Thursday, November 13, 2014

Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991)

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Harini, masa bukak je google, perasan tak ada gambar ni :

Owh, rupanya hari ni hari kelahiran Lagenda Pemain Bola Sepak Negara kita, Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991)

MPA memang tak dapat jumpa tapi ada tengok aksi Allahyarham dalam TV.

Serba sedikit tentang penglibatan Allahyarham dalam bola sepak negara kita :

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 23 tahun lalu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Sumber : SINI

Tapi apa yang menarik minat mama adalah :

  • MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh.
  • Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."[1]
Sumber : SINI

Walaupun pada sesetengah merasakan nilainya kecil, namun ada terletaknya redha ibubapa, 
segala yang dilakukan akan menjadi mudah dan berjaya.

Walau apapun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, 
semoga beliau ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman


Share: