Saturday, January 30, 2016

Your children need

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Your children need your presence more than your presents.

Anak anda memerlukan kehadiran anda lebih daripada hadiah anda.

Selamat berhujung minggu bersama keluarga. ^_^

Share:

Thursday, January 28, 2016

Bila mak ayah cuti

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Bila kita beritahu anak-anak yang kita cuti, cuba pandang wajah mereka.. Terukir rasa gembira pada wajah mereka.. Merekalah orang yang paling bahagia sekali bila tahu mak ayah cuti

Betul tak?
Share:

Rezeki yang berkat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Sumber : Google

Apa maksud rezeki yang berkat?
Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus

Rezeki bukan sekadar dalam bentuk duit sahaja, malahan anak, kesihatan, keluarga dan macam-macam lagi adalah bentuk rezeki.

Mungkin ada yang pertikaikan, boleh ke hidup dengan duit gaji yang sikit?
Dalam zaman yang serba mencabar ini, mungkin nampak mustahil tetapi sebenarnya ianya tidak mustahil. Apa yang penting ianya berkat dan kita bersyukur dengan apa adanya. Barulah kita tidak merungut dan puas hati dengan apa yang ada.

Wallahua'lam

Mode tabahkan diri akibat kereta yang perlu dibaiki..sobs..sobs
Share:

Wednesday, January 27, 2016

Wordless Wwdnesday - Sabar

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : facebook

Jadi suami isteri kena
SABAR BANYAK SUDUT :

Sabar dengan pasangan
Sabar dengan kerenah mentua
Sabar dengan anak-anak
Sabar dengan mulut ipar duai
Sabar dengan ujian hidup susah
Sabar dengan dugaan rumahtangga

Share:

Tuesday, January 26, 2016

Motivasi - Antara lobak, telur dan kopi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia terasa sudah terlalu letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
 
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkanya di atas dapur api.  Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut  mendidih, dia meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata apa-apa. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
 
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu si ayah bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" 
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
 
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Si anak melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Si ayah lalu meminta si anak mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, si anak mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, si ayah meminta si anak untuk merasa kopi. Si anak tersenyum ketika merasa kopi dengan aromanya yang khas.
 
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama; proses merebus, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.  Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan datang, bagaimana kamu menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
 
 Untuk renungan bersama.........
 
 
Bagaimana dengan kita?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan?

Atau... Apakah kita adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik; namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan, kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.

Tepuk dada, tanya diri. Pilihan ada di tangan kita.

(Sumber : koleksi email peribadi lama)
Share:

Monday, January 25, 2016

Saturday, January 23, 2016

Family Time - Hello Kitty Go Round Malaysia

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Hujung minggu ni dah ada plan ke? Nak kemana? 

Semalam, masa SAW nak balik, ada yang bagi fliers ni :


HELLO KITTY GO ROUND!! tengah ada di Malaysia. Kepada peminat Hello Kitty, bolehla ke Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur. Hello Kitty memang comel kan?

Antara yang ada di Hello Kitty :


Macam-macam aktiviti dan bahan pameran yang ada.  Antaranya Ichigoman, Lucky Ribbon, Sanrio Baby Race, Sanrio Cinema dan macam-macam lagi la. Selain itu, sudah tentu la ada cenderahati Hello Kitty seperti magnet peti ais, rantai kunci, beg dan macam lagi yang ada gambar Hello Kitty. Best kan?

Tiket masuknya ialah :


Harga tiket masuk bukan hanya untuk masuk saja, tapi ada cendehati diberikan sekali. Antaranya lanyard, collectible card, game voucher, dance performance & colour pencil.

Kalau berkesempatan, bolehla bawa anak-anak ke sini sambil luangkan masa dengan anak-anak. SAW memang tak dapat pergi la sebab Ain masih kecil lagi. Tapi untuk Amir, memang tengah seronok la ni cuma Hello Kitty kan selalunya dikaitkan dengan budak perempuan. Kurang sesuai sikit la kot untuk Amir.

Kalau ada sahabat yang dah pergi, jom kongsi pengalaman dengan SAW. Nak tau jugak SAW.
Share:

Friday, January 22, 2016

Cara Untuk Mendapat Pahala Setelah Mati

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Semalam, SAW ada post Apa Persediaan Kita Sekarang?
Untuk diri orang lain, SAW tak pasti tapi untuk diri SAW, memang sangat tidak cukup. Itu persediaan yang ada, belum kena tolak lagi akibat kecuaian sendiri samada sedar atau tidak seperti terdetik dalam hati. Lagi pula, masa terus berjalan dan kita pun tidak tahu bila dan bagaimana pengakhiran kita. SAW ada terjumpa di facebook semoga ianya dapat membantu kita menampung kekurangan kita :
Sumber : Facebook

CARA UNTUK MENDAPAT PAHALA SETELAH MATI :
1. Beli Al-Quran kepada seseorang; setiap kali dia membacanya kamu mendapat pahala.
Selain itu, sedekahkan Al-Quran ke masjid, sekolah pondok mahupun sekolah tahfiz. Mudah-mudahan bermanfaat buat mereka dan kita pun dapat ganjaran. Kan best macam tu.

2. Sedekah kerusi roda kepada hospital; setiap kali orang sakit menggunakannya, nescaya kamu akan mendapat pahala.
Masa Ain di hospital tempoh hari, SAW perasan banyak juga kerusi roda hasil sedekah sebab kat kerusi roda tu, ada tertulis sumbangan daripada siapa. Alhamdulillah, banyak ganjaran orang yang bersedekah kerusi roda sebab memudahkan urusan orang lain.

3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
Kalau tidak banyak duit untuk bina masjid, menyumbang tenaga, kepakaran dan tanah pun boleh dalam pembinaan masjid. Ikut kemampuan masing-masing; tepuk dada tanya hati.

4. Meletak watercooler di tempat awam
Kalau musim panas macam sekarang ni, dapat air sejuk, nyamannya rasa. Beruntungnya orang yang sudi letak watercooler. Tapi kepada yang lain, dah ada kemudahan watercooler tu, sama-samalah kita jaga. Sayangnya bila amat memerlukan, ianya rosak pula.

5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia mahupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Kalau berjalan sewaktu panas, sebolehnya mesti kita nak lalu di tempat redup dan kurang panas seperti di bawah pokok. Paling tidak pun, kita nak tumpang berteduh kan? Kalau pokok buah pula, sambil berteduh boleh sambil menikmati buahnya bukan? Orang yang berteduh dapat manfaat, yang menanam pun dapat ganjaran.

6. Cara yang terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kepada semua; sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu mendapat pahala.
Sharing is caring. Dengan cara berkongsi, kita saling ingat mengingatkan sesama kita yang mudah terlupa ni untuk mana-mana yang terkurang. Sekiranya kita tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara di atas, mungkin dengan cara berkongsi, dapat mencetuskan pihak lain untuk melakukannya. Bukan ke indah macam tu.

Agak-agak ada lagi tak selain di atas ni? Kalau ada, jom kongsikan kat komen bawah ni.
Share:

Thursday, January 21, 2016

Apa persediaan kita sekarang?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : facebook

Kita semua berkapasiti untuk tinggal dalam kubur lebih lama dari umur kita hidup atas bumi. Contoh kita meninggal umur 40 tahun, belum tentu kiamat lagi 20 tahun. Boleh jadi kiamat lagi 200 tahun. Soalan saya, cukupkah bekalan kita dengan 40 tahun hidup tu untuk survive dalam kubur (alam barzakh) sementara nak tunggu kiamat? Jadi, apa persediaan kita sekarang?
Share:

Wednesday, January 20, 2016

Tuesday, January 19, 2016

Motivation - Grateful

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Source : Google

When you become grateful for small pleasures, your outlook changes and opportunities seem to open up everywhere in your life.

Share:

The Strongest People

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Source : facebook

The strongest people make time to help others...
even if they're struggling with their own personal problems.

Orang yang paling kuat sentiasa membantu orang lain...
walaupun pada ketika dia sedang berhadapan dengan masalah sendiri.

Share:

Monday, January 18, 2016

Kenapa rezeki susah nak masuk?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

 Rezeki bukan hanya dari sudut duit dan harta. Anak, keluarga yang aman harmoni, mentua dan ipar duai yang baik juga sebenarnya rezeki. Rezeki setiap orang Allah telah tetapkan berbeza-beza. Kadangkala kita telah berusaha, tapi kalau sudah tertulis ianya bukan rezeki kita, walau hampir macamana pun, tetap bukan kita punya.

Seperti kita makan nasi. Kadangkala dah nak sampai ke mulut, boleh pulak tumpah. Kalau tidak pun, kita muntahkan balik. 

Namun begitu, ada juga tindak tanduk kita yang menyukarkan rezeki kita. Apa tu? Jom kita tengok :

Sumber : facebook

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK?
1. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
Jika kita memudahkan urusan yang baik walaupun kecil, insya Allah urusan kita juga akan dipermudahkan termasuklah urusan rezeki.

2. Berkira untuk bersedekah
Bak kata pepatah Inggeris : What you give, you get back. Insya Allah, jika kita murah untuk memberi, Allah yang Maha Memberi lagi murah memberi pada kita.

3. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup
Sebenarnya, tak elok sangat asyik cakap tak cukup duit ataupun takde duit. Rezeki Allah kan luas. Nanti betul-betul tak cukup atau takde duit, baru tau. Yela, kata-kata kan doa.

4. Riak apabila bersedekah
Ruginya kalau riak bila bersedekah. Rugi sebab pahala tak dapat, penat yang dapat. Takut-takut dosa pula yang dapat. Kan rugi tu.

5. Gemar mengungkit pemberian
Bila memberi tu, ikhlaskan di hati. Bukan apa, kalau diingat-ingat, hati boleh jadi sakit bila orang yang diberi tidak menghargai dan itu yang boleh menyebabkan ungkitan. 

6. Kurang beristighfar
Jom banyakkan istighfar. Selain mengundang rezeki, boleh juga menghapus dosa-dosa kecil kita 

7. Banyak membuat maksiat
Kadang-kadang tanpa sedar kita melakukan maksiat seperti maksiat mata iaitu melihat perkara yang tidak sepatutnya. Jadi, jom kita sama-sama banyakkan istighfar dan solat taubat, semoga Allah menerima amalan kita dan memudahkan urusan kita termasuk urusan rezeki

8. Tidak bersyukur
Banyak sungguh pemberian Allah pada kita. Jika tidak bersyukur, alangkah angkuhnya kita ni. Oleh itu, jom kita bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin dimata kita, kita serba kekurangan. Tapi tanpa sedar, orang memerhatikan kita serba lengkap.

Semoga dipermulaan minggu dan awal tahun ni, kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Wallahua'lam
Share:

Sunday, January 17, 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png



Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-





Share: