Alhamdulillah...
Assalamualaikum...
Bismillahirrahman nirrahim...
Siang sikit, mama dan papa bawak Amir trus ke Hospital dia (Hospital Pusrawi SMC Kajang)...sebelum2 ni pernah bawak dia ke klinik2 biasa tapi kami dapati ubat-ubatnya kurang serasi pada Amir....kalau kat hospital dia, cepat je kebahnya...
Kali ni Amir jumpa doktor nangis...mulanya doktor nak ambil suhu badan dia, dia dah mula menepis-nepis dan merengek...pastu, doktor nak cek dada dia, apa lagi, meraung terus...at the end, doktor tu siap cakap lagi, "apa la adik ni"...agaknya dia maksudkan macamla baru harini jumpa, padahal dah banyak kali...
walaupun Amir macam fobia jumpa doktor, tapi Amir mudah makan ubat...bila nak makan ubat, nganga je mulutnya...tapi tula, bila bab jumpa doktor, diala orang yang akan paling kuat menangis...Amir...Amir...anak mama...
Tapi Alhamdulillah, balik daripada hospital, kasi Amir makan skit pastu makan ubat, Amir terus ngantuk nak tidur...lama jugakla dia tidur...bangun dari tidur, demam nya dah kebah...selsema nya pon dah takde...Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah diatas kesembuhan penyakit yang telah Engkau berikan kepada permata hati kami yang dipinjamkan olehMu....
Semoga Amir sihat untuk meneruskan aktiviti yang pengembangan rohani, minda dan fizikalnya...insya Allah...aamiin...