untuk blog, mama tak berapa berazam untuk tahun ni sebab mama baru sahaja aktif semula setelah dekat 2 tahun senyap-sesenyapnya.
azam blog baru untuk tahun 2014
1. berusaha untuk update entri-entri yang memberikan faedah kepada semua samada melalui pembacaan mahupun melalui pemerhatian sekeliling
2. menyokong sahabat-sahabat dengan menyertai pelbagai segmen-segmen yang dianjurkan, tak menang pon tak apa. yang penting sokong sahabat mama.
3. BW sahabat-sahabat mama sekurang-kurangnya 20 dalam masa seminggu (dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti kekangan masa pada hari bekerja, balik kampung pada hujung minggu, dll). Harap-harap lebihla ye dari tu.
p/s :kalau ada yang mama tergelincir, mintak tolong ingatkan ye. terima kasih. ^_^
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan.
Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).
Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist.
Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)
SYARAT PENYERTAAN:
1. seorang blogger dan aktif berblog.
2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".
Mama dah apply cuti untuk hari Khamis dan Jumaat ni dari hujung bulan lepas.
Mama rancang cuti mama, bukan tak rancang.
Lainla mama dalam minggu ni baru nak apply tak pon hujung minggu lepas.
Alih-alih harini bos mama EL dengan alasan tayar pancit.
Jumaat lepas dia cuti rilek je bole, takde pesan apa-apa pon.
Harini bos mama email dari rumah dia ke mama suruh mama cari pengganti mama dari jabatan lain sebelum pukul 11pg.
Kalau tak, cuti mama kena tolak. (Dah kena tolak pon...huhuhuhuhu)
Terkejut jap mama, yela takkan sedap-sedap mama je nak minta staf jabatan lain.
Kita ni orang kecik-kecik je. Orang-orang besar la bercakap sesama dorang.
Barulah mama tau yang bos mama ni ada masalah komunikasi dengan semua orang.
Ramai yang tak suka dengan bos mama termasuklah bos yang paling besar.
Padanla selalu kena marah dengan bos besar.
Mama ada email ke ketua jabatan lain untuk minta pinjamkan staf dorang tapi takde jawapan pon. Mama ada tanya partner mama samada memang mama ke yang kena mintak staf dari jabatan lain untuk ganti mama. Partner mama kata tak, patutnya bos yang mintak. Macamana tu?
So, kesimpulannya, mama terpaksa Cuti Kecemasan pada Khamis dan Jumaat ni.
Korang jangan buat cam mama ek tapi kalau terdesak bole la kot.
Cuma pastikan partner kita ok dan tak membebankan dia.
Kalau tidak, kesian pulak dia nanti.
Kita sedap-sedap cuti, dia pulak yang terbeban sorang-sorang.
Jarang sekali kita diajak untuk menikmati musibah yang menimpa. Namun, tanpa kita sedari, musibah juga boleh kita turut nikmati dengan cara bersyukur terhadap perhatian dan peringatan yang Allah berikan kepada kita. Macamana tu?
Contohnya, dengan keadaan cuaca dan persekitaran kita sekarang ni, bersyukur tak kita dengan anugerah hujan yang Allah berikan? Boleh dikatakan setiap hari mesti hujan pada petang hari. Kadang-kadang terdetik di hati, "alamak, hujan lagi". Sedar tak sedar kita seakan tidak menggemari hujan. Tapi bagaimana pula bila tiba musim kemarau panjang? Pada masa itulah, hujan amatlah dihargai.
Begitulah halnya dengan musibah. Musibah yang Allah turunkan bersesuaian dengan kemampuan hambaNya. Tanda Allah sayang dan ingat pada hambaNya serta mahukan kebaikan kepada hambaNya.
Suhaib bin Sinan radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda :
Betapa ajaibnya seorang Mu'min (orang yang beriman)! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, tetapi ianya tidak berlaku pada orang lain kecuali kepada seorang Mu'min.. apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kepada Allah dan memperoleh ganjaran.. dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dengan penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjaran..
Bersyukurlah dengan musibah yang menimpa kerana ada insan lain yang lebih berat musibah yang melanda mereka namun janganlah berbangga diri dengan musibah kita tetapi berdoalah agar mereka yang ditimpa musibah yang lebih berat daripada kita agar dipermudahkan serta diberi keringanan kerana kasih dan sayangnya kita sesama manusia.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)