tempat, kami akan tanya En Google apa makanan istimewa tempat tersebut. Bagi kami tak dapat makan di tempat viral tak apa yang penting dapat tau macamana makanan tu.

Ini antara tips travel dari Umie yang Umie sendiri buat sebelum ke mana-mana. Tapi semenjak Covid, kami belum direzekikan untuk travel lagi dengan anak-anak. Doakan ya kami dapat travel satu hari nanti. Insya Allah, aamiin.

Umie sejenis tak boleh nak travel lone ranger, mesti teringat En Suami dan anak-anak. Terfikir apa la yang mereka makan kat rumah, macamanalah keadaan mereka dan macam-macam lagi. Dulu masa kerja ada Annual Dinner Company, sanggup Umie sewa hotel lain yang dekat dengan tempat dinner sebab tak nak tinggalkan mereka. 

Tapi bila masa makan kena tinggalkan mereka, kita lak makan sedap-sedap, jadi makanan tu tak berapa sedap di tekak Umie. Jadi bila nak travel, memang akan add-on dorang sekali. Hehehe

Kepada kaki travel, have a great trip. Tapi dalam masa yang sama, berhati-hati juga di tempat orang sebab kita tak tahu macamana keadaan tempat tu, orangnya dan macam-macam lagi. 

Have a great journey korang dan selamat menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.

Barakallahu fikum.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, July 19, 2023

Salam Maal Hijrah 1445 Hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah.

Alhamdulillah, direzekikan kita semua melangkah ke tahun baru Hijrah.

Kalau tahun Masihi, sambutan memang meriah. Alhamdulillah, tadi dekat Masjid Negara, meriah juga sambutan Umie tengok dekat channel Tv AlHijrah.

Bukan kemeriahan yang menarik perhatian sebenarnya. Umie terfikir lebih kepada apa sumbangan Umie sendiri sehingga ke tahun lepas. Allahu, kurangnya sumbangan ataupun manfaat yang Umie berikan.

Untuk tahun baru Hijrah ni, nak kena tanam azam juga nampaknya, azam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Ruginya la hai kalau masih kat takuk lama. Lagi-lagi dalam bab agama, Allahu, banyak sangat nak kena baiki.

Baiknya Allah, masih rezekikan kita bernafas sampai harini. Tapi insaf pula Umie bila fikir, dengan bertambahnya tahun, maka berkurangnya masa kita ada kat dunia ni. Allahu 😭

Amal sememangnya kurang sangat, apatah lagi manfaat yang Umie sendiri sumbangkan.

Jomlah kita semua insaf berjemaah di tahun baru ni, nak? Sementara Allah masih bagi peluang.

Nanti bila peluang dah ditarik, menyesal pun tak guna lagi.

Umie doakan semoga di tahun baru Hijrah ini, semakin meningkat keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah, dan semoga kejayaan akan mengiringi kita tahun baru ini serta semoga segala usaha, kerja keras dan penat lelah kita dalam melaksanakan kebaikan di balas dengan sebaik-baik ganjaran baik daripada Allah.

Insya Allah, aamiin😌

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Tuesday, June 13, 2023

Perancangan Allah indah sangat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

Alhamdulillah ala kulli haal. Pada asalnya Ummi mencari Shaklee dan menjadi ahli makan sendiri lebih kepada nak banyakkan susu badan memandangkan anak tak dapat menyusu direct. 

Tapi perancangan Allah indah sekali, Ummi boleh pula terjebak dengan bisnes Shaklee. Tak sangka pun sebab kecik dulu, Ummi seorang yang minat dengan bisnes.

Dulu Ummi pandai lukis kartun Garfield dan Mickey dan Minnie Mouse. Asal ada ruang kosong, kawan akan mintak Ummi lukis walaupun atas tisu. Seorang sahabat pernah suarakan, tak nak jual ke. Ummi kata sedekah saja. Boleh gitu? Bila ingat balik, ruginya. Hahahah

Jujur, dulu langsung tak kenal siapa Master atas Ummi. Main daftar je. Kalian kalau nak join mana-mana bisnes, selidik dan periksa dulu tau. Jangan main redah macam Ummi. Hehe

Alhamdulillah, baiknya Allah, Allah lorongkan Ummi berada di bawah susur galur Surijunior. Masa tu baru kenal Master Farihah. Tapi dah jauh sangat dah atas upline Ummi. Yang paling dekat Master Ita Atirah dari MRG.

Dengan Master Ita bukan saja Master Ita, Master yang paling dekat, rupanya rumah Master Ita dalam dekat saja dengan Ummi iaitu di kawasan Semenyih. What a small world. Hehe

Alhamdulillah, Master Ita memang banyak support Ummi. Master Cip dari RYG pun sangat membantu dengan mengadakan macam-macam kelas termasuklah kelas khas untuk penjagaan diri wanita supaya encik suami tak tertarik pada yang lain. Ha, gitu sekali. Hehe

http://mamapapaamir.blogspot.com
Antara kelas minggu ini.


Bila support sistem best, bisnes mudah dan flexible sebab urusan pos semua Shaklee setelkan, barulah seronok dan tak terasa ketinggalan sendirian. 

Kalian nak jadi pengedar Shaklee juga macam Ummi? Mari Ummi bantu. Tekan link ini ya 👉 http://byciksaw.wasap.my

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Sunday, October 16, 2022

Berkumpulnya seluruh ahli keluarga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma Solli Ala Muhammad

Alhamdulillah, sesuatu yang tak senang tapi tak juga susah iaitu berkumpulnya keseluruhan ahli keluarga besar dalam acara selain kenduri. Itulah yang berlaku pada keluarga sebelah En Suamiku yang mempunyai adik beradik seramai 8 orang. Di campur dengan pakcik makcik yang ada dan anak-anak, dalam 36 orang juga dalam sebuah rumah kampung. Alhamdulillah, ia berlaku pada hari kelahiran Rasulullah saw.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Biasalah, bila semakin dewasa, adalah peristiwa sana sini, almaklum sedangkan lidah lagi tergigit, tapi demi mak abah, mereka berjaya berkumpul. Yang paling seronok, pastilah anak-anak sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Main tak ingat dunia. Akhirnya, bila masing-masing balik ke rumah, ada yang tewas sebab tak sihat sebab kurang rehat. Termasuklah anak soleh dan solehah di sini. Hehehe

Ada beberapa acara diadakan untuk keseronokan kami sekeluarga, antaranya pertandingan mewarna, cabutan bertuah, sukaneka anak-anak dan sukaneka dewasa. Hadiahnya ringkas saja sebab bagi kami yang penting keseronokan semua pihak.

Alhamdulillah, Allahuakbar. Tanpa izin daripadanya, tak mustahil ini semua terjadi. Dengan niat hendak menggembirakan semua dan mengeratkan lagi silaturahim antara kami, Allah swt memudahkan semuanya. Saya percaya, bila kita niatkan menggembirakan kedua ibubapa terutamanya, besar ganjarannya dan Allah swt akan membalas dengan sebaik-baiknya. Yang paling seronok, bila dalam diam, ibubapa kita mendoakan kesejahteraan kita baik untuk dunia mahupun akhirat. Kan seronok tu.

Bila berkumpul ramai sebegini, teringat dulu-dulu saya berkumpul dengan sepupu. Disebabkan rumah makcik dekat dengan pantai, kami semua akan ke pantai mencari kepah dan pepahat. Bawa balik dan terus masak. Alhamdulillah, seronok sangat. (Al-Fatihah buat sebahagian sepupu dan makcik pakcik yang telah pergi menghadap Ilahi. 😢)

Saya percaya, ramai yang mula mengadakan perjumpaan keluarga mahupun kenduri kendara. Dalam keseronokan, tetaplah berhati-hati dan niatkan segalanya kerana Allah swt. Semoga Allah swt memudahkan segalanya.

Sahabat,
Jika tidak mampu, buatlah sekadarnya agar dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada ibu bapa dan anak-anak. Jika mampu, bolehlah sewa homestay atau ke tempat percutian beramai-ramai. 

Ada juga yang saya lihat siap ada baju tshirt keluarga. Insya Allah, doakan saya dimurahkan rezeki untuk sponsor tshirt keluarga. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian juga.

Semoga hubungan kami semakin erat dan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah.

Lot's of love, 
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, September 02, 2020

Merdeka Norma Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah. Tahniah Malaysia telah merdeka selama 63 tahun. Bukan satu jangka masa yang sekejap tapi bukan boleh diambil mudah dan ringan sebab penjajahan masih berlaku cuma dalam bentuk lain dan norma baru.

Merdeka norma baru, penjajahan pun norma baru. Samada kita kuat dan cekal.

Rasa rindu pula dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang lama. Kalau sambutan Hari Kemerdekaan yang lama, apa yang MPA suka sekali adalah lakonan semula pasukan tentera. Kalau ada kat kawasan sambutan, mesti seronok dengan asap dan gegaran penangan bunyi tembakan. Boleh rasa macam ada kat kawasan kejadian sebenar.

Bila perarakan pula, suka tengok macam-macam ragam ada. Ada yang bawa maskot, ada yang bawak kenderaan canggih-canggih, ada yang bawa pasukan pancaragam sendiri. Rasa seronok sangat.

Sahabat semua rindu tak? MPA memang rindu sangat.

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Kita tak boleh terlalu lama ada di tempat lama yang sama. 

Dulu atok nenek kita sibuk memerdekakan negara kita dengan titik peluh, keringat, darah dan nyawa kita. Sekarang, tugas memerdekakan adalah diri kita, di bahu kita tapi dengan cara yang berbeza.

Memerdekakan ekonomi supaya dapat membahagiakan diri sendiri, orang tersayang, masyarakat dan seterusnya negara tercinta.

Memerdekakan kehidupan dan persekitaran daripada dibelenggu perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan kurang baik.

Memerdekakan diri sendiri menjadi lebih baik dan bertambah baik daripada sebelumnya.

Selamat Hari Merdeka semua. Semoga hari kemerdekaan kali ini memberikan 1001 makna dan memerdekakan diri kita menjadi insan yang terbaik di kalangan yang terbaik. Insya Allah.


Lot's of love,
photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, December 10, 2016

Jom ke MAHA 2016 dan Big Bad Wolf 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Kemana hari ini sahabat-sahabat MPA semua? Hari ini masa yang sesuai untuk bersantai-santai. Untungnya warga negeri Selangor sebab akan bercuti sehingga hari Selasa. Wow! Empat hari cuti tu. Rasanya ramai yang tidak lepaskan peluang untuk pulang ke kampung ni. Warga KL pula akan hanya bercuti sehingga ke hari Isnin sahaja. Tapi rasanya tetap akan pulang juga ke kampung halaman.

Kepada sahabat MPA yang tiada apa-apa rancangan untuk cuti beberapa hari ini, ada beberapa acara yang sedang berlangsung di KL ini. Antaranya :

MAHA 2016

Ianya telah berlangsung dari 1 December sehingga esok, 11 December 2016 di MAEPS, Serdang. Maksudnya esok merupakan hari terakhir MAHA 2016. Rasanya ramai juga yang tidak lepaskan peluang ke sini untuk hari-hari terakhir ini. Pelbagai makanan mahupun tumbuhan ada dipamerkan dan dijual di sini. Rata-rata mengatakan memang rambang mata dibuatnya. 

Big Bad Wolf 2016


Edisi kali ini berlangsung dari jam 7 pagi 9 December sehingga jam 9 malam19 December 2016. Ini bermaksud ianya berlangsung selama 24 jam tanpa henti. Jadi, untuk ulat-ulat buku, jika tidak dapat pergi pada siang hari, bolehla pergi pada malam atau awal pagi iaitu pukul 2 atau 3 pagi. Tadi MPA dan adik saja melawat laman web Big Bad Wolf 2016, rambang mata betul dibuatnya. Harga buku yang sebelum ini bernilai RM40++, dijual dengan harga RM 10 atau RM 15. Bagi ulat buku, geram je rasanya. 

Bagi MPA, MPA belum dan tidak dapat nak pergi ke kedua-dua acara di atas disebabkan faktor kesihatan anak MPA, Ain Humaira yang dinasihatkan tidak ke tempat orang ramai. Keadaan paru-paru Ain yang sensitif menyebabkan mudah bagi Ain dijangkiti batuk mahupun demam dan dibimbangi boleh menyebabkan Ain mengalami sesak nafas. Walaubagaimanapun, dengan zaman canggih sekarang ini, MPA boleh cuci mata dengan melihat sahabat-sahabt MPA meng'upload' gambar-gambar di Facebook, Instagram mahupun Blog.

Walau ke mana juga sahabat MPA pergi di musim cuti ini, sila berhati-hati terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Awasi anak kecil terutama di tempat sesak sebab macam-macam boleh berlaku seperti cedera akibat terjatuh.

Selamat bercuti bersama keluarga tersayang.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, October 29, 2016

Happy Deepavali

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Happy Deepavali kepada semua kaum India di serata dunia. Bersempena cuti umum ini dan kebetulan hujung bulan, MPA pasti ramai yang tidak lepaskan peluang balik ke kampung. Seronoknya balik kampung jumpa saudara-mara dan adik-beradik yang lain. 

MPA tak dapat balik kampung sebab menemani Ain di hospital. Insya Allah, bila Ain dah discaj dan didapati dalam keadaan sihat, teringin juga balik ziarah mentua di kampung. 

Kepada yang pulang ke kampung ataupun pergi bercuti, selamat berehat dan hati-hati dalam apa jua yang dilakukan. Kepada yang tidak kemana-mana, selamat berehat juga. Kepada semua kaum India, MPA sekali lagi mengucapkan Happy Deepavali. ^_^

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, September 12, 2016

Salam Aidiladha

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

SALAM AIDILADHA

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim,
melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,
di kala itu bermulanya sejarah agung erti sebuah
PENGORBANAN.

Besar sungguh pengorbanan Nabi Ismail demi memenuhi kehendak Maha Pencipta. Andai kita di tempat baginda, belum tentu kita seteguh dan sekuat baginda. Disebabkan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail (yang kemudiannya ditukarkan dengan kibas) demi memenuhi permintaan Allah, maka kita pada hari ini disunatkan untuk melaksanakan ibadah korban, bagi mereka yang mampu.

Salam Aidiladha daripada MPA sekeluarga.
Kepada para jemaah haji, selamat menunaikan ibadah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur.
Kepada yang melaksanakan ibadah korban, semoga amal ibadah kalian diterima oleh Allah.
Insya Allah.

Wallahua'lam
Share:

Monday, August 01, 2016

Selamat datang bulan Kemerdekaan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Selamat datang bulan Ogos dan selamat tinggal bulan Julai. Cepat betul masa berlalu. Bulan Syawal bakal berakhir beberapa hari lagi. Bulan Ogos pula selalunya dikaitkan dengan kemerdekaan negara kita. 
Insya Allah, hujung bulan ini kita akan meraikan Hari Kemerdekaan Negara kita untuk kali yang ke-59. Tak lama lagi mesti ramai yang mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana saja, baik di bangunan, rumah mahupun di kenderaan. Itulah unik dan indahnya rakyat Malaysia ini. Seronok rasanya bila dapat duduk semeja dengan pelbagai agama, budaya dan bangsa. Selain boleh bertukar-tukar pandangan, dapat juga kita pelajari perkara-perkara baru. Mudah-mudahan kemerdekaan yang kita kecapi akan berkekalan. 
Wallahua'lam
Share:

Wednesday, June 22, 2016

Thursday, May 05, 2016

Salam Isra' Mi'raj

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Salam Isra' Mi'raj


Besar sungguh peristiwa Isra' Mi'raj ni untuk umat Islam. Perjalanan yang hanya mengambil masa satu malam saja, tidak mustahil bagi Allah. Banyak yang boleh dipelajari daripada kisah Isra' Mi'raj ni.

Marilah kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah Isra' Mi'raj ini. Semoga kita sentiasa diberikan peringatan, taufik dan hidayah tanda kasih daripadaNya. Insya Allah
Share: