Friday, September 30, 2016

It's already 1 month

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png








Alhamdulillah
Bertemu kita lagi di hari Jumaat, penghulu segala hari. Insya Allah, hari ini merupakan hari terakhir di bulan September. Ini bermaksud sebulan jugalah MPA bergelar surirumah sepenuh masa.

Sejujurnya, bila kita dah terbiasa dengan kerja-kerja pejabat seharian, tiba-tiba bertukar karier menjadi surirumah sepenuh masa, memang agak kekok pada mulanya. Pada pendapat MPA, pengurusan masa memang paling penting. Pada mulanya memang MPA kelam kabut. Pada awal bulan haritu, ibubapa dan adik beradik MPA ada untuk membantu. Dalam pertengahan bulan, MPA perlu menguruskan sendiri. Fuh, banyak yang terlepas pandang jadinya. Lebih-lebih lagi Ain ada jadual penyusuan dan pemberian ubat tersendiri yang perlu MPA patuh demi kesihatan Ain. Tambahan pula, Amir juga memerlukan perhatian MPA, almaklum sebelum adanya Ain perhatian penuh kepada dia. Ada juga sedikit rasa cemburu pada Amir.

Keadaan menjadi agak lebih kelam-kabut apabila Ain dimasukkan ke wad baru-baru ini. Terpaksalah suami MPA mengambil cuti tanpa gaji untuk menguruskan Amir. Alhamdulillah, Ain ditahan di wad tidak lama, iaitu 5 hari sahaja. 

Antara tips yang boleh MPA kongsikan berdasarkan pengalaman MPA selama sebulan ini untuk para ibu yang bakal bertukar status daripada bekerjaya kepada surirumah seperti MPA ialah :

1. Bangun seawal pagi untuk menguruskan rumah seperti menyapu rumah, menyiram pokok bunga dan memasak. Bila segalanya telah siap, tidaklah nanti kelam-kabut apabila anak-anak sudah bangun daripada tidur.

2. Sekiranya anak-anak ada jadual tertentu seperti jadual penyusuan dan pemberian ubat, senaraikan dan susun masa sebaiknya supaya tidak tertinggal dan terlupa nanti.

3. Flexible dengan jadual yang dibuat. Kadangkala ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian kita yang lebih menyebabkan jadual yang disusun tidak dapat dipatuhi sebaiknya.

4. Cuba untuk meminta bantuan orang lain sekiranya perlu, tetapi janganlah terus bergantung harap pada orang. Cuba cari solusi untuk selesaikan masalah supaya kita tidak sampai membebankan orang lain dan juga diri kita sendiri.

5. Berfikiran positif, sabar dan sentiasa bersangka baik atas segala yang terjadi. Mohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan buat kita. Sekurangnya kita tidaklah stress dengan keadaan yang terjadi.

Ini tips yang boleh MPA kongsikan kepada semua. MPA percaya ada lagi tips-tips yang MPA terlepas pandang yang boleh kiranya sahabat-sahabat MPA kongsikan dengan MPA dan sahabat-sahabat yang lain. Sharing is caring kan?

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, September 28, 2016

Quotes (16) - IBU

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

IBU

Jika kita kehilangan isteri, kita boleh ada isteri lain.
Jika kehilangan anak, boleh ada anak lain.
Jika kehilangan suami, boleh kawin lagi.
Namun, jika kehilangan IBU,
kita tak pernah akan ada IBU yang lain.
Hargailah IBU.
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Sunday, September 25, 2016

Check-in rumah kedua

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Untuk kesekian kalinya, puteri MPA, Ain Humaira dimasukkan ke hospital semula.


Sekarang, hospital dah jadi rumah kedua kami. Kali ini, kami 'check-in' di Hospital Kajang. Selalunya Hospital Kuala Lumpur. Kali ini, ubah angin sikit. Hihi

Sebenarnya, bukan ubah angin. Pada hari kejadian, Ain mengalami batuk dan muntah-muntah. Bukan setakat itu saja, Ain mengalami kebiruan di mulut, tangan dan kaki. Tanpa membuang masa, MPA salin baju dan terus ke hospital.

Kedudukan daripada rumah MPA ke Hospital Kajang adalah lebih dekat ke Hospital Kuala Lumpur. Suami terus bawa ke sini. Tapi kalau ikutkan MPA, MPA lagi suka ke Hospital Kuala Lumpur sebab Ain dah ada rekod dari sejak hari ke-2 dia lahir. Kalau hospital lain ni, MPA kena cerita al-kisah Ain daripada sejak kes pembedahan pada hari ke-2 lahir sehinggalah sekarang. Ini termasuk cerita-cerita Ain setiap kali masuk ke hospital sebelum ini.

Letih tu asyik nak cerita je dari mula. Kadang tu, bila rasa malas nak cerita, belum sempat doktor nak tanya banyak-banyak, MPA terus bagitau yang Ain ada buku yang catatkan perihal kesihatan dia. Doktor akan ambil dan baca butir-butirnya. Lega sikit rasanya.


Kali ini kami 'check-in' untuk kali ke-5, untuk sama kes dengan sebelum ini. Kalau bahasa doktor tu, 'another series of aspiration pneumonia'. Kalau ada doktor kat sini, boleh la bantu terangkan dengan lebih lanjut.

Walau apapun, MPA berharap anak soleheh MPA dapat kembali sihat dan ceria seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. Mohon sahabat-sahabat MPA mendoakan kesihatan anak solehah MPA ya. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah dan mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya. Insya Allah.

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, September 22, 2016

Teka-teki Imam Al-Ghazali

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png








Alhamdulillah
Suatu hari,  Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya  :

Soalan  pertama
Imam  Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 :  Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum  kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI (Surah Ali-Imran : 185). Sebab itu  janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Soalan  kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid  1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.  Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali  ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia  ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam  Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita  harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia  ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali :  Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).  Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan  kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN  SOLAT. Gara-gara  pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Soalan  keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana  melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati.

Sumber : Email peribadi lama

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, September 21, 2016

Quotes (15) - Say Alhamdulillah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

When GOOD things happen or BAD things happen,

say ALHAMDULILLAH

because Allah always test YOU!

Apabila perkara BAIK berlaku ataupun perkara BURUK berlaku,

ucaplah ALHAMDULILLAH

kerana Allah sentiasa menguji KAMU!

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Quotes (14) - Teramatlah rugi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


RUGI - RUGI, TERAMATLAH RUGI

Orang miskin yang tidak solat, 
sudahlah miskin di dunia, 
miskin lagi di akhirat.

Sedangkan sahabat Nabi, 
Abu Hurairah RA yang hidup susah, 
tidak menghalangnya menjadi seorang yang taat.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, September 19, 2016

Selamat kembali bertugas

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah


Hari ini anak-anak mula bersekolah setelah cuti seminggu. Ibubapa pun dah mula bekerja setelah mengambil peluang bercuti juga.
MPA tak kemana pun, di rumah bersama keluarga saja. MPA percaya ramai yang bercuti panjang, samada balik ke kampung untuk beraya mahupun bercuti makan angin bersama keluarga.
Dah bercuti panjang tu, jangan 'lemau' pula ya. Almaklum, mood cuti masih bersisa. Hihi. Teringat masa MPA kerja dulu, sejujurnya MPA memang 'lemau' selepas bercuti panjang, lebih-lebih lagi selepas cuti bersalin. Ambil masa setengah hari jugalah untuk betul-betul 'refresh' balik.

Tapi sekarang ni, baik cuti mahupun tidak, rutin MPA setiap hari tetap sama sebab anak-anak masih kecil lagi. Mungkin rutin MPA akan berubah bila Amir sekolah nanti. 

Walau apa pun, selamat bertugas semua. Tidak kisahla tugas di pejabat mahupun rumah, marilah kita laksanakannya seikhlas hati dan sebaik mungkin. Mudah-mudahan hasilnya nanti, dapat memuaskan hati kita dan orang di sekeliling kita.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, September 15, 2016

Quotes (13) - Berbohong

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Kemuncak segala dosa ialah berbohong. 
Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanj dan banyak memberi alasan

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, September 14, 2016

Tuesday, September 13, 2016

Hari raya Aidiladha tahun 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Hari ini hari raya Aidiladha hari yang ke-2. Sejujurnya, bila dengar takbir raya Aidiladha tahun ni, sayu rasa hati. Tahun lepas pun sama, sayu rasa hati sebab MPA beraya Aidiladha di Hospital Kajang. Tahun ini pula, Alhamdulillah, rezeki kedua ibubapa MPA dapat menjadi salah seorang jemaah haji di Mekah sana. Tu yang buat jadi sayu tu.
Kesayuan bertambah bila mana tahun ini kami beraya sekeluarga sahaja. Adik-beradik MPA beraya dengan mentua masing-masing dan yang bongsu mengikut abangnya (adik-beradik MPA yang ke-3) balik ke Pahang. Agak sunyi dan sayu jugak dibuatnya. 

Alhamdulillah, dari semasa ke semasa kedua ibubapa MPA ada update perkembangan mereka di sana. Buat masa ini, ayah MPA kurang sihat sikit; demam, selsema dan batuk sehingga kehilangan suara. Mungkin disebabkan perubahan cuaca berbanding di Malaysia. Walaubagaimanapun, ayah MPA masih kuat semangat untuk menunaikan ibadah haji beliau. Mohon sahabat semua mendoakan ya kesihatan ayah dan ibu MPA di Mekah sana. Semoga sahabat-sahabat MPA turut dikurniakan kesihatan yang baik juga untuk melaksanakan aktiviti harian masing-masing. Insya Allah.
Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, September 12, 2016

Salam Aidiladha

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

SALAM AIDILADHA

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim,
melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,
di kala itu bermulanya sejarah agung erti sebuah
PENGORBANAN.

Besar sungguh pengorbanan Nabi Ismail demi memenuhi kehendak Maha Pencipta. Andai kita di tempat baginda, belum tentu kita seteguh dan sekuat baginda. Disebabkan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail (yang kemudiannya ditukarkan dengan kibas) demi memenuhi permintaan Allah, maka kita pada hari ini disunatkan untuk melaksanakan ibadah korban, bagi mereka yang mampu.

Salam Aidiladha daripada MPA sekeluarga.
Kepada para jemaah haji, selamat menunaikan ibadah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur.
Kepada yang melaksanakan ibadah korban, semoga amal ibadah kalian diterima oleh Allah.
Insya Allah.

Wallahua'lam
Share:

She's turn to 11 months today

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Hari ini Ain genap 11 bulan. Ini maknanya insya Allah, bulan depan Ain akan berusia 1 tahun.


Alhamdulillah. Walaupun banyak betul dugaan dan cabaran untuk membesarkan Ain, sesungguhnya Ain memang kuat semangat sehingga hari ini. Luaran memang nampak Ain sihat, tapi dalaman Ain ada masalah sikit.

MPA berharap semoga Ain terus kuat semangat di hari-hari mendatang, membesar dengan sihat sebagaimana kanak-kanak yang lain, menjadi anak solehah yang mendoakan ibubapanya apabila sudah tiada, serta menjadi hamba Allah yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Insya Allah, aamiin.

Wallahua'lam
Share:

Sunday, September 11, 2016

Hari Arafah dan Puasa Arafah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Hari ini dan pada masa ini, para jemaah haji daripada seluruh dunia sedang berkumpul di Padang Arafah. Kemudian bermulalah perjalanan jemaah haji untuk menyelesaikan segala urusan rukun dan wajib haji.


Jika para jemaah haji sedang berkumpul di Padang Arafah, bagi yang belum berkesempatan untuk menjadi jemaah haji pula boleh melaksanakan Puasa Arafah.


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa Arafah.

Allah Maha Suci & Maha Adil. Setiap keadaan, ruang dan masa adalah sama untuk semua. Selain itu, kita juga disunatkan untuk melaksanakan ibadah korban, bagi yang berkemampuan.

Kalau di negeri Pantai Timur Malaysia iaitu negeri Kelantan dan Terengganu, agak meriah sambutannya berbanding negeri-negeri lain. MPA belum berkesempatan lagi untuk merasainya. Insya Allah, suatu hari nanti jika diizinkan Allah, nak juga merasainya.

Siapa di antara sahabat MPA ni orang Pantai Timur ataupun pernah merasainya, jom kongsi dengan MPA. Boleh juga sahabat-sahabat yang lain turut serta tahu dan merasai bahangnya.

Wallahua'lam

Share: