Tuesday, February 11, 2014

Tips menjadi ibu bapa yang lebih aman

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

 
10 tips menjadi ibu bapa yang lebih aman ketika berdepan dengan anak-anak yang beremosi :

1.  Kita perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak memerlukan bimbingan dan sokongan kita untuk menangani emosi mereka.

2.  Tanya diri kita, "Apa perasaan saya jika orang lain perlakukan saya sebagaimana saya perlakukan anak-anak saya?"

3.  Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum bertindak balas.

4.  Cuba untuk tidak terasa hati (atau mengambil kelakuan anak-anak secara peribadi) kerana kebiasaannya kelakuan negatif anak-anak bukanlah petanda kepada kegagalan kita  dan bukan juga satu serangan kepada peribadi kita.

5.  Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak melepaskan ledakan emosi mereka tanpa ada penghakiman (judgement) daripada kita.

6.  Berikan anak-anak ruang untuk bersendirian dan bertenang (jika itu yang mereka inginkan) tetapi kita harus bersedia (available) jika mereka memerlukan pelukan dan galakan. 

7.  Galakkan anak-anak untuk bercakap tentang perasaan mereka, mengakui dan menerima emosi mereka walaupun kita tidak bersetuju dengan cara mereka melepaskan perasaan ketika itu.

8.  Jika kita telah terlepas cakap atau menyebut perkataan yang kasar dan tidak sopan ketika sedang marah, minta maaf daripada anak-anak secara jujur dan berikan penjelasan apabila kita telah tenang.

9.  Ingatlah bahawa kita mampu membuat perubahan (ke arah menangani emosi dengan cara yang lebih positif) dan mengingatkan anak-anak bahawa mereka juga boleh berubah.

10.  Tanya diri sendiri, " Adakah saya bertolak ansur, menghormati dan membantu?"


Mama akui kita sebagai hamba yang serba kekurangan sering melakukan kekhilafan terutamanya dalam menangani emosi anak-anak. Terkadang kita ada terlepas marah pada anak-anak kita.

Sebaiknya, pada pendapat mama, ambil masa untuk bertenang sebelum kita berjumpa dan melayan kerenah anak-anak terutama ibu bapa yang berkerjaya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Semoga perkongsian mama kali ini memberikan manfaat kepada semua.

Wallahuaklam.
Share:

Monday, February 10, 2014

Kurang Sihat

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Sekarang musim panas terik sangat kan?

Hujung minggu haritu, sahabat-sahabat mama perasan tak yang cuaca seakan jerebu je.

Disebabkan cuaca tak menentu, rasanya ramai juga yang kurang sihat.
Termasuklah anak bujang mama, Amir.

Amir dah mula selsema dan batuk-batuk dah ni.
Risau juga dah lama tak baik lagi.

Ingat malam nanti lepas mama balik kerja, nak bawa Amir ke hospital dia la.

Minta tolong sahabat-sahabat mama doakan anak mama, Amir sihat ye.

Wallahuaklam.

Share:

Tarian Naga

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Selamat hari Isnin sahabat-sahabat mama.
Selamat bekerja dan semoga bersemangat sepanjang minggu ni dan hari seterusnya.
Harini ada tarian naga kat pejabat mama ni.
So masing-masing sibuk nak kemas tempat masing-masing dan letak limau & angpau

kepala naga, belum mula lagi ni

ni antara staf yang sabar menunggu tarian naga

'dia' dah mai dah

bos-bos bergambar dengan naga-naga

antara staf yang tak lepas peluang bergambar dengan naga

naga tengah kopek limau kat workstation mama

ni la rupa limau hasil kerja naga dia

kata dorang maksudnya ni 'ong'

terselit pulak mama ye. hehehe

Apa-apapun, pengalaman baru dan menyeronokkan walaupun bunyi memang membingitkan. Hehe ^_^

Wallahuaklam
Share:

Friday, February 07, 2014

Today's Special - Bubur Barli

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Harini, today's special are - Bubur Barli.

Sekali lagi mama kasi sahabat-sahabat mama tengok je. Hehe
Nanti mama sempat mama cerita resepi dia sebab minggu haritu ada yang tanya mama resepinya.
Tapi rasanya, cari kat www.myresepi.com lagi best, macam-macam bubur barli ada.
Bukan bubur aja, macam-macam ada, macam iklan ASTRO.
Hehe
Wallahuaklam
Share:

Resignation

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Resign? Mama nak resign ke?
Resign dari bloging pulak tu.

Bukanla.

Mama terkejut dengan berita yang mama baru je dapat tahu ni.
Dalam department mama yang sikit je stafnya ni, kami dikejutkan dengan berita perletakkan jawatan 2 orang sekaligus atas alasan masalah peribadi.
Dahla manager baru je resign bulan lepas, ni 2 orang lagi bakal menyusul
Sedihnya.. T T

Dalam bulan depan hari terakhir mereka.
Sekarang ni mama agak sibuk sikit sebab salah seorang adalah partner mama.
Jadi, banyak yang mama nak kena cerap dan belajar ni sementara dia masih ada.

Kawan-kawan doakan mama supaya cepat sikit la ye cerap dan belajarnya ni. Huhu

Wallahuaklam
Share:

Thursday, February 06, 2014

1st giveaway by Nur Lovekasih blog

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Jom kita bersegmen lagi...


Kalaulah diberi peluang pilih, mama nak pilih NOVEL kot. Takpon SHAWL ke, TASBIH DIGITAL ke.
Tamaknye, sampai 2 nak pilih. hehehe

Sebab tak nak pilih BLOUSE, saiz mama yang comel ni susah sikit nak mencari.
Yang TOPUP pulak, mama guna line.

Apa-apapun, sebenarnya mama terima je. Niat cuma nak sokong kawan-kawan kita.
Kalau ada rezeki, harap mama buat giveaway / segmen, ada yang nak join la ye.
Hehehe

Pada pendapat mama, blog +Nurullai Abdullah nice dan better dari blog mama yang teramat simple ni.
Warnanya pon lembut je.
Yang penting, baby dia comei dan buat geram nak ada baby lagi.
Hehehe

Wallahuaklam

Share:

Wednesday, February 05, 2014

Berhabuk

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Berhabuknya.
Dekat seminggu ni tak update apa2 cerita. Huhu

Minta maaf ye sahabat-sahabat mama.
Line telefon kat kampung papa ikut nasib, kadang ada, kadang tidak.
Jadi, mama berusaha nak 'bersihkan' ni.
Tapi, assistant mama dah mengadap lak ni.

Okla, mama nak tidurkan assistant mama ni dulu.
See u all soon. ^_^

Share: