Sunday, March 23, 2014

Selamat...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti...
Selamat bekerja kepada yang bekerja...
Selamat bercuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah...

Rasanya ramai yang mengambil kesempatan pergi bercuti...Tapi jangan lupa mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti :

1. Memberitahu jiran yang dipercayai & pihak polis tentang percutian kita
2. Memberitahu pihak penghantar suratkhabar supaya tidak menghantar suratkhabar
3. Memeriksa semua suis elektrik supaya berada dalam keadaan 'OFF' dan jika boleh, cabut plug daripada switch box.
4. Memeriksa pintu dalam keadaan berkunci sebelum meninggalkan kawasan rumah.

Itu antara langkah-langkah yang boleh diambil. Kalau mama, sebagai langkah tambahan, mama akan buka 1 lampu didalam  rumah samada lampu ruang tamu ataupun lampu dapur.

Mungkin sahabat-sahabat mama ada langkah-langkah tambahan lagi nak berkongsi dengan mama?

Insya Allah, mama akan bercuti awal bulan 5 nanti sempena ulangtahun perkahwinan mama. Kemana, belum diputuskan lagi. Mungkin sahabat-sahabat mama boleh cadangkan mama tempat-tempat menarik di Malaysia yang sesuai dengan papa, mama & Amir?

Selamat bercuti dan hati-hati walau apa jua yang kalian lakukan. ^_^

Wallahuaklam

Share: