Hari ini ayah mama teringin makan sate sebagai makan malam. Jadinya adik cadangkan satay kat Sungai Ramal, Kajang.
Cari punya cari, ada kat Ramal Food Junction.
Nama kedai Willy Satay. Hebat kan nama dia.
Ingat tak ramai orang, wah sekali beratur panjang sampai terkeluar kedai gitu.
Rasanya? Bagi mama lagi sedap. Dagingnya pon lembut. Disebabkan lidah masing-masing lain, apa kata korang cuba dulu. Motonya - "The Taste You'll Never Forget". Kelas gitu kan??
Kalau nak cuba, dia berada di tepi Lebuhraya SILK dari Putrajaya menghala ke KL selepas susur Sekolah Agama Maahad Muhamadiah berhampiran susur Cheras. Kalau dari tepi lebuhraya tu nampak berasap-asap, hah dia la tu.
Nak maklumkan yang Willy Satay akan tutup mulai 28 - 30 Jun 2014 (Sabtu - Isnin) sempena sambutan Awal Ramadhan dan akan mula beroperasi pada 1 Julai 2014 (Selasa).
Mama promote sekadar untuk sahabat-sahabat mama mencuba lain dari biasa. Cubalah ek.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)