Assalamualaikum...
Bertemu kita lagi untuk entri minggu ni...
Mama nak kata baru je beli, takla gak...tapi kategori barula jugak...kebelakangan ni terasa diri nak memenuhkan diri dengan ilmu keibubapaan (atau dalam bahasa inggerisnya : Parenting Knowledge) semoga menjadi manfaat pada orang lain terutama si kecil, Amir...
Mama ada baru beli buku ni :
Buku ni banyak grafik nya...lukisan dan rajah yang amat menarik...
Akan tetapi, buku ni secara keseluruhannya ada persamaan dengan buku yang mama pernah beli sebelum Amir lahir lagi iaitu :
Perbezaannya buku kedua ni ada memberikan contoh-contoh yang boleh kita praktik dan praktis...
Keseluruhannya, apa yang penting penerapan akidah ataupun pengenalan mengenai agama melebihi segalanya kerana ianya untuk bekalan sepanjang hayat terutamanya apabila kita sebagai ibu bapa sudah tiada lagi di dunia ini untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar pada anak-anak kita nanti...sebab mama selalu dengar deejay radio IKIM dan pernah membaca yang bermaksud : Apabila kita mengejar dunia, akhirat akan ketinggalan tetapi apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita...alangkah indahnya kalau itulah yang terjadi...
"Ya Allah, berikanlah diriku dan suamiku kekuatan, ketabahan, kesabaran serta ilmu yang bermanfaat agar dapat kami terapkan kepada anak-anak kami untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaMu jua serta menjauhi segala laranganMu...aamiin..."
Apa yang mama sampaikan adalah daripada ilmu tak seberapa yang mama ada serta pendapat mama sendiri...mungkin berbeza pendapat kita...tapi apa yang penting, apa acuan kita, itulah hasilnya...
Wallahu'alam...