Wednesday, February 17, 2016

Tuesday, February 16, 2016

Kenapa Aku Diuji?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? 
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, 
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! 
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), 
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), 
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) 
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; 
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat 
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, 
diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. 
Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. 
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA!

Share:

Monday, February 15, 2016

Kejujuran

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png



Pada suatu hari, seorang Pengurus Besar mahu menguji para pekerjanya tentang nilai hidup para pekerjanya. 

Dia telah mengumumkan bahawa di dalam fail seminar para pekerjanya, terdapat sampul kecil yang mengandungi benih. 

Sebaik sahaja mereka pulang ke rumah, Pengurus Besar tersebut meminta mereka meletakkannya di dalam pasu yang mengandungi tanah yang baik and menjaganya dengan sangat baik. 

Beliau akan mengadakan pertandingan pada seminar tahun hadapan dan pokok yang terbaik akan diberikan hadiah.Para pekerjanya melaksanakan apa yang diarahkannya. 

Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Masa yang telah ditetapkan pun tiba. Seperti yang diarahkan, pada seminar tahun berikutnya, para pekerjanya telah membawa pokok yang ditanam dan terdapat pelbagai jenis pokok di dewan besar seminar tersebut. 

Namun begitu, terdapat satu pasu yang mempunyai tanah tetapi tiada pokok langsung yang tumbuh. Pemilik pasu tersebut berdiam diri dan berasa malu dengan dirinya sendiri.

Acara kemuncak pun tiba dan Pengurus Besar ingin mengumumkan pemenang seperti yang dijanjikan tahun lalu. Tetapi sebelum itu, Pengurus Besar tersebut memanggil pekerjayang memiliki pasu yang tiada pokok dan bertanya kepadanya apa yang berlaku.

Pekerja tersebut memberitahu bahawa dia telah menanam benih pokok seperti yang diberi oleh Pengurus Besar, tetapi tiada apa yang tumbuh.

Tiba-tiba, Pengurus Besar mengumumkan bahawa pekerja tersebut adalah pemenang yang dicari-cari.

Semua yang ada di dalam dewan tersebut tekejut. 

Pengurus Besar itu pun berkata,
"Hadirin sekalian. Benih yang saya berikan tahun lalu adalah benih yang telah dimasak. Kamu telah menanamnya namun tiada apa yang berlaku. Kamu bertindak bijak dengan menanam benih yang lain. Namun begitu, pekerja ini jujur terhadap pekerjaannya dan tidak menipu saya, mahupun dirinya."

Share:

Syukur apa adanya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Assalamualaikum dan selamat pagi

Naik basikal pergi sawah
Pulang sebelum waktu Zohor
Walaupun hidup aku tak mewah
Kepada Allah aku bersyukur

Share:

Sunday, February 14, 2016

Family is like a tree.

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


FAMILY is like a tree.
Although we at different direction,
we still comes from the same roofs.
Appreciate every seconds that we have with our families because once left, it never can be replace.

KELUARGA ibarat sebatang pokok.
Walaupun kita berada di arah yang berlainan,
akarnya tetap sama.
Hargai setiap masa yang ada bersama keluarga kerana sekali ia berlalu, ia takkan ada penggantinya.


Share:

Saturday, February 13, 2016

Don't limit yourself

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Don't limit yourself. Many people limit themselves to what they think they can do.
You can go as far as your mind lets you.
What you believe, remember,
you can achieve.

Jangan hadkan kemampuan diri anda. Ramai orang hadkan kemampuan diri mereka kepada apa yang mereka mampu lakukan.
Anda boleh pergi sejauh mana minda anda benarkan.
Apa yang anda percaya, ingat yang anda mampu capainya.
Share:

Adakah kamu membenci seseorang?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Adakah kamu membenci seseorang?

Sumber : google

Seorang guru taska mengajak anak didiknya untuk bermain satu permainan. Guru tersebut meminta anak didiknya untuk membawa plastik yang mempunyai beberapa biji kentang.

Setiap kentang tersebut akan diberikan nama mengikut siapa yang mereka benci. Jadi, jumlah kentang yang akan mereka bawa bergantung kepada berapa ramai orang yang mereka benci.

Pada hari yang telah ditetapkan tiba, setiap kanak-kanak tersebut telah membawa beberapa biji kentang berserta dengan nama orang yang mereka benci. Ada yang membawa 2 biji, 3 biji dan ada juga yang membawa 5 biji kentang.

Kemudian, guru tadika tersebut meminta anak muridnya membawa bersama mereka kentang-kentang itu kemana jua mereka pergi, walaupun ke dalam tandas, selama satu minggu.

Hari berganti hari, kanak-kanak tersebut mula mengadu bahawa mereka mula berbau kurang enak akibat kentang mereka yang mulai busuk. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai 5 biji kentang, mereka perlu membawa beg plastik yang berat kemana jua mereka pergi.

Selepas seminggu berlalu, kanak-kanak tersebut merasa lega kerana permainan akan berakhir.

Guru mereka pun bertanya,
"Apa yang kamu rasa apabila kamu perlu membawa kentang bersama kamu walau ke mana kamu pergi selama seminggu?"

Anak didik guru tersebut melepaskan rasa kecewa dan meluahkan masalah yang mereka hadapi iaitu membawa kentang yang berat dan berbau kemana saja mereka pergi.

Kemudian, guru tersebut memberitahu maksud disebalik permainan itu, "Inilah keadaan sebenar apabila kamu mempunyai rasa benci kepada seseorang di dalam hati kamu. Rasa benci itu akan mencemari hati kamu dan mengikut kamu kemana jua kamu pergi. Jika kamu tidak mampu bertahan dengan bau busuk kentang itu, bayangkan bagaimana agaknya rasa benci tersebut berada di dalam hati kamu sepanjang hayat kamu?"

Marilah kita sama-sama membuang rasa benci yang ada di dalam hati supaya kita boleh merasa tenang sepanjang kehidupan kita. Kemaafan adalah sikap yang terbaik yang perlu kita lakukan. Kemaafan adalah dendam yang terindah.
Share:

Friday, February 12, 2016

Sunnah Jumaat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Sunnah hari Jumaat seperti baca Al-Kahfi, bersiwak, pakai wangian, berbaju putih, mandi sunnat, potong kuku & perkemaskan diri, hadir awal ke masjid.
Andai tak dapat nak buat kesemuanya, dapat laksanakan satu lebih baik daripada tidak laksanakan satu pun. Tapi lebih baik kalau dapat buat kesemuanya. Lagi pula apa yang disarankan baik untuk kita.
Semoga bermanfaat & Salam Jumaat!!
Share:

Thursday, February 11, 2016

Peace of Mind

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Today, I would like to give some very good advice...
"Be happy with what you have and more will come your way".

Let not your hearts be troubled! 


PEACE OF MIND

If you were to ask your neighbour,
"What would give you peace of mind?" 
He might tell you,
"A vacation in Bermuda !" or
"An extra hundred grand would give me peace!", or
"A new Ferrari would make me content!"

But going places – and getting stuff – it is usually a temporary solution ...
Peace of mind rarely comes from getting more stuff.
Getting more stuff usually leads to wanting even more stuff!
Peace of mind starts with being grateful for what we have right now.


GRATITUDE is POWER

When we are thankful for what we have - for the friends we have, and for the things we've got,
 we attract more good people and good things!

People who always complain about what they DON'T HAVE, stay stuck.
 
Complainers attract more things to complain about! It is a law of life. It's hard to explain, but you can observe it around you. We get more of what we dwell upon.

That's why all the spiritual masters have taught the same lesson ...

"Start by being thankful. Be happy with what you have now,
 and more will come your way." 

It's practical advice.

Every time you say a silent "thank you" you become more peaceful – and more empowered.

Share:

Happiness

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Happiness
is when you feel good about yourself
without feeling the need
for anyone else's approval

Share:

Wednesday, February 10, 2016