AFB Feed

Tuesday, April 09, 2019

Pencapaian tertinggi blog ini sehingga tarikh hari ini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sudah lama tuan tanah blog ini tenggelam timbul. Rasa perlu sangat pelihara blog ini semula selepas disedarkan oleh posting-posting sahabat di Facebook berkaitan aset digital. MPA nak kumpul aset realiti yang bernilai tinggi, mungkin lama sangat lagi. Rupanya tanpa disangka, blog pun boleh menjadi aset digital yang bernilai tinggi. Sudah sampai masanya untuk MPA lebih serius dengan pengurusan aset digital.

Tadi tergerak hati untuk melihat statistik blog ini. Almaklum, tenggelam timbul sangat. Walaupun hati memang rindu sangat dengan blog ini, tetapi kekangan yang buat blog ini terabai.

Alhamdulillah, rasanya inilah pencapaian tertinggi sehingga hari ini untuk blog ini. Ini statistiknya yang MPA screenshot sekejap tadi :

http://mamapapaamir.blogspot.com

Rupanya pada 2 April lepas, blog ini telah dikunjungi sebanyak 1,300++. Tapi siapa pula yang kunjung ya? Nak kata MPA jana pendapatan dengan blog ini, terus terang MPA belum jana pendapatan lagi daripada blog ini sebab banyak lagi yang MPA perlu belajar untuk menguruskan blog ini. Antaranya MPA perlu belajar lagi tentang penulisan berkualiti, SEO dan sebagainya.

Sebelum ini menulis sekadar suka-suka sahaja dan berkongsi segala perkara yang berkaitan dengan persekitaran. Mana tahu selepas ini, boleh jana pendapatan pasif dengan blog ini. Mana tau kan?

Walau apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada awak awak awak yang masih sudi singgah di blog yang agak bersawang dan terbiar ini.

Doakan MPA dapat menguruskan blog ini dengan jayanya. Semoga doa yang sama juga buat sahabat semua. Insya Allah, aamiin.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Monday, April 08, 2019

Jangan pandang ringan batuk yang dialami anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Perasan tidak cuaca sekarang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Cuaca tidak menentu ini  sedikit sebanyak menyebabkan badan rasa kurang selesa dan tidak sihat, terutama pada anak-anak kecil. Apabila anak kurang sihat, jangan pandang ringan batuk yang dialami anak. Sebab kemungkinan ianya PNEUMONIA ataupun dalam erti kata lain ialah jangkitan kuman di paru-paru disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.

Pengalaman MPA sendiri sewaktu Ain menghidap Pneumonia sehingga dimasukkan ke ICU memang memberikan pengajaran yang sangat bermakna. Nasib baik tergerak hati MPA untuk terus ke hospital sewaktu melihat Ain dalam keadaan tidak sihat. Rupanya di seluruh dunia, seorang kanak-kanak mati setiap 20 saat akibat pneumonia dan pneumonia juga merupakan penyebab kematian no 5 dikalangan kanak-kanak Malaysia yang berumur 5 tahun ke bawah. 

Jadi, jangan ambil ringan dengan batuk yang dialami anak.

Antara tanda amaran pneumonia ialah :
  • demam panas
  • hilang selera makan
  • batuk berkahak samada berwarna kuning atau berdarah
  • pernafasan menjadi laju
  • bibir menjadi biru
Jika terjadi tanda-tanda di atas, segera bawa ke hospital berhampiran untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Jaga kesihatan diri dan anak-anak baik-baik ya sahabat semua.

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab