Monday, July 04, 2016

Mood ke laut

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Mood dah mula ke laut. Macamni la bila kawan-kawan dah mula bercuti. Pagi tadi nak ke LRT, bukan main lengang lagi. Kalau tidak, pukul 7 tu dah berderet kereta. Saja MPA pagi tadi keluar lambat sebab dapat agak, traffic lengang. Bila ramai yang cuti, kita pulak yang kena kerja, jadi macam kat bawah ni la :

Tapi MPA takdela seteruk kat atas ni yer. Hihi

Masa layan En Google nak cari gambar kat atas ni, saja belek-belek entri blogger yang ada dan pernah up pasal 'Mood ke laut' ni. Tak sangka MPA sendiri ada up entri pasal 'Mood ke laut' ni. Entri tu MPA up pada tahun 2014. Kalau ada yang teringin nak tengok, boleh tengok SINI. Boleh pulak terselit satu. Hihi

Walaupun mood dah mula ke laut, harap-harap MPA tidaklah terlampau melayan sangat mood ke laut ni. Sahabat-sahabat pun sama juga yer.

Kepada sahabat-sahabat yang dah sampai ke kampung, Alhamdulillah.
Kepada sahabat-sahabat yang bakal atau on the way ke kampung, hati-hati ya. Semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai.
Kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat pulang ke kampung, bertabahlah ya. Insya Allah, masih ramai lagi yang senasib dengan kalian.

Wallahua'lam
Share:

Perkhidmatan Star LRT terganggu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Memang rutin MPA setiap hari naik LRT pergi dan balik kerja. MPA perasan ada notis dalam LRT untuk pengguna LRT. Tapi tak sempat pula nak capture gambar. Jadi, MPA pun cari la kat website RapidKL dan jumpa ni :


Pada 7hb, 8hb dan 16hb July 2016 ni, Star LRT laluan Ampang akan ditutup sementara untuk kerja naiktaraf. Sekarang LRT dah sampai kat area Putra Heights. Dulu kalau area Puchong & Subang, yang ada cuma perkhidmatan komuter je. Sekarang dah ada LRT pulak. Bertambah mudah dan cepatla untuk ke Puchong dan Subang.

7hb & 8hb Julai 2016 tu mungkin tak ramai orang yang guna sebab kebetulan jatuh pada hari raya ke-2 dan ke-3. Tapi yang 16hb Julai 2016 tu, jatuh pada hari Sabtu minggu berikutnya. Jadi, perjalanan sangat perlu dirancang waktu tu. Kebetulan masih bulan raya, mesti ramai yang nak buat rumah terbuka, kan?

Beri perhatian ye pada yang menggunakan perkhidmatan awam, macam MPA sendiri ni. Harap-harap MPA pon tak lupa tentang ni. Insya Allah.

Wallahua'lam
Share:

Friday, July 01, 2016

Jom balik kampung

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


Rasanya ramai dah mula bergerak ke kampung halaman. Seronoknya dapat berkumpul ramai. Lagipula cuti sekolah untuk seminggu ni. Mungkin ramai tak lepas peluang untuk turut serta cuti seminggu dengan anak-anak.

MPA pula balik malam raya. Kalau confirm raya hari Rabu, sampai Selasa MPA kena kerja. MPA kena consider sebab partner MPA balik Sabah tahun ni. Dia cuti seminggu. Jadi, MPA bertolak ansur la. Yang penting sama-sama dapat balik kampung dan beraya dengan ahli keluarga.
Tadi terdengar kat radio, kemungkinan petang ni akan sesak sikit kat lebuhraya utama. Almaklum, harini kan last sekolah. Apa lagi, lepas kerja, ambil anak dan keperluan semua, cabut balik kampung.

Zaman MPA kecik-kecik dulu pernah juga merasa macam ni. Berbuka kat tengah jalan. Ada seronok dan tak seronoknya juga. Yang seronok sebab kita berbuka di luar rumah. Ambil angin dan suasana lain jap. Tapi yang tak seronok ialah confirm-confirm ramai dan penuh sesak kedai makan masa tu. Bukan setakat kedai makan saja, surau-surau pun penuh sesak dengan orang. Yela, waktu maghrib kan singkat, tu yang semua menderu tu.

Kepada sahabat-sahabat yang pulang beraya di kampung, MPA ucapkan hati-hati di jalan raya dan banyakkan bersabar. MPA minta bersabar sebab selalunya jalan boleh tahan traffic jam tu. Masa tu la masa mencabar buat semua. 

Penting untuk periksa keseluruhan rumah sebelum meninggalkan rumah. Jangan lupa beritahu kepada jiran tetangga yang boleh dipercayai yang tidak pulang ke kampung, supaya boleh juga dia tengok-tengokkan rumah kita.

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMUA!!


Share:

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan tahun ini

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Harini merupakan hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Harini juga hari pertama untuk bulan Julai. Maksudnya dah separuh jugak tahun ni berlalu.

Rasa sedih pula nak tinggalkan Ramadhan. Sebabnya belum tentu lagi kita akan bertemu Ramadhan tahun hadapan.

Bahang Syawal pun dah makin mula terasa. Mana yang dah gaji tu, dah mula shopping raya. Untung pada mereka yang dapat imbuhan tambahan untuk raya ni. Tapi kena beringat juga dalam shopping tu. Bukan apa, takut-takut 'sesak' je poket nanti nak tunggu gaji lagi sekali.

Dalam sibuk bershopping tu, ingat juga pada barang berharga kita dan juga anak. Kalau boleh, kita pecah rekod tahun ni kat shopping kompleks nanti takde orang yang akan umumkan kehilangan anak. Ok tak?

Yang paling penting sekali, kepada kaum Adam, luangkanlah masa untuk ke masjid berdekatan untuk bersolat Jumaat. Ambil keberkatan hari ini terutama Jumaat di Ramadhan terakhir ini. Semoga apa yang dilakukan hari ini dan minggu seterusnya diberkati Allah. Insya Allah.

Wallahua'lam
Share:

Thursday, June 30, 2016

Merancang sendiri

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Semalam MPA pergi checkup Ain di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, kira banyak jugalah berat Ain meningkat berbanding minggu lepas follow up checkup di HKL.

Panjng & ukur lilit kepala pulak banyak juga meningkat, bersesuaian dengn umur Ain. MPA memang risau dengan berat Ain sebab Ain ada masalah untuk berat badan naik. Bila banyak naik ni, lega rasanya. Mana taknya, umur Ain meningkat tetapi berat tak berapa sangat meningkatnya, macam berat budak baru lahir je. Ini lebih berpunca kepada masalah Ain yang pernh MPA ceritakan sebelum ini.

Bagi kes istimewa macam Ain ni, nurse memang pentingkan perancang keluarga. Bukan apa, takut ada rezeki adik kepada Ain pulak. Tapi kalau dah rezeki daripada Allah, MPA tak menolak.  Mana nak handle adik Ain, mana nak handle Ain lagi. Buat masa ini memang MPA memang tak ambil apa-apa perancang keluarga. Bukan tak percaya, ianya lebih kepada nak merancang sendiri sebab masa lepas dapat Amir pun MPA nak rancang sendiri.
Bukan tak yakin dengan perubatan moden ni, tapi MPA rasa lebih baik rancang sendiri sebab MPA ni ada masalah elergi pada ubat, terutama ubat tahan sakit. Kalau tersalah makan, alamatnya mata boleh bengkak dan ada rupa macam alien. Tu yang tak berani tu. Lagipun mak pun cadangkan takyah ambil.
Kepada yang ambil tu, jangan terasa pula dengan MPA ya. Lain orang lain caranya dan setiap orang biologi badan tak sama walaupun pada asasnya memanglah sama.
Merancang, merancang juga. Tapi jangan stress ya. Kalau ada rezeki Allah, jangan menolak tapi bersyukurlah sebab tak semua orang ada rezeki macam kita. Andai rezeki tu tak kunjung tiba pula, mintalah padaNya dan anggaplah ianya perkara yang terbaik buat kita. Insya Allah.
Wallahua'lam
Share:

Wednesday, June 29, 2016

Tuesday, June 28, 2016

Hari Raya, Anak Kecil dan Vaksin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Mesej ni MPA dapat daripada grup Whatsapp yang MPA join. Mesejnya begini :

Hari raya, anak kecil & vaksin

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yg berusia 59 hari, akibat #pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin . Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini

Sempena hari raya yang bakal menjelang & kemunculan wabak #diphteria, #pertussis & #measles akibat golongan antivaksin, saya ingin berkongsi sedikit pesanan 

Buat ibu bapa bayi kecil kurang dari setahun terutama kurang dari 2 bulan 
 
✅ 1) berpantanglah di rumah , tak perlu keluar beraya & had kan pengunjung . Kita tidak tahu siapa pembawa kuman , anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa banyak tempat  lain dan terdedah kepada orang ramai . 

Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda & sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya . Cukup dengan melihat & membacakan doa 

Tidak mengapa dilabel "paranoid" , anak kita , amanah kita, tanggungjawab kita 

✅ 2) VAKSINKAN anak anda mengikut jadual & niatkan ini utk kebaikan anak anda & anak orang lain, semoga Allah terima sebagai satu kebajikan 

✅ 3) Elakkan tempat yang sesak seperti open house. 

✅ 4) Jika kampung anda kawasan endemik seperti melaka & kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah s.a.w :

Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim) 

Bagi tetamu yang berhari raya 

❎ Jangan cium/dukung/sentuh bayi yang baru lahir,atau mana-mana bayi tanpa Izin ibu bapanya . 

❎ baca doa sebelum masuk rumah 

❎ jangan berlama-lama berziarah terutama rumah Ibu dlm pantang 

❎ jika anak-anak anda tidak divaksin dgn alasan "anda sayang anak anda", kami Ibu Bapa #provaksin juga sangat sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan datang menziarahi kami yang ada anak kecil kurang dari setahun . Tolong hormati keputusan kami. 

🌷 bertabahlah ibu-Ibu & bapa-bapa Anak kecil . Biar kita susah raya kali ini agar in shaa Allah kita dapat nikmati banyak lagi hari raya akan datang dengan anak kita yang tersayang 

Allahu musta'an ❤️

Please share to save our children 😢

Sebelum tu, MPA minta maaf dulu jika ada yang terasa. Bukan niat MPA untuk buat mana-mana ibu bapa terasa tapi untuk kebaikan ibu bapa yang memiliki anak kecil.

Terpulang pada ibu bapa yang tidak memberikan anak vaksin tapi demi kebaikan bersama, lebih-lebih lagi sekarang tengah heboh diperkatakan tentang penyakit berkaitan dengan anak kecil, lebih baik berwaspada dan kita tidak tahu adakah kita pembawa kuman atau tidak, sebab kita tidak nampak pun kuman kan?

MPA sejujurnya mengaku agak takut untuk berhari raya tahun ni. Memang teruja dan seronok pada mulanya sebab pertama kali beraya dengan Ain. Tetapi dengan keadaan Ain yang baru sebulan lebih keluar wad dan masih dalam proses penyembuhan, membuatkan MPA agak seriau jugak nak beraya. 

MPA rasa pendekatan yang terbaik adalah MPA hadkan perjalanan MPA. Maksudnya, untuk tahun ini, MPA tidak akan kerap menziarah untuk beraya. Jika ada yang datang menziarah, mungkin MPA akan hadkan diri MPA sendiri dan Ain untuk berjumpa tetamu.

Biarlah tetamu mengatakan MPA sombong, mentang-mentang ada anak kecil daripada Ain sakit sehingga terlantar di wad. Lagipun Ain anak solehah yang istimewa. Banyak perkara perlu diambil kira demi kesihatan Ain.

Kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil, berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Sentiasa ambil perhatian apa jua berkaitan anak terutamanya demam. Kenal pasti klinik mahupun hospital yang berdekatan jika balik beraya dalam tempoh masa yang panjang. Serta sentiasa memantau anak seperti siapa yang mendekati, memegang mahupun mencium anak untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini.

Anak kita, tanggungjawab dan amanah kita.

Wallahua'lam
Share:

Monday, June 27, 2016

Don't be afraid to CHANGE

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

 
Don't be afraid to CHANGE.
You may lose something good but you may gain something better.

Jangan takut untuk berubah.
Kamu akan kehilangan sesuatu yang baik tetapi kamu akan peroleh sesuatu yang lebih baik.
Share: