Tuesday, May 23, 2017

BAHAYA MERASA KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


BAHAYA MERASA KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad-nya; Suatu hari, di depan Rasulullah saw Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komen apa-apa. Para sahabat kehairanan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu.

Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lalu di hadapan majlis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, "Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah." Nabi hanya berkata, "Aku lihat ada bekas sentuhan syaitan di wajahnya."

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, "Bukankah kalau kamu datang di satu majlis kamu merasa bahawa kamulah orang yang paling soleh di majlis itu?" Sahabat yang ditanya menjawab, "Allahumma, na'am. Ya, memang begitulah aku." Orang itu lalu pergi meninggalkan majlis Nabi.

Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, "Siapa di antara kalian yang mau membunuh orang itu?" "Aku," jawab Abu Bakar. Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Dia sedang ruku'." Nabi tetap bertanya, "Siapa yang mahu membunuh orang itu?" Umar bin Khaththab menjawab, "Aku." Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, "Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?" 

Nabi masih bertanya, "Siapa yang akan membunuh orang itu?" Imam Ali bangkit, "Aku." Beliau lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, "Ia telah pergi, ya Rasulullah." Nabi kemudian bersabda, "Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalanku...."

Dari kisah ini pun kita dapat mengambil hikmah: Selama di tengah- tengah kita masih terdapat orang yang merasa dirinya paling soleh, paling berilmu, dan paling benar dalam pendapatnya, pastilah terjadi perpecahan di kalangan kaum muslimin. Rasulullah menyuruh sahabatnya untuk membunuh lelaki tadi adalah kerana melalui perantaraan Jibril, baginda diberitahu bahawa lelaki ini dan keturunannya akan menyebabkan fitnah perpecahan di kalangan umat Islam. 

Nabi memberikan pelajaran bagi umatnya bahawa perasaan ujub(merasa kagum dengan kehebatan diri) akan amal soleh yang dimiliki adalah penyebab perpecahan di tengah orang Islam. Ujub menjadi penghalang naiknya manusia ke tingkat yang lebih tinggi. Penawarnya hanya satu, belajarlah menghinakan diri kita. 

Sumber : Taman Ulama

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sumber : Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, May 22, 2017

Janganlah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


"Janganlah kalian menjadi sombong kerana kalian adalah penduduk suatu kota yang hebat (Tarim, atau Madinah, atau Makkah). Ingatlah Adam Alaihissalam,  dulu penduduk syurga lalu diturunkan ke bumi kerana maksiat.

Janganlah kalian menjadi sombong kerana ilmu. Ingatlah Bal'am bin 'Aura (murid didikan Nabi Musa Alahissalam sehingga menjadi ulama,  namun murtad kerana tawaran dunia), ilmunya tidak memberikan manfaat bagi dirinya.

Jangan kalian menjadi sombong kerana nasab yang mulia. Ingatlah anak Nabi Nuh Alaihissalam termasuk orang yang celaka,  padahal ia adalah anak seorang nabi.

Janganlah kalian menjadi sombong kerana pernah bertemu dan melihat orang-orang soleh. Ingatlah Abu Jahal dan Abu Lahab bertemu dan melihat Nabi Muhammad ﷺ tetapi pertemuan itu tak bermanfaat bagi mereka.

Janganlah kalian menjadi sombong kerana ibadah kalian. Ingatlah Iblis yang telah sujud beribadah di setiap jengkal tanah di bumi ini,  tetapi semuanya itu tak bermanfaat baginya."

[Habib Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Abdullah bin Syahab Hafizhahullah (Ainu Tarim)]

Sumber : Telegram @iloverasulullah

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, May 19, 2017

MENCARI KEBERKATAN REZEKI

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

MENCARI KEBERKATAN REZEKI 
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun anehnya, Imam Syafie menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sedangkan dia tidak faham apa maksud suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada perubahan. 

Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan meminta agar mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itu pun pergi melaksanakan saranan Imam Syafie dengan perasaan yang sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya dengan menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya malah hidupnya menjadi lapang. Dia bertanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan itu tidak layak untuk mendapatkan upah lebih daripada 3 dirham yang mana kelebihan 2 dirham yang dia perolehi itu telah menarik keluar keberkatan harta yang dia miliki.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir yang membawa maksud :-
“Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak. Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya”.
Iktibar dan pengajaran 
Apabila gaji atau harta yang kita terima tidak seimbang dengan kerja yang kita laksanakan, ini bermakna kita sudah menerima harta yang bukan hak kita yang mana ianya akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan menyebabkan hisab yang berat di akhirat kelak. Allahu Akhbar!
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sehingga rezeki yang kita perolehi diberkati olehNya di dunia dan akhirat, Amin.
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud :-

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)".
SILA SHARE DAN SEBARKAN
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Sumber : Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, May 17, 2017

Alkisah Sepetang Bersama Blogger 2017

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Hujung minggu yang lalu, dinding facebook MPA banyak cerita tentang Sepetang Bersama Blogger 2017. Sejujurnya, MPA agak cemburu juga kepada blogger yang dapat menghadirkan diri ke acara tersebut sebab katanya banyak pengisian ilmu diberikan oleh mereka yang banyak pengalaman serta pakar. Teringin juga di hati MPA untuk turut serta, tapi bila mengenangkan tanggungjawab MPA serta puteri MPA yang masih belum betul-betul sembuh, mungkin satu hari nanti ada rezeki MPA untuk turut serta. Mana tau kan?
Ada sebahagian blogger yang berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh di sana. Terima kasih banyak. Bagi yang tak dapat nak ikuti macam MPA ini, seronok juga dapat ilmu baru. 

Antaranya Tuan Guru Dr Wan Yusof. Beliau berkongsikan tentang Content Marketing di www.wanyusof.com. Beliau merupakan salah seorang panel sewaktu Sepetang Bersama Blogger 2017 berlangsung. Alhamdulillah, beliau bermurah hati berkongsikan ilmu yang beliau sampaikan di majlis blogger tersebut. Sebenarnya, banyak lagi ilmu yang beliau kongsikan dilaman web beliau. Rugi pulak rasanya MPA laman berjumpa dengan laman web beliau. Semoga beliau murah rezeki dengan apa yang beliau lakukan.

Semoga murah rezeki MPA suatu hari nanti untuk turut serta acara-acara yang melibatkan blogger. Teringin juga bersemuka dengan sahabat-sahabat blogger. Untuk bersemuka dengan blogger otai, tengok dari jauh cukuplah kot. Almaklum, MPA ni cuma blogger picisan yang masih mencari rentak dan belajar ilmu blog ini. Hihi.

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, May 11, 2017

Jaga hati daripada sifat dengki dan membenci

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

JAGA HATIMU DARI SIFAT DENGKI DAN MEMBENCI


Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu." 
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"

Sifat hasad dengki adalah berpunca daripada hati yang kotor, hati yang berpenyakit dan hati yang sakit. Sifat ini adalah salah satu cabang daripada sifat mazmumah dan sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Betapa bahayanya sifat hasad dengki bukan sahaja mengikis pahala-pahala yang di buat oleh seseorang itu sebagaimana api memakan kayu api tetapi penyakit ini akan mengundang untuk mendapat laknat Allah SWT., sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". 
(Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a).

CUKUPLAH MEMENUHI HATIMU PADA DUNIA, WAHAI TEMANKU...

Sabda Rasulullah saw;

"Dan sesungguhnya Demi Allah aku tidak khuatir kalian akan berbuat syirik sepeninggalku akan tetapi aku takut kalian berebut dunia."
(HR Bukhari dan Muslim) 

"Sesungguhnya, aku tidak takut kalian berbuat syirik sepeninggalku, akan tetapl yang aku khuatirkan atas kalian adalah dunia. Kalian akan saling berlumba-lumba di dunia, dan saling bunuh, maka kalian akan hancur sebagaimana hancurnya orang sebelum kalian."
(HR Muslim).

Wahai teman, letakkan dunia hanya ditanganmu dan jangan sesekali dihatimu. Hatimu dicipta hanya untuk ALLAH!

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sumber : Telegram Taman Orang Soleh

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, May 09, 2017

Jom Sediakan 30 Meny Lazat Disepanjang Ramadhan

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
JOM SEDIAKAN 30 MENU LAZAT DISEPANJANG RAMADHAN
1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Sholat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Sholat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walau pun dengan sebiji Kurma setiap hari.
5. Sholat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
6. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
7. Sunat dhuha setiap pagi minima 2 raka'at. 
8. Sedekah setiap hari minima seringgit. 
9. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iftikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu utama setiap hari.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang sia-sia. 
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir dengan beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
18. Ajar diri dengan sifat rendah hati kerana Allah. 
19. Mudah memohon dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang Allah murkai. 
23. Tidak berlebih-lebihan mahu pun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka puasa. 
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunnat seperti Sholat  sunnat rawatib.
25. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
26. Lazimkan untuk kawal diri dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
27. Basahi lidah untuk sentiasa berzikir dan memperbanyakkan bersyukur pada Allah di kala senang atau pun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30.  Ikhlaskan hati kerana Allah, hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir kita. In Sya Allah. ان شاالله 
Silakan Kongsi Ya!👍🌹

Sumber : Grup Whatsapp

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, May 03, 2017

Turunkan berat badan dengan lemon

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Bila lama sangat berada di hospital, terasa betul berat badan naik bilamana pakai baju rasa tak selesa pula. Badan terasa seperti dipam dengan jayanya. Hihi

Bila sudah balik ni, mulalah tekad menurunkan berat badan. Nak terus drastik, MPA tak berani sebab takut badan tak boleh nak terima. Jadi, untuk permulaan ini, MPA mulakan dengan buah lemon.

Sumber : Google
Caranya MPA mengambil segelas air suam, dicampurkan dengan perahan lemon dan satu sudu madu. Boleh juga jika bersama air sejuk tetapi keberkesanannya kurang, tidak seperti pengambilan bersama air suam. Lagipun, MPA kurang gemar air sejuk, lebih sukakan air suam.

Selain menurunkan berat badan, lemon yang kaya dengan Vitamin C amat baik untuk kesihatan kulit. Lemon juga berkhasiat menjadi ubat antiseptik dan antibakteria mampu menyembuhkan masalah ringan kulit seperti jerawat. Selain itu, lemon juga dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol sekaligus mengawal tekanan darah tinggi.

Banyak khasiat lemon tetapi jangan mengharapkan air lemon semata untuk menurunkan berat badan. Aktiviti kecergasan perlu juga kita lakukan supaya badan menjadi sihat dan kuat.

Jom kongsikan dengan MPA apa pula yang sahabat-sahabat MPA amalkan untuk menurunkan berat badan. Boleh juga MPA amalkan jika ianya bersesuaian dengan MPA.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, May 01, 2017

Selamat Hari Buruh

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah


Selamat datang bulan Mei. Fuh, cepat betul masa sekarang. Dah bulan Mei. Nanti tup tup, tau tau dah bulan Disember. 


Hari ini juga merupakan Hari Buruh. Cuti umum buat semua rakyat Malaysia. Kesempatan cuti 3 hari ini, ramai juga yang balik ke kampung. Seronoknya. Namun tak kurang juga ada yang mengadakan kenduri samada kenduri khawin, kenduri doa selamat dan ada juga yang mengadakan kenduri sambut puasa. Almaklum, tak lama lagi kita akan mula berpuasa Ramadhan.


Alhamdulillah, hari ini juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan MPA yang ke-7. Rasa kejap je sudah 7 tahun. Kalau sebelum-sebelum ini, MPA meraikannya di kampung suami di Bagan Datoh. Tetapi tahun ini, MPA tidak kemana-mana, hanya di rumah sahaja. Semua disebabkan faktor kesihatan puteri MPA, Ain Humaira. Doktor sudah menasihatkan supaya tidak membawa Ain ke mana-mana. Alhamdulillah, mentua faham dengan masalah yang sedang MPA sekeluarga hadapi. Jika berkesempatan, mungkin suami dan putera MPA, Amir Syukur yang akan balik ke kampung. MPA akan berada di sini menjaga Ain. Mudah-mudahan ianya hanya sementara waktu, insya Allah.

Tidak dinafikan memang banyak cabaran dan dugaan sepanjang 7 tahun ini. Semua orang diuji, kami juga tidak terkecuali. Apa yang dapat MPA dan suami lakukan adalah banyakkan bersabar. Kadang-kadang ada juga 'hangin' MPA sampai. Alhamdulillah, suami MPA jenis penyabar. Terima kasih banyak-banyak. 

Bila anak sering tak sihat, kadang-kadang terlintas juga pemikiran negatif. Apa yang MPA dan suami lakukan adalah melihat mereka yang kurang bernasib baik daripada kami. Alhamdulillah, sebenarnya besar hikmah apabila Ain selalu dimasukkan ke wad. Sebab MPA dapat lihat dan tahu ada lagi yang kritikal daripada Ain dan ada lagi yang kurang bernasib baik daripada kami. Agaknya Allah nak MPA dan suami terus kuat, bersabar dan tidak mudah mengalah dengan apa jua cabaran yang datang terutama bila ianya melibatkan anak.

Semoga MPA sekeluarga dan juga sahabat-sahabat MPA di sini juga kuat, sabar dan tabah menghadapi apa jua yang terjadi dalam perjalanan hidup kita. Anggaplah ianya sentuhan kasih sayang daripada Sang Pencipta kita, Allah Taala. Jika merasa lelah, rehat seketika. Renung dan fikirkanlah segala yang terjadi di sekeliling kita. Insya Allah, kita akan lebih bersyukur dan menghargai segala apa yang kita ada, insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: