Wednesday, May 08, 2013

Homeschool

Sumber : Majalah PA & MA



Pernahkah anda terfikir untuk bekerja sambil mengajar anak-anak di rumah? Idea tersebut semakin mendapat sambutan di kalangan ibu bapa moden masa kini. Kisah mama kali ini berkongsi pengalaman bagaimana merealisasikan impian tersebut.

Mungkin bagi peminat lampin kain Lunatots, nama Siti Nur Suraya Mohamed Ali atau Sue cukup dikenali. Ibu kepada tiga cahaya mata, Ammar Zikry, 5, Ammar Dzakwan, 3 dan Alya Zalikha, setahun ini merupakan pejuang keibubapaan secara alami.

Idea homeschooling menjadi antara misinya sebagai ibu sejak anak pertama lahir lima tahun lepas apatah lagi apabila dia terlibat dalam bidang Attachment Parenting di mana penyusuan, lampin kain, tidur bersama, penggendong bayi dan homeschooling antara cabangnya.

Selepas memiliki tiga orang anak, dia semakin bersemangat meneruskan cita-citanya untuk menjadi home educator kepada anak-anaknya.

Suraya percaya setiap ibu bapa mahu menjadi orang pertama menyaksikan perkembangan anak mereka. Siapa yang tidak mahu berbangga melihat si comel sudah boleh berpusing, meniarap, merangkak dan seterusnya berjalan. Bahkan selepas itu anak menuturkan ayat pertamanya pula.

Namun demikian, kebanyakan ibu bapa menyerahkan tugas untuk mengajar tentang warna lampu isyarat mahu pun jumlah negeri dalam Malaysia kepada guru-guru di peringkat prasekolah.



Homeschool’?
Menurut Suraya, ‘homeschool’ adalah pendidikan anak-anak bermula di rumah. Kebanyakan ibu bapa tidak menghantar anak ke prasekolah dan seterusnya ke sekolah. Pendidikan diberikan secara rasmi atau tidak rasmi di rumah.

“Ia sesuai untuk ibu bapa yang berkerja sendiri ataupun berkerja shif di mana dalam satu masa salah seorang berada bersama dengan anak-anak. Dalam beberapa keadaan, ada juga ibu yang homeschool dengan anak-anak selama empat hari seminggu di mana tiga hari seterusnya dia berkerja,” terangnya mengenai konsep homeschool.

Namun bagi ibu bapa yang berkerja sepenuh masa, mereka boleh melakukan homeschool dengan anak-anak semasa cuti hujung minggu.

Persoalan mengapa dan bagaimana hendak memulakan pendidikan ini menjadi titik utama sebelum bermula. Menurutnya lagi ibu bapa yang berminat dengan konsep homeschool, perlu mencari ‘mengapa’ mereka mahu melakukannya sebelum ‘bagaimana’ mereka akan melakukannya.

“Mengapa saya mahu melakukan homeschool ialah kerana saya percaya kepada kapasiti kami dan saya sukakan kanak-kanak.

Bagi saya, dunia mereka berwarna-warni dan kita menjadikannya ‘satu warna’ bila kita berfikir dengan ‘satu cara’ iaitu pelajaran hanya boleh didapati di sekolah.

Sebenarnya setiap yang ada di sekeliling kita adalah pelajaran, seperti menghormati orang tua dengan cara bersalam dan sebagainya.

Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan ibu bapa lain cuma terdapat pertambahan tugas iaitu kami suami isteri perlu melihat kepada kecenderungan anak-anak dan menggalakkan mereka melakukan apa yang mereka suka.”


Tiada Had Jadual

Tambah Suraya lagi, istimewanya ‘homeschooling’ iaitu bila jadual waktu tidak terhad dan tiada kurikulum khusus untuk anak yang berbeza umur.

“Contohnya apabila minggu tersebut anak-anak mahu belajar tentang bentuk, adik yang berumur tiga tahun belajar bentuk bulat sementara abang yang berumur lima tahun belajar bentuk heksagon. Tetapi jika abang rasa tidak suka bentuk heksagon, dia boleh membantu adiknya belajar bentuk bulat dengan cara menunjukkan kepada adik barang-barang dalam rumah yang berbentuk bulat. Menarik bukan!,” ujarnya.

Ibu yang menjadikan keseimbangan dalam hidup sebagai matlamat dirinya, bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan hampir lima tahun telah mempunyai sistem yang membolehkan dia tidak perlu sentiasa berada di pejabat.

Biasanya pada waktu pagi, selepas sarapan dia akan mengajak anak-anak membuat kertas aktiviti biarpun hanya kertas kosong dengan sebarang lakaran yang terlintas.

Selepas beberapa ketika, Suraya boleh melakukan kerja di depan tablet sambil memerhatikan anak-anak bermain ataupun menonton televisyen.

Sesi kedua pembelajaran anak-anaknya berlangsung sekali lagi pada waktu petang dengan aktiviti yang berlainan selepas ibu sendiri sudah ‘letih’ membuat kerja.

“Jujurnya, aktiviti dengan anak-anak adalah ‘waktu rehat’ saya. Ia membuatkan saya bertenaga semula!”


Mommy Sebagai Teacher
Lumrah kanak-kanak biasanya lebih mendengar cakap guru berbanding ibu bapa. Namun bagi Suraya, dia percaya komunikasi yang berkesan adalah sangat penting.

Komunikasi boleh berlaku dalam bentuk suara, sentuhan, pelukan dan bahasa tubuh. Beritahu anak-anak bahawa anda adalah ibu dan juga guru.

“Tanggungjawab anda untuk mengajar anak-anak dan tanggungjawab mereka untuk mematuhi dan berbincang dengan anda sekiranya mereka berasa tidak selesa atau mempunyai cadangan lain.

Mereka pasti mengagumi anda sebagai guru dan mommy di rumah selepas mereka faham tugas masing-masing dan itu adalah yang saya lakukan,” tuturnya menerangkan.

Jangan risau tentang bagaimana hendak merekodkan pencapaian anak sebagai murid sekolah kerana Suraya memberitahu dia mempunyai jadual mingguan dan bulanan seperti apa yang mahu dicapai (tanpa tarikh akhir) untuk anak anak.

“Saya juga mempunyai sebuah fail iaitu ‘Proof Book’ untuk menyimpan hasil kerja mereka dalam bentuk material kertas. Sekiranya ia bukan dalam bentuk kertas, saya ambil gambar hasil kerja mereka dan cetakkan dan simpan di dalam fail mereka. Sumber rujukan saya adalah segala-gala yang ada di sekeliling kita seperti daun, sampah, ulat dan perkara sekecil ‘kenapa roti berwarna putih’.

Selain itu saya turut merujuk kepada laman web yang membincangkan tentang aktiviti ‘homeschool’ bersama anak prasekolah. Sebenarnya saya lebih banyak belajar mengenai kehidupan selepas bergelar ibu.”

Credit to www.nanima.co.za

Impian Dan Cita-cita 
Setiap apa yang dilakukan pasti mempunyai sasarannya. Begitu juga bagi Suraya yang telah mengimplementasikan homeschool dengan anak-anaknya di rumah.

Dia dan suami bercadang untuk meneruskan ‘homeschool’ anak- anak sehingga mereka besar. Hala tuju anak-anak ditentukan sepanjang perjalanan mendidik mereka mengikut kelebihan dan minat anak-anak. Bagaimanapun anak-anak akan turut menghadiri kelas lain seperti kelas bahasa dan playgroup yang dianjurkan oleh kumpulan Homeschoolers yang lain-lain.

Besar harapannya untuk melihat komuniti Homeschoolers di Malaysia bertambah ramai. Ibu bapa adalah pendidik yang paling baik untuk anak-anak dan tugas ini tidak sewajarnya diserahkan kepada guru di sekolah semata-mata.

“Walaupun anak-anak kita bersekolah pada waktu pagi, ibu bapa masih boleh melakukan ‘homeschool’ dengan anak-anak pada waktu petang, malam dan hujung minggu terutama pada waktu cuti sekolah.

Cita cita saya ialah ibu yang ‘homeschooling’ dapat berkongsi kepakaran suatu hari nanti. Contohnya saya mengajar anak saya dan anak homeschooling yang lain tentang urus niaga perniagaan manakala mungkin ada ibu yang kreatif boleh mengajar anak saya dan anaknya tentang ilmu seni dan tarian.

Pertukaran ilmu seperti ini pastinya menyeronokkan untuk ibu bapa dan anak anak,” akhiri Suraya mengenai hasrat dan sasarannya tentang homeschool.

~~Semoga ini dapat memberikan mama dan papa Amir sedikit panduan dan semangat untuk memulakan homeschool Amir...insya Allah...aamiin...

Share:

Saturday, May 04, 2013

Our 3rd Anniversary...

Alhamdulillah....

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kelmarin (01.05.2013) telah genap 3 tahun perkahwinan kami...memang banyak ups and down tapi Alhamdulillah, kami menghadapinya dengan redha dan tabah...Dan Alhamdulillah, disepanjang 3 tahun perkahwinan kami ini, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata; Amir Syukur sebagai penguat ikatan kasih sayang kami...semoga tahun-tahun mendatang, kami dapat meramaikan lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.


Untuk tahun ke-3 ini, kami hanya balik ke kampung belah papa, Bagan Datoh sebab mak mentua dah banyak kali telefon dan SMS bertanyakan Amir dekat papa...tak sedapla pulak kalau tak balik...lagipon, hujung minggu ni kami tak dapat balik...sebab 05.05.2013 ni semua warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi dikehendaki membuang undi...walaupun ada sebahagian sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti warganegara Malaysia yang ada di luar negara dan badan beruniform seperti FRU dan Polis...


Takpela, assume as we should be celebrate with our parents first due we really need their blessing then comes the blessing from Allah...

Credit to Google Image

Mungkin, tahun-tahun depan atau lain kali kami akan pergi bercuti...apa-apapon esok, jangan lupa mengundi ye sahabat-sahabat semua...mana-mana yang balik kampung tu, hati-hati di jalanraya...kalau ada rezeki, Isnin (06.05.2013) kita cuti yer...apa-apapon Selangor dah diisytihar cuti...yang lain-lain tu tunggu yer....

Credit to Facebook


Share: