Friday, November 02, 2018
Thursday, November 01, 2018
Tiada lagi peperiksaan untuk murid Tahun 1, 2 dan 3
Monday, May 07, 2018
Kempen pilihanraya di grup Whatsapp
Friday, May 04, 2018
Pendaftaran Persekolahan Tahun 1 Sesi 2019 Tamat
Thursday, May 03, 2018
Istimewa May 2018
Kredit kepada Grup Whatsapp
Kredit kepada : BHOnline
Kredit kepada Google
Kredit kepada Google
Kredit kepada Google
Kredit kepada Google
Friday, April 20, 2018
10 TIPS HEBAT UNTUK SEMUA!
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Checklist Amalan Hari Jumaat
CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT
:cherry_blossom: Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;
اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم
:cherry_blossom: Membaca Surah Al-Kahfi
:cherry_blossom: Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat
:cherry_blossom: Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat
:cherry_blossom: Memperbanyakkan membaca Al-Quran
:cherry_blossom: Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat
:cherry_blossom: Memperbanyakkan amalan sunat
:cherry_blossom: Memotong kuku kaki dan tangan
:cherry_blossom: Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar
:cherry_blossom: Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih
:cherry_blossom: Memakai wangi-wangian
:cherry_blossom: Hadir awal ke masjid
Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat
اللًهُمَّ صَلِ وسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمُّدٍ وعُلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ ونَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ الله
Tuesday, April 17, 2018
Kiosk MyEG sangat cepat dan mudah
Foto kredit : Google
Tuesday, April 03, 2018
2nd April is World Autism Awareness Day
- Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
- Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
- Tiada hubungan mata atau terhad
- Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka
- Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka
- Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
- Kesukaran dengan memahami isyarat sosial
- Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
- Tidak menunjukkan minat
- Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak
- Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah dan bahasa badan. Iaitu melibatkan kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
- Perbualan satu pihak
- Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
- Tiada main olok-olok
- Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
- Tidak suka perubahan
- Mengulangi sesuatu perbuatan
- Mengibas-gibaskan tangan
- Suka memutar objek
Penyakit Autism tidak boleh sembuh tetapi boleh dirawat dengan cara :
- Terapi Carakerja : mengajar kemahiran seperti cara berpakaian, makan, mandi dan yang berkaitan dengan komuniti untuk membantu individu hidup berdikari.
- Terapi Integrasi Deria : membantu kanak-kanak yang terganggu oleh bunyi-bunyi dan tidak suka disentuh dengan pendedahan dengan maklumat deria seperti pemandangan, bunyi dan bau.
- Terapi Pertuturan : membantu meningkatkan kemahiran komunikasi individu disebabkan ada sesetengah individu dapat mempelajari komunikasi secara lisan manakala ada sesetengah lagi menggunakan gerak isyarat atau papan tanda.
Ibu bapa yang memiliki anak Autism memiliki tahap kesabaran, kecekalan dan ketabahan yang tinggi sebab bukan mudah untuk menjaga anak Autism ni. Ibu bapa ini tidak patut berasa malu dengan anak Autism mereka kerana anak adalah anugerah Allah dan ramai yang menginginkan anak, tidak mempunyai anak. Tambahan pula, mana tahu mereka adalah ladang pahala kita semasa di akhirat kelak. Anak Autism adalah anak yang istimewa. Dengan didikan yang betul, mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Terdapat beberapa individu yang menghidap Autism tetapi berjaya, seperti :
- Albert Einstein, saintis fizik teori
- Temple Grandin, seorang doktor haiwan dan juga profesor di Colorado State University
- Axel Brauns, penulis dan penerbit filem kelahiran Hamburg, Jerman
- Jason McElwain, pemain sukan bola keranjang
- Satoshi Tajiri, pencipta watak 'Pokemon'
Masyarakat juga seharusnya menyokong dan memahami anak-anak Autism walaupun tidak memiliki anak Autism agar ibu bapa yang memiliki anak Autism tidak merasa terbeban dan malu dengan anak mereka. Kerjasama daripada masyarakat juga dapat membantu ibu bapa menangani anak Autism dengan lebih baik dan dapat membantu perkembangan anak Autism itu sendiri.
Rujukan :
Monday, April 02, 2018
It's already April
Foto Kredit : Fb Page Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia
Foto kredit : Google
Foto kredit : Google
















