Sunday, January 03, 2016

Selamat Bersekolah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Harini sesetengah negeri dah mula sesi persekolahan. Mak yang paling sibuk pagi ni nak siapkan anak masing-masing. Dan mak juga yang paling teruja bila anak nak masuk sekolah, terutama anak yang nak masuk Tahun 1. Ayah pon tak kurang terujanya juga tapi ayah kan suka buat cool. Betul kan? 

Ada sesetengah mula terasa, 
"Alamak, rasa macam dah tua pulak". Betul tak? Kalau SAW sendiri pon mesti akan terasa. Pejam celik, pejam celik, dah besar anak kita yer.

Tapi dalam teruja tu, jangan lupakan faktor keselamatan anak-anak. Antara yang boleh kita lakukan adalah

1. Letak nombor telefon ditempat yang mudah diihat
Bukan apa, sekiranya kecemasan seperti anak tidak sihat ke, cikgu tak perlu tergesa nak cari dalam buku rekod. Boleh terus ambil dan telefon je. Tempat yang sesuai ialah di beg sekolah, bekas air dan kotak pensel.

2. Berkenalan dengan cikgu, kawan dan ibubapa kawan anak
Selain dapat memantau anak, kita juga dapat tambah kenalan. Sekurangnya, mereka dapat membantu anak kita sekiranya menghadapi masalah seperti membeli makanan di kantin

3. Ajar anak tentang pembelian makanan di kantin
Ajar mereka untuk beratur, bersopan dan ikut giliran supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini berlaku seperti terjatuh.

4. Kenalkan anak dengan pemandu dan bas / van sekolah
Ini untuk yang menggunakan khidmat bas / van sekolah. Kena kenalkan supaya pemandu dapat cam dan ambil anak kita pada masanya. Tapi kalau kita sebagai ibubapa yang hantar dan ambil anak kita sendiri, pastikan sampai masa anak kita balik, kita dah ada dan tidak lupa. Penting tu.

5. Ajar anak supaya tidak menerima pelawaan orang yang tidak dikenali
Disebabkan pelbagai kes yang berlaku sekarang, anak-anak sangat perlu dipesan dan diajar tentang perkara ini.

6. Hubungi guru dengan segera untuk sebarang kemusykilan
Kemusykilan seperti aktiviti sukan di waktu petang, kelas tambahan selepas habis sesi persekolahan & sebagainya. Tidak boleh mengharap cikgu semata memantau anak kita, kita sebagai ibubapa kepada anak-anak kita lagi perlu bertanggungjawab.

Apa pula tips sahabat-sahabat SAW? Jom kongsikan dikotak komen dibawah. Sharing is caring kan?
Share: