Friday, April 20, 2018

10 TIPS HEBAT UNTUK SEMUA!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


10 TIPS HEBAT UNTUK SEMUA!

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png 
Share:

Checklist Amalan Hari Jumaat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam JUMAAT

CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT

:cherry_blossom: Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;
اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

:cherry_blossom: Membaca Surah Al-Kahfi

:cherry_blossom: Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat

:cherry_blossom: Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat

:cherry_blossom: Memperbanyakkan membaca Al-Quran

:cherry_blossom: Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat

:cherry_blossom: Memperbanyakkan amalan sunat

:cherry_blossom: Memotong kuku kaki dan tangan

:cherry_blossom: Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar

:cherry_blossom: Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih

:cherry_blossom: Memakai wangi-wangian

:cherry_blossom: Hadir awal ke masjid

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat

اللًهُمَّ صَلِ وسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمُّدٍ وعُلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ ونَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ الله

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, April 17, 2018

Kiosk MyEG sangat cepat dan mudah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Baru-baru ini MPA perlu baharui insurans dan roadtax kereta MPA. Puas juga MPA telefon beberapa syarikat insurans tapi MPA hanya mendengar suara komputer. Agak lama juga barulah dapat bercakap dengan manusia. Kalau dulu, MPA baharui insurans sekali dengan roadtax kereta. Tapi sekarang syarikat insurans yang MPA hubungi cuma tawarkan baharui insurans sahaja, untuk roadtax MPA perlu baharui samada di laman web MyEG, Pejabat Pos ataupun Pejabat JPJ yang berdekatan. Aduhai, lebih baik MPA baharui insurans dan roadtax kereta terus di Pejabat Pos, betul tak? Huhu

Foto kredit : Google

Alhamdulillah, nasib baik ada satu hari itu MPA jalan-jalan di pasaraya berdekatan dengan tempat tinggal MPA ini dan perasan ada kiosk MyEG. Terpandang ada tulis boleh baharui insurans dan roadtax. MPA ingat nak mencuba di Kiosk MyEG pula kali ini.

Terus terang MPA puas hati dan seronok berurusan di Kiosk MyEG ni sebab Kiosk MyEG sangat cepat dan mudah serta roadtax kita akan dapat pada masa tu juga. Mungkin sebab MPA berurusan pada waktu bekerja, itu yang kurang orang dan urusannya cepat. Tapi sebenarnya Kiosk MyEG ni juga beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum juga. Harapnya bukan hanya di Kiosk MyEG yang berhampiran tempat tinggal MPA ini sahaja yang beroperasi di luar hari bekerja.

Bagi mereka yang terlupa tarikh akhir roadtax terlalu dekat, ditambah dengan kesibukan rutin seharian, sememangnya MPA cadangkan kunjungi Kiosk MyEG berhampiran anda. Urusan amat menyenangkan dan memudahkan sebab semuanya akan selesai pada masa yang singkat sebab MPA yang pada masa baharui tu bawa Amir yang berumur 6 tahun dan Ain yang berumur 3 tahun rasa selesa dan cepat. 

Almaklum, umur anak-anak lingkungan 2 hingga 6 tahun sedang sibuk meneroka dunia sekeliling, tambahan pula Kiosk MyEG tersebut ada di pasaraya, risau juga kalau-kalau MPA terlepas pandang pada Amir dan Ain. Macam-macam kes daripada berita yang MPA tengok, ibubapa mana yang tak risau.

Sebenarnya bukan hanya boleh baharui insurans dan roadtax kenderaan sahaja di Kiosk MyEG ini, kita juga boleh melakukan pertukaran nama pemilik kenderaan, pembayaran saman kenderaan, personal accident (PA), Contractor All Risk (CAR), insurans kebakaran, dan pelbagai perkhidmatan lagi. Saranan MPA, cubalah Kiosk MyEG. Semoga ianya memudahkan dan menyenangkan pada anda juga.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, April 03, 2018

2nd April is World Autism Awareness Day

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semalam masa MPA sedang dengar radio, terdengar yang semalam, 2nd April is World Autism Awareness Day (Hari Kesedaran Autism Dunia). Apa itu Autism? Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu Autism. Tapi MPA nak cerita jugalah serba sedikit bagi mereka yang belum tahu.
Apa itu Autism?
Autism ialah penyakit gangguan perkembangan otak yang kekal dan berterusan. Ianya juga dikategorikan sebagai penyakit psikiatri. Kanak-kanak yang menghadapi Autism akan menghadapi masalah daripada segi sosial, komunikasi verbal atau non-verbal dan juga masalah tingkahlaku. Perubahan aspek ini boleh dilihat seawal 2 hingga 3 tahun. Untuk pengetahuan semua, penyakit Autism tidak sama dengan penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), namun ada sesetengah kanak-kanak menghadapi kedua-dua penyakit ini. Penyakit Autism boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan sosial.
Tanda-tanda dan ciri Autism
  • Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
  • Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Tiada hubungan mata atau terhad
  • Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka
  • Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka
  • Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
  • Kesukaran dengan memahami isyarat sosial
  • Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
  • Tidak menunjukkan minat
  • Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak
  • Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah  dan bahasa badan. Iaitu melibatkan  kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
  • Perbualan satu pihak
  • Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
  • Tiada main olok-olok
  • Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
  • Tidak suka perubahan
  • Mengulangi sesuatu  perbuatan
  • Mengibas-gibaskan tangan
  • Suka memutar objek
Penyakit Autism tidak boleh sembuh tetapi boleh dirawat dengan cara :
  • Terapi Carakerja : mengajar kemahiran seperti cara berpakaian, makan, mandi dan yang berkaitan dengan komuniti untuk membantu individu hidup berdikari.
  • Terapi Integrasi Deria : membantu kanak-kanak yang terganggu oleh bunyi-bunyi dan tidak suka disentuh dengan pendedahan dengan maklumat deria seperti pemandangan, bunyi dan bau.
  • Terapi Pertuturan : membantu meningkatkan kemahiran komunikasi individu disebabkan ada sesetengah individu dapat mempelajari komunikasi secara lisan manakala ada sesetengah lagi menggunakan gerak isyarat atau papan tanda.
Ibu bapa yang memiliki anak Autism memiliki tahap kesabaran, kecekalan dan ketabahan yang tinggi sebab bukan mudah untuk menjaga anak Autism ni. Ibu bapa ini tidak patut berasa malu dengan anak Autism mereka kerana anak adalah anugerah Allah dan ramai yang menginginkan anak, tidak mempunyai anak. Tambahan pula, mana tahu mereka adalah ladang pahala kita semasa di akhirat kelak. Anak Autism adalah anak yang istimewa. Dengan didikan yang betul, mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Terdapat beberapa individu yang menghidap Autism tetapi berjaya, seperti :

  • Albert Einstein, saintis fizik teori
  • Temple Grandin, seorang doktor haiwan dan juga profesor di Colorado State University
  • Axel Brauns, penulis dan penerbit filem kelahiran Hamburg, Jerman
  • Jason McElwain, pemain sukan bola keranjang
  • Satoshi Tajiri, pencipta watak 'Pokemon'
Masyarakat juga seharusnya menyokong dan memahami anak-anak Autism walaupun tidak memiliki anak Autism agar ibu bapa yang memiliki anak Autism tidak merasa terbeban dan malu dengan anak mereka. Kerjasama daripada masyarakat juga dapat membantu ibu bapa menangani anak Autism dengan lebih baik dan dapat membantu perkembangan anak Autism itu sendiri.


Rujukan :

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, April 02, 2018

It's already April

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Sudah masuk bulan April. Untuk bulan April ini, ada beberapa majlis ataupun acara besar berlaku. Antaranya bermula hari ini, 1 April 2018 sehingga 6 April 2018, bermulanya Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan bertempat di Kompleks Islam Putrajaya. Majlis yang memang diadakan setiap tahun ini menampilkan 28 qari dan qariah daripada seluruh negara.
Foto Kredit : Fb Page Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia
Selalunya bila bermulanya tilawah al-Quran ni bermaksud bulan Ramadhan sudah dekat dengan kita. Bagi yang belum ganti puasa, masih sempat lagi untuk mengganti. MPA ada beberapa hari saja lagi untuk menggantikan puasa tahun lepas. Kepada yang dah selesai menggantikan puasa, bagus juga untuk mula berlatih puasa di bulan Rejab ni. Sebagai persediaan untuk puasa penuh bulan Ramadhan nanti.
Bulan April ini juga merupakan bulan kesedaran autisma.
Foto kredit : Google

Kepada ibubapa yang memiliki anak autisme, MPA kagum sebab tak semua orang diuji dengan anak autisma. MPA percaya ibubapa yang memiliki anak autisme memiliki tahap kesabaran yang tinggi dan merupakan ibubapa yang bijak sebab untuk menghadapi anak autisme ini perlu kreatif dengan kehendak mereka. MPA tidak memiliki anak autisme tapi MPA sering juga membaca tentang anak istimewa ini. 
Bulan April juga merupakan bulan kesedaran Cesarean.

Foto kredit : Google

Apa itu Cesarean? Cesarean itu ialah salah satu pembedahan di mana pakar obstetrik atau pakar perbidanan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) supaya bayi dapat dilahirkan. Rasanya para ibu yang pernah bersalin, tahu tentang pembedahan Cesarean. MPA akui MPA telah mengalami pembedahan Cesarean sebanyak 2 kali dan kedua-duanya adalah kes kecemasan. Ada yang diberi rezeki bersalin normal dan ada ditakdirkan untuk menghadapi pembedahan Cesarean ini. Jangan tak percaya kebanyakan yang telah menghadapi pembedahan Cesarean ini takut nak tengok tempat pembedahan itu walaupun semestinya ianya di perut sendiri. MPA makan masa juga untuk tengok sebab fikirkan ngeri melihatnya. Fuh!

April telah menjelang. Jom hadapi segala yang akan terjadi di bulan April ini. Semoga kita semua sabar, tabah dan kuat menghadapi perkara-perkara yang akan mendatang ini. Insya Allah, aamiin.
Lot's of love,


Share: