Thursday, February 04, 2016

Virus Zika mula menyerang

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Sekarang tengah menularnya wabak baru yang dipanggil Virus Zika, akibat daripada gigitan nyamuk aedes. Dulu kita cuma ingat demam denggi je yang berpunca daripada nyamuk aedes. Rupanya boleh juga menyebabkan penyakit lain. Berikut adalah beberapa fakta yang SAW jumpa daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perkongsian kita bersama :

1. Zika adalah virus yang disebarkan oleh Nyamuk Aedes (Aegypti)
- tu yang SAW cakap tadi tu, bukan Demam Denggi je, penyakit lain pon bole yang diakibatkan daripada nyamuk aedes

2. Tidak ada ubat atau vaksin untuk wabak ini
- ini yang merisaukan ni bila tidak ada ubat atau vaksin. Tapi SAW percaya satu hari nanti mesti ada ubat atau rawatan untuk wabak ini. Insya Allah, Allah beri ujian, pasti ada cara penyelesaiannya. Yakinlah pada Allah

3. Wabak ini bermula di Brazil dan telah merebak ke 26 buah negara.
- Dengar-dengarnya negara jiran kita, Thailand dan Indonesia dah ada masing-masing sorang mangsa. Dah dekat tu dengan kita.

4. Jangkitan ini dikaitkan dengan kecacatan otak bayi dalam kandungan dan sistem saraf
- Apa yang SAW difahamkan, boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan berkepala kecil daripada kebiasaan. Ibu hamil, dinasihatkan untuk menangguhkan ataupun membatalkan perjalanan ke negara yang telah dijangkiti Virus Zika. Bukan apa, demi keselamatan anak dan ibu juga

5. Gejala ini termasuklah demam ringan, ruam kulit, sakit sendi dan konjungtivitis, biasanya sehingga 2 - 7 hari
- Jangan ambil enteng bila ada ahli keluarga kita yang kurang sihat. Segeralah ke klinik kesihatan ataupun hospital.

6. Pencegahan jangkitan Virus Zika adalah dengan mengelakkan daripada gigitan nyamuk. Gunakan repellen dan lindungi kulit dengan memakai pakaian berlengan panjang.
- Selain itu, jom kita hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes, iaitu di tempat-tempat takungan air seperti pasu bunga, tempat tadahan air mandi, dan lain-lain.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lagipun, tidak mustahil untuk negara kita diserang wabak ini. Mudah-mudahan dijauhkanlah daripadanya.

Wallahua'lam

Share: