Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, May 01, 2024

Selamat Hari Pekerja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat Hari Pekerja semua pekerja termasuklah suri rumah dan suri hati encik suami masing-masing. Macam lambat tapi insya Allah, masih belum terlambat lagi. 😉

Kalau dulu, ramai yang menyangka kerja suri rumah ini senang, banyak masa rehat dan boleh ber'me-time' selalu serta boleh buat hobi yang mereka suka. Begitulah yang Umie sendiri pernah terfikir.

Tapi hakikatnya, suri rumah adalah orang yang pertama sekali bangun sebelum seisi rumah bangun dan orang terakhir sekali akan tidur selepas seisi rumah tidur.

Dalam selang masa itu, macam-macam pekerjaan dalam rumah perlu diselesaikan daripada dalam rumah sehinggalah ke luar daripada rumah, untuk pastikan kebersihan dan keselesaan seisi rumah.

Kalau ada anak kecil, perlu pula uruskan anak kecil dan selalunya, segala kerja bersihkan atau kemaskan rumah akan diselesaikan sebelum anak kecil bangun atau sewaktu anak kecil tidur. Umie pernah laluinya, rasa macam nak kuasa superman yang super laju tu masa itu.  Ataupun nak tangan sotong supaya dapat buat banyak kerja dalam satu masa. Fuh! Hehehe

Alhamdulillah, sekarang ramai mula buka mata dan faham tugasan suri rumah selepas ramai yang memilih mahupun cuba menjadi suri rumah untuk seketika sebelum memulakan kerja di luar rumah semula, terutama sewaktu zaman PKP Covid-19 suatu masa dulu yang memaksa semua berada di rumah dan bekerja dari rumah.

Mula dulu Umie jadi suri rumah, Umie sendiri pun letih, rasa macam tak cukup buat, tak sempurna dan stress sendiri. Namun setelah beberapa ketika, buat beberapa perubahan dan menerima kekurangan serta ketidaksempurnaan, Alhamdulillah, sekarang baru dapat adapt sepenuhnya. 

Bila uruskan rumah dan anak termasuklah uruskan hantar dan pergi sekolah, kadang terasa tak ada masa untuk diri sendiri mahupun untuk bersosial dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, dengan pelbagai sosial media sekarang, dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan walaupun secara alamaya. Cuma perlu betul-betul pilih circle yang sesuai dengan diri dan keadaan.

Sebab ada juga circle atau perkongsian yang boleh buat para surirumah ini rasa rendah diri dan tak bersyukur. Jadi, memang kena sangat pilih perkongsian yang membina diri dan elakkan perkongsian yang menyebabkan kita rasa stress sendiri dan rasa rendah diri.

Selain itu, kadang Umie sendiri leka juga dengan media sosial ini, sampaikan ada beberapa kerja yang Umie sendiri kurang gemar seperti lipat kain baju dan sebagainya terabai atau tertangguh. Jadi, perlu sangat hadkan masa bersama sosial media dan setkan masa untuk berada dalam sosial media. Insya Allah, ini yang sedang Umie usahakan. Doakan ya supaya Umie dapat bertahan. Fuh!

Senang cerita, ia lebih kepada pengurusan masa sendiri. Ada yang suka dengan sistem to-do list, ada yang suka dengan sistem block time, dan macam-macam lagi sistem pengurusan masa. Yang penting letak yang mana paling penting sekali di dahulukan.

Umie sendiri suka sistem to-do list sebab boleh selesaikan tugasan ikut masa kita, yang penting dapat selesai pada hari tersebut. Umie pernah cuba sistem block time, jadi stress sendiri bila Umie tak dapat laksanakan tugasan pada masa tersebut ataupun tugasan tersebut drag masa Umie untuk laksanakan tugasan lain. Lain orang lain caranya. Jadi, ikutlah keadaan diri masa kalian ya.

Ya, suri rumah juga perlu dihargai dan andai dapat encik suami yang amat memahami dan membantu dalam tugasan, semestinya ia satu bonus besar. Alhamdulillah, encik suami Umie amat memahami dan membantu kerja rumah. Selalunya dia yang uruskan pokok bunga di rumah kami, tugas Umie hanya siram pokok bunga setiap hari serta letak baja bila perlu. Sebab encik suami Umie minat alam semulajadi dan Umie pula just ok saja dengan alam semulajadi ni. Hehe

Ada yang encik suami belanjakan pergi spa buat isteri atau berikan sejumlah wang pada isteri untuk shopping barang peribadi sendiri. Ada juga yang cutikan isteri pada hujung minggu supaya isteri dapat berehat secukupnya. Rezeki masing-masing. Jadi ikatlah nikmat tersebut dengan selalu bersyukur. Sebab hakikatnya ramai yang cemburu dengan keadaan kita dan nak berada di tempat kita tanpa kita sedari.

Walau apa jua pekerjaan pun, lakukanlah dengan ikhlas dan terbaik serta niat untuk mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala penat lelah kita dalam pekerjaan kita dan mengurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah serta tidak putus-putus. Insya Allah.

SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA! 😊

Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, January 12, 2024

Selamat Tahun Baru 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah ala kulli haal. Tahun baru, azam baru, semangat baru. Macam-macam yang dirancang di tahun baru ini. Semoga tercapai segala yang dihajat untuk tahun baru ini. Insya Allah. Harap belum terlambat lagi untuk Umie ucapkan Selamat Tahun Baru 2024 buat semua ya.

Untuk Umie, di awal tahun baru ini, keluarga Umie dan keluarga En Suami Umie diuji dengan kehilangan. 

Keluarga Umie kehilangan pakcik (abang ipar abah Umie) di Johor pada 2hb. Manakala keluarga En Suami Umie kehilangan adik ipar En Suami (biras Umie) di Selangor pada 4hb.

Allahu. Rasa macam terlalu cepat terjadi sebab baru saja pertengahan tahun lepas kami bersua muka dengan mereka. Mulanya rasa susah juga nak hadam sebab mereka orang-orang yang rapat dengan kami tapi terpaksa redha sebab masa mereka sudah tiba.

Masa kita? Insya Allah, satu hari nanti tapi sudah cukupkah bekalan kita?

Sungguh, kematian memang satu peringatan dan pengajaran yang sangat patut kita ambil perhatian dan iktibar. Bukan sekadar meratapi dan menangisi yang telah pergi.

Semoga dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan, keredhaan dan ketenangan buat sepupu Umie dan adik ipar Umie serta keluarga mereka atas kehilangan yang dirasai. Insya Allah.

Mereka sungguh kuat, sebab itu Allah uji sedemikian. Umie tak cukup kuat untuk diuji sedemikian. Semoga syurga tanpa hisab dan azab buat mereka. Insya Allah.

Minta maaf di awal tahun Umie ceritakan tentang perkara kematian. Ada masa perlu juga diperingatkan dengan satu perkara yang paling dekat dengan kita ini.

Semoga apabila 'masa' kita sampai nanti, Allah redha dengan kita. Insya Allah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, September 20, 2023

Belajar Tadabbur Quran : Surah Al Asr (Ayat 1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Hari itu dengan izin daripada Allah dan mungkin juga teguran dan peringatan daripada Allah, masa tengah scroll Instagram, lalu satu posting dari akaun Instagram yang Umie sendiri tak perasan bila masa Umie follow akaun ini. Posting itu mengajak muslimah untuk join dan sama-sama belajar Quran Journaling, Asmaul Husna Journaling, Doa Journaling dan Gratitude Journaling.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Umie untuk sertai walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Melayu Indonesia sebab pemilik akaun instagram itu adalah daripada Indonesia. Pembelajaran semua dalam Whatsapp dan digalakkan untuk hantar tugasan.

Alhamdulillah. Banyak yang Umie sendiri belajar dalam masa seminggu saja bagaimana nak buat journaling semua itu. Umie minat dengan teknik journaling tapi tak tahu macam mana nak mula dan apa perkara yang perlu dijournalkan. Jadi, bila ada buka offer macam ini, mestilah tak lepas peluang.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Sebenarnya, Umie suka dengan akaun Instagram Nota Nadia. Banyak Puan Nadia kongsikan tentang tadabbur Quran menggunakan poster yang comel-comel. Mungkin sesetengah nampak macam kebudakan, tapi bagi Umie nampak menarik perhatian. Dan Umie terinspirasi dengan beliau dan sekarang sedang berusaha nak berkongsi macam beliau.

Untuk permulaan, Umie mulakan dengan Tadabbur Quran iaitu Surah Al-Asr. Kenapa Umie pilih surah Al-Asr?

Sebab surah ini pendek dan untuk elakkan Umie cepat jemu mahupun give up. Insya Allah, slowly Umie upgrade ke Surah Al-Baqarah. Buat masa ini, Umie fokus pada surah-surah pendek dulu ya. Doakan Umie istiqamah dan tak give up buat Quran Journaling ya kalian. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian. Insya Allah, aamiin.😉

Untuk Quran Journaling Surah Al-Asr ini, Umie rujuk kuliah daripada Ustaz Syahmi Syazeril Azmi daripada rancangan Assalamualaikum TvAlhijrah. Ini video beliau kalau kalian pun merancang nak tadabbur surah yang sama : 


Untuk kuliah ini, Ustaz hanya sempat kupas ayat pertama daripada Surah Al-Asr iaitu وَٱلۡعَصۡرِ. Baru ayat pertama yang pendek tapi kupasannya panjang dan puas hati. Cuba tengok nota tulisan tangan Umie ni. Kalian faham ke? Hehehe

http://mamapapaamir.blogspot.com

Maksud ayat pertama Surah Al Asr ini ialah "Demi masa." Ia bermaksud Allah bersumpah dengan masa dan ketahuilah, masa adalah makhluk Allah juga. Bila baca tafsir ayat seterusnya, ia bermaksud manusia dalam kerugian.

Kenapa dengan demi masa manusia dalam kerugian pula?

Menurut kata Ustaz, kita dalam kerugian sebab tak gunakan masa dengan sebaiknya dan sehabis baik sebagaimana ada pepatah yang berbunyi, gagal merancang sama dengan merancang untuk gagal.

Selain itu, kita juga belajar macam-macam teknik tentang pengurusan masa seperti time block, pamodoro dan banyak lagi tapi alangkah ruginya bila kita rasa masa ini kita yang punya dan tak minta Allah bantu kita menguruskannya. Allahu 😭

Dalam kita sibuk merancang mahupun melaksanakan perancangan kita, selalu ingat yang Allah sentiasa ada di atas perancangan kita dan ada takdir Allah di atas semuanya.  Sebagaimana kata-kata yang menyatakan "Doa dan usaha adalah urusan kita, hasilnya biarlah Allah yang tentukan."

Andai Allah kurniakan hasil yang baik, Alhamdulillah, syukur.
Andai Allah kurniakan hasil bukan jangkaan kita, Alhamdulillah dan bersabar. 

Insya Allah, satu hari nanti Allah akan kurniakan juga andai kita berusaha bersungguh dan selitkan Allah juga dalam aktiviti kita. Just enjoy the process tapi yang terlebih enjoy pula sampai leka.

Begitulah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, September 18, 2023

Tamadun Melayu dan Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalian rajin belek Youtube? Kalian ada perasan atau pernah tengok video daripada Prof Dr Solehah Yaacob?

Sebenarnya Umie suka dengan kuliah Ustaz Amin Abdullah sebab Ustaz Amin suka cerita kisah-kisah sejarah. Kebetulan lalu lintas video Prof Dr Solehah Yaacob dengan tajuk yang menarik iaitu berkaitan Tanah Melayu. Ini salah satu video Prof Dr Solehah Yaacob bertajuk Tamadun Melayu dan Islam.

https://youtu.be/gtR82M7ncz4?si=Ls6jfw57XD94KB82

Satu masa dulu, subjek Sejarah la yang paling Umie tak suka sebab Umie tak suka nak hafal-hafal ni, lebih suka kepada kira-kira. Sampaikan tahap baru tengok buku teks Sejarah, mula menguap. Bila buka muka surat pertama, apa lagi, tersengguk-sengguk dibuatnya. Sampai cikgu Sejarah suruh anggap buku teks Sejarah itu sebagai buku novel yang best-best, tapi ia kurang berjaya. Maafkan kami cikgu. Huhuhu

Tapi bila dah makin meningkat umur sekarang ini, minat pula dengan Sejarah. Lagi-lagi bila Ustaz Amin bercerita. Bila terjebak dengan Prof Dr Solehah Yaacob, makin jatuh cinta dengan Sejarah. Hehehe

Bila dengar berkaitan dengan Melayu ini, kita sebenarnya hebat tau. Banyak rupanya hasil penulisan Melayu tapi sejarah kita telah disorokkan oleh penjajah. 

Subhanallah! Hebat perancangan Allah. Kadang kebenaran boleh disorokkan tapi akan sampai satu masa ia akan terbongkar, dengan izin Allah jua.

Bila rasa down, rasa tak kuat, rasa give up, ingatlah yang kita ini sebenarnya hebat cuma kita belum cukup kuat berusaha untuk menjadi hebat. Insya Allah, hasil usaha kita dan dengan izin Allah, satu masa nanti kita akan jadi hebat dan berjaya juga. Yakinlah. Segala yang Allah rancangkan adalah yang terbaik buat kita.

Insya Allah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, August 21, 2023

Doa yang bagus untuk wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Akhirnya sihat juga anak-anak Umie selepas berpas baton macam acara larian berganti-ganti gayanya, kurang sihat daripada bulan lepas. Musim betul sekarang ini. Notification kelas anak-anak yang tak datang sekolah berderet kurang sihat, minimum 5 orang sehari tak datang sekolah. Semoga dimudahkan buat semua yang diuji dengan keadaan anak-anak mahupun diri dan ahli keluarga yang kurang sihat.

Jadi ibu, bila anak kurang sihat, memang mencabar dan agak memenatkan. Kalau anak kecil lagi mencabar sebab anak-anak tak pandai nak cakap lagi dan juga sejenis tak sihat, suka menempel dan merengek selalu. Memang perlukan sangat me-time sekejap untuk lepaskan penat lelah seharian. 

Kali ini, Umie nak kongsi dengan kalian doa yang bagus untuk wanita terutama ibu yang sedang berjuang setiap hari menguruskan anak-anak, rumah tangga dan juga yang bekerjaya. Semoga ada manfaat buat kalian.

Selain bacaan Al-Mathurat setiap pagi dan petang, Umie juga suka amalkan doa ini :

Sumber : En Google

Masa kerja dulu-dulu, suka dengar radio Ikim FM pagi-pagi dan dalam lebih kurang pukul 7 pagi, akan berkumandang dekat radio Ikim FM doa ini tau. Sekarang uruskan anak-anak ke sekolah, on the way ke sekolah akan pasang radio Ikim FM dan ajak anak-anak sekali baca. Alang-alang dengar radio kan. Hehe.

Kalau kalian nak versi dari Youtube, ini dia : 


Sambil buat kerja, sambil kita boleh dengar dan baca sekali. Insya Allah, lama-lama boleh jadi terhafal tanpa sengaja. Cubalah.

Selain itu, boleh juga amalkan doa ini awal-awal pagi lepas solat Subuh atau bila-bila berkesempatan.

Sumber : En Google

Dalam melayari aktiviti seharian, macam-macam dugaan, ujian mahupun nikmat yang akan kita hadapi. Jadi, sebelum mulakan aktiviti seharian, apa kata kita berdoa dulu mohon dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik sepanjang hari dan juga amalan yang diterima oleh Allah walaupun sekecil-kecil amalan.

Bagi Umie, bagus juga kalau kita anjurkan anak-anak amalkan doa ini pagi-pagi sebab mereka kan nak ke sekolah menimba ilmu. Dan semoga jadi amalan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Insya Allah.

Sumber : En Google

Last but not least, doa dhuha! Rasanya ramai yang hafal dan anak-anak pun ada yang dah hafal juga kan. Kebanyakan Umie rasa ikut lenggok bacaan doa dhuha oleh kumpulan UNIC, yang ini :


Sebab Umie sendiri pun kalau baca ikut lenggok bacaan ini, mudah ingat, sekali dengan maksudnya. Dalam pukul 8 lebih macam tu, radio Ikim FM pun akan putarkan doa dhuha ini juga untuk bacaan bersama-sama. Bagus juga sebab ingatkan kita untuk solat dhuha in case terlupa atau belum buat lagi, kan?

Kira kalau dalam keadaan 'bendera merah' pun bagus juga amalkan doa-doa ini. Mudahan aktiviti kita sepanjang hari penuh keberkatan dan dirahmati Allah selalu. 

Eh, kalau kalian ada apa-apa doa yang kalian selalu amalkan, jomlah share dengan Umie dekat kotak komen bawah ini. Boleh juga Umie dan sahabat-sahabat lain amalkan. Mudahan sedikit perkongsian kalian menjadi asbab pahala buat kalian juga. Insya Allah.

Semoga perkongsian Umie kali ini ada manfaat buat kalian ya. Kalau nak share posting ini, dipersilakan dan Umie tiada halangan. Insya Allah.

Barakallahu fikum.

http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, July 13, 2023

Tips kerja dari rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Satu masa dulu, Umie pernah kerja kat pejabat. Macam orang cakap, keluar sebelum matahari terbit, balik matahari dah terbenam. 

Yang paling teruk, pernah tengah malam baru balik, awal pagi dah nak kena keluar ke pejabat. Ni selalunya due nak hantar tender, mesti balik lewat. Rabak mata tak payah cakapla. Blur je bila ke pejabat esoknya tu. Huhu

Tapi bila pilih nak kerja dari rumah, ada cabarannya juga. Lagi lagi bila ada anak-anak nak diuruskan. Kita lah chef, cleaner, driver, guard; senang cerita kitalah CEO (Chief Of Everything). Hahaha

Jadi, Umie nak kongsilah sikit tips kerja dari rumah yang Umie sendiri buat. Mungkin kalian pun ada yang buat jugak, ntah-ntah lagi advance dari Umie, sudilah kongsikan kat comment bawah ek.

1. Flexible
http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : pexels.com

Umie sejenis yang kalau tengah buat kerja, memang tak boleh kacau. Bila kena kacau, macam kena trigger gunung berapi, hangin di buatnya. Macam kerja pejabat dulu, ada yang pernah cakap takut nak tegur Umie sebab muka macam nak telan orang. Hahaha

Bila perlu mula kerja dari rumah masa PKP haritu, memang struggle. Tengah nak buat kerja, masa tu la anak nak kena kelas online, uruskan makan minum, belum lagi anak nak menempel je sebab boring abangnya ada kelas online.

Jadi, slowly Umie belajar untuk flexible dan pilih keutamaan. Memang kerja itu utama tapi bila dapat uruskan dengan baik anak-anak, bagi dorang kerja untuk dorang sibukkan, baru kita dapat selesaikan kerja kita dengan baik.

2. To-do list
Sumber : pexels.com

Kerja pejabat ke, kerja kat rumah ke, kena ada to-do list, melainkan kita memang ada rutin sendiri, sampai masa sekian sekian, buat kerja sekian sekian.

Tapi kerja dari rumah berbeza, walaupun ada rutin, ada masa terbabas juga rutin, lebih-lebih lagi bila anak atau pasangan tak sihat. Sebab tu bagi Umie, tetap kena ada to-do list untuk tau berapa banyak kerja kita dah selesaikan dan ada apa saja kerja penting yang kita kena selesaikan.

3. Solat awal waktu
Sumber : pexels.com

Nampak macam takde kaitan kan, tapi percayalah, ada kaitan sangat sebab bila kita solat awal waktu, terasa masa macam panjang saja walaupun banyak benda kita dah setelkan.

Tapi bila melengah atau melambatkan solat, terasa cepatnya masa berlalu. Cubalah dan rasalah sendiri. Ini boleh di aplikasikan bukan saja masa kerja pejabat, masa kerja di rumah pun. 

Umie bukanlah ustazah ataupun ada kepakaran dalam agama, tapi ini yang Umie sendiri rasa. Ada yang kata keberkatan masa asbab solat awal waktu. Hanya Allah juga yang tahu.


Oklah, ini antara tips yang Umie nak kongsi buat kalian semua. Kalau ada yang kalian nak tambah baik ke, nak tegur ke, silakan di ruang komen bawah ek.

Insya Allah, kita berlapang dada saja sebab masing-masing ada halangan masing-masing, ada pendapat masing-masing. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Chill chill saja ya. 

Semoga dimudahkan urusan semua, tak kisahlah kerja di rumah mahupun di pejabat. 

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, June 08, 2023

Antara kaya dan cukup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Awal bulan haritu, leader Ummi utarakan satu soalan : "Antara kaya dan cukup, mana satu pilihan kalian?"

Macam-macam jawapan dan pendapat yang timbul mengikut pandangan dan keadaan masing-masing. Ya, Ummi akui, kita ada 'sepasang kasut' anugerah Allah yang tak akan sama dengan yang lain.

Bagi pendapat Ummi pula, kalau boleh memilih, mesti nak pilih kaya dan cukup. Tapi kalau perlu pilih salah satu, Ummi pilih cukup.

Kalau kaya tapi masih rasa tak cukup, memang tak akan tenang. Tapi walaupun tak berapa kaya tapi sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada, tenang dan bahagia rasanya.

Tapi kalau direzekikan kaya dan cukup, Alhamdulillah, syukur sangat. Dapatlah memberi lebih kepada ahli keluarga dan insan-insan yang memerlukan.

Semua bergantung pada keadaan dan pandangan tersendiri. Tak ada yang betul dan salah.

Yang paling penting, doa, usaha, tawakal dan redha.

Berdoa mohon dimudahkan urusannya,
Usaha sebaik boleh,
Tawakal serta serahkan hasilnya pada Allah,
Redha atas segala apa yang Allah kurniakan.

Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati Allah selalu. Insya Allah

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Saturday, June 03, 2023

Tetaplah sejuk di tempat panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, hari ini kami akan didatangi tetamu dari Johor. Alhamdulillah, sepupu nak datang ziarah abah Ummi yang kurang sihat sekarang ni. Semoga dimudahkan perjalanan kalian dan selamat sampai ke destinasi.

Sahabat-sahabat yang akan menziarahi atau ke mana-mana di hujung cuti sekolah sekarang ni, semoga selamat sampai ke destinasi. Banyakkan juga minum air. Cuaca panas sungguh sekarang ini kan.

Hari ni ummi nak kongsi satu kata-kata motivasi buat semua :

http://mamapapaamir.blogspot.com

Nampak macam susah tapi sebenarnya tak mustahil nak capai. Cuma kena cari ilmu, usaha dan doa banyak-banyak.

Ummi sendiri pun akui kadang-kadang terbabas juga. Tapi bila duduk sorang-sorang, fikir dan refleksi balik, baru tersedar silap sendiri. Allahu 😭

Ummi banyak nak kena belajar. Banyak yang nak kena baiki. Dan banyak nak kena beringat sendiri. 

Ummi pernah masuk kelas PMC anjura  Bonda Prof Muhayya. Alhamdulillah, banyak membantu. Tapi nak kata 100% berubah, belum lagi. Masih tengah berusaha lagi.

Doakan ya Ummi dapat jadi insan seperti kata-kata motivasi kat atas ni. Sebab orang tenang selalu menang. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian juga. Insya Allah 🤲🏻

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, June 01, 2023

Misi Brain Dump

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Hari ini 1 Jun 2023. Permulaan bulan baru dan bermakna kita sudah berada di pertengahan tahun 2023. Ada setengah tahun lagi untuk hujung tahun 2023. Masa yang terbaik untuk rujuk balik azam, cita-cita dan impian yang telah kita senaraikan di awal tahun haritu. Mungkin ada sesetengah telah kita capai. Alhamdulillah.

Malam tadi buat brain dump. Allahu, banyak rupanya tersimpan dalam kepala ini, tapi tak dikeluarkan. Jadi, bila termendap lama-lama, jadi kerak, itu yang susah nak keluar tu. Huhuhu.

Ada satu kelas Ummi pernah ikut, the best buat braindump ni adalah setiap hari. Sekurangnya bila kita tulis, kita nampak selalu benda tu dan kita akan usahakan untuk buat benda tu. Tapi bila kita simpan saja lama-lama dalam kepala, potensi untuk lupa memang tinggi. Akhirnya, memang tak terbuat jawabnya. Ya, Ummi akui, ia adalah silap Ummi sendiri sebelum ini. Huhuhu

Bila brain dump malam tadi, rasa wow dengan diri sendiri sebab rupanya banyak benda aku kena buat, tapi sebab aku simpan dan hanya buat bila aku teringat benda tu, itu yang jadi banyak terbengkalai. Insya Allah, try my best to do it regularly and istiqamah. Yeah 💪!

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : Pinterest

Rupanya otak kita ini perlu juga sekali sekala di susun, kalau bahasa komputer defragmented. Dulu zaman belajar, rajin defrag komputer. Tapi bila part otak sendiri, tak buat pun. Adoi, kesiannya otakku ini. Huhuhu

Insya Allah, one of new and good habit yang Ummi nak mulakan bulan ini adalah brain dump. Kemudian kita organize, bila nak selesaikan tugasan yang kita nak buat dan bila nak laksanakan idea-idea baru yang tercetus dari brain dump tadi. Boleh juga buat to-do list lepas brain dump. Sekurangnya ada target kita bila nak buat sesuatu perkara tu kan. 

Rupanya, mind sweep juga adalah sama dengan brain dump. Maksudnya luahkan segala yang ada dalam kepala otak kita ini. Sama ada ia realiti, angan-angan, impian ataupun tindakan yang kita nak buat. Sekurangnya kurang kesesakan trafik dalam kepala otak kita ini dan perjalanan pun lancar bila maklumat nak ke mana-mana. Begitulah al kisahnya. Macam jalanraya juga. Hehe

Kalian dah brain dump hari ini? Jom mulakan. Semoga ianya menjadi pencetus kita menjadi insan yang lebih produktif dan bermanfaat mulai hari ini. Insya Allah 👌.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, January 12, 2022

Berapakah nombor giliran kita?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/01/berapakah-nombor-giliran-kita.html

Banyak urusan kita terutama melibatkan pihak luar seperti urusan bank, akan memerlukan kita ambil nombor giliran kita. Kita akan tertunggu dan menghitung berapa lagi sampainya giliran kita.

Tapi tahukah kalian, sekarang ini pun kita memang memegang satu nombor giliran yang kita tak tahu berapa nombornya dan sekarang ini dekat atau lambat lagikah giliran kita. Berapakah nombor giliran kita itu?

Andai kita tahu giliran kita yang ini semakin dekat, pasti kita tidak akan berdiam diri. Pasti kita akan sibuk menambah amalan dan saham di sana. Pasti kita akan jumpa semua orang dan minta maaf bersungguh pada semua.

Pasti tidak ada salah laku dan sikap akan berlaku. Pasti para pemerintah juga akan adil saksama pada semua. 

Semua akan melakukan yang terbaik untuk mendapat redha dan rahmat daripadaNya. 

Tetapi Allah Maha Kuasa, simpan sebaiknya nombor giliran kita untuk kita bersedia bila-bila masa, bukan hanya bila nombor kita sudah dekat.

Ketahuilah, semua makhluk di atas muka bumi sedang menunggu giliran masing-masing iaitu giliran dijemput oleh Malaikat Maut.

Adakah nombor giliran kita selepas ini? Adakah esok nombor giliran kita akan dipanggil? Bersediakah kita?

Ayuh, jangan berlengah lagi. Kita lakukan yang terbaik supaya andai kata nombor giliran kita dipanggil, kita sudah melakukan segala yang terbaik yang mampu kita lakukan. Insya Allah.


Lot's of love,






Share:

Tuesday, November 10, 2020

Allah Al- Mani' (Allah yang Maha Mencegah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah, semalam sambil kerja sambil dengar perkongsian Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin di Radio IKIM berkaitan Asma Ul Husna nama-nama Allah yang ke 90 iaitu Allah Al-Mani' (Allah Maha Mencegah)

Ada banyak perkara yang Allah Al-Mani' (Allah Maha Mencegah) daripada pengetahuan kita, iaitu :
  • Zat Allah
  • Perkara ghaib
  • Rahsia kematian
  • Rezeki
  • Jodoh
  • Takdir baik dan buruk
  • Hari kiamat
Sebab ikut pada apa yang Ustaz kongsikan, kalau kita tahu walaupun tak semua perkara ini, kita memang takkan hidup aman damai dan semestinya otak kita takkan mampu menghadapi semua atau sebahagian daripada ini. 

Apa yang penting kata Ustaz, kita disuruh berusaha semaksimum sehebat yang boleh terutama dalam soal rezeki sebab kita tak tahu apa takdir baik dan buruk yang akan kita peroleh.

Teringat MPA pada satu kata-kata tak pasti daripada siapa, yang mengatakan :
Dunia tempat untuk berpenat, Akhirat tempat untuk berehat

Kalau ada yang tahu daripada siapa kata-kata ini, mohon kongsikan pada MPA ya. 

Walaupun banyak yang Allah sorokkan daripada kita, ianya demi kebaikan kita juga. Sentiasa bersangka baik terutama kepada Allah. Kita hanya perlu berusaha kuat, selebihnya biar Allah yang uruskan sebab Allah sebaik-baik pengurus dan Allah jua yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Insya Allah.

MPA bukan seorang ustazah, agamawan mahupun alim ulamak. Tapi MPA terpanggil untuk berkongsi dengan semua sebab rasa tanggungjawab menyampaikan sesuatu yang diharap dapat beri manfaat pada orang lain. Selain MPA sedang menegur dan mendidik hati MPA sendiri sekarang ini.

Untuk sebarang kekurangan pada penulisan ini, MPA mohon teguran dan nasihat untuk MPA baik pulih di masa akan datang. Terima kasih sahabat semua.

Lot's of love, 
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Sunday, November 01, 2020

Jangan putus asa dan teruskan berusaha

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bulan baru untuk tahun 2020 dan menandakan tinggal 2 bulan saja lagi kita berada dalam tahun 2020.

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam awal tahun. Tup tup sudah nak habis tahun 2020.

Masa mula nak melangkah ke tahun 2020, teringat bayangan tahun 2020 ini macamana masa zaman sekolah dulu. Ada kereta terbang, Malaysia sebuah negara maju, dan macam-macam lagi.

Tapi perancangan Allah juga sebaik-baiknya kan? Tak sangka satu dunia mengalami pandemik Covid-19, sesuatu yang memang tiada siapa jangka.

Allah Maha Mengetahui. Agaknya kalau ada kereta terbang dan segala macam canggih itu, macamana kita pada waktu itu. Masih mengingati Dia kah? Masih ada nilai kemanusiaan kah? Atau semakin jauh daripada syariat yang sepatutnya kita patuhi?

Hanya sangka baik dan berfikir macam ini sajalah : Kadang Allah tak bagi apa yang kita minta sebab ianya sesuatu yang tidak baik untuk kita dan mungkin Allah simpan permintaan kita untuk ditunaikan di akhirat kelak. Allah hanya tarik sikit saja tapi kita masih ada banyak lagi nikmat daripadaNya. 

Syukur untuk apa yang ada dan usaha untuk apa yang diimpikan. Yang penting jangan putus asa dan teruskan berusaha. Insya Allah, jika ianya yang terbaik buat kita, Allah akan beri juga suatu masa yang sangat sesuai nanti.


Lot's of love,
photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, November 02, 2018

Sedekah tidak akan membuatkan miskin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh




Salam Jumaat sahabat semua.

Hari ini hari Jumaat, hari yang kebanyakkan orang suka membuat amal kebaikan sebab hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi orang Islam dan ganjarannya besar apabila melakukan amal kebaikan. Memang semua patut berebut membuat amal kebaikan sebab belum tentu kita akan bertemu di hari Jumaat akan datang.

Salah satu amal kebaikan yang amat-amat digalakkan dilakukan di hari Jumaat ialah bersedekah. Dari segi logik asas matematik, 1 - 1 sudah tentu jawapannya 0, tetapi dalam perkiraan sedekah, ianya akan jadi 10, 100 malah boleh sehingga 700.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 261 : "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

Besarnya kuasa sedekah dan yakinlah yang sedekah tidak akan membuatkan miskin, malah sedekah dapat memperkayakan hati, membersihkan harta serta melancarkan rezeki kurniaan Allah. Sebab itu, kita sangat digalakkan bersedekah bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi hidup.

Ingatlah, segala harta dunia yang dipakai atau dimiliki belum tentu menjadi milik kita selamanya. Namun apa yang pasti, setiap harta mahupun wang yang diinfakkan ke jalan Allah akan menjadi pelaburan di akhirat kelak. 

Selamat membuat amal kebaikan. 


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, April 20, 2018

10 TIPS HEBAT UNTUK SEMUA!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


10 TIPS HEBAT UNTUK SEMUA!

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png 
Share:

Friday, August 11, 2017

SEKUAT MANA IMAN KITA?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

SEKUAT MANA IMAN KITA?

Kehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan dan ujian dalam bentuk ringan mahupun berat. Bagi orang yang menghadapi cabaran kemungkinan cabaran yang diterima itu berat namun bagi yang melihat dari mata kasar, cabaran itu ringan. Disini "konflik" berlaku kerana setiap orang diberi kekuatan iman dan kekuatan hati yang berbeza. Tidak sama.

Mengapa dan kenapa? 

Kerana ujian itu tanda kasih dan sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya. 

Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda:

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Sesungguhnya besarnya pahala tergantung dengan besarnya ujian. Sesungguhnya, apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya. Siapa yang redha dengan ujian itu, maka ia akan mendapat keredhaan-Nya. Siapa yang membencinya maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya. 

[HR. at-Tirmidzi no. 2396 dan Ibnu Majah no. 4031 (Ash-Sahihah no. 146).]

Status hadith ini HASAN. 

Di hari Jumaat yang mulia ini, kita boleh memperbanyakkan zikir kepada Allah, istighfar memohon keampunan dan berdoa agar urusan kita dipermudahkan.

Aamiin 

Sumber : Telegram Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, August 09, 2017

JANGAN MEMBENCI AKU

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

JANGAN MEMBENCI AKU.

Kehidupan kita sering menguji diri kita sehingga kan kita terasa kita keseorangan dan terasing walaupun kita berada di kalayak ramai. Hati kita kosong dan pandangan mata kita kosong seolah-olah kita tidak wujud.

Di saat itu, hati kita merintih dan pelbagai perasaan bermain-main di hati kita. Kita rasa keseorangan dan tidak ada orang yang mempedulikan kita sehinggakan kita berasa semua orang membenci kita.

Namun kita terlupa dengan firman Allah:

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. [al Hadid/57:4].

Sebenarnya kita tidak keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Firman Allah dalam surah al-Anfal/8:46:

وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Jangan kau membenci aku ya Allah. Hanya itu yang aku pinta.

Sumber : Telegram Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Saturday, August 05, 2017

UJIAN KIFARAH DOSA?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji,
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul. Tapi, 

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak. 

Dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah sudah berjanji,

INNA MA'AL USRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita. Lalu adakah kerana DOSA?
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua. Adakah kerana DOSA?

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga. Adakah kerana DOSA?

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada. Adakah kerana DOSA ?
Bukan, bukan, bukan. Bukan kerana DOSA semata-mata

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.

ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita. 

Kerana ALLAH rindu airmata kita.

Indah bukan?

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Air mata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka. 

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.

Sebaiknya ambil wudhu', solat dua rakaat. Selepas salam, istighfar dan selawat.

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang. Bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh, terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku."

Allah itu ADIL
Allah itu PENUH KASIH SAYANG
Allah itu PENCIPTA kita

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

Warkah indah buat santapan rohaniku jua kupanjangkan untuk sahabat-sahabatku yang disayangi  & saudara-maraku  yang amat ku kasihi tersayang.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sumber : Telegram Taman Orang Soleh

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: