AFB Feed

Saturday, September 02, 2017

Hello September!

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah, dah masuk bulan September. Cepat je masa berlalu. Tinggal suku bulan je lagi untuk ke 2018.

Harini jugak genap MPA setahun pegang title surirumah sepenuh masa. Kejap je rasanya. Cita-cita MPA masa kerja dulu. Alhamdulillah, tak sangka bole capai pulak. Hihi

Masa mula-mula tahun lepas, memang kelam kabut plus penat. Serius, siapa kata surirumah mudah, memang silap besar. Walaupun macamtu, seronok sebab dapat tengok keletah anak depan mata kita sendiri. 

Apa yang penting kena pandai urus masa. Ambil masa jugak MPA nak tune masa. Selalu jugak terbabas. Tapi mesti kena belajar dari kesilapan. Respect betul kat mak anak ramai. Tapi yela, rezeki dan bahagian masing-masing. Syukur apa adanya.

Masa mula-mula, gigil jugak tangan tak pegang pen, kertas dan PC. Tapi kalau pandai urus masa dengan baik, dapat jugak pegang untuk salin resepi ke, tips-tips ke walaupun tak dapat hari-hari. Jadila kan. Hihi

Walaubagaimanapun, walau dimana pun kita berada, ada cabaran dan ujiannya tersendiri. Takyah cemburu dengan orang lain sebab kita tak tau hakikatnya yang sebenar macamana. Betul tak?

Kita jalani apa juga yang mendatang pada kita dengan syukur, sabar dan tabah. Insya Allah, kita akan berlapang dada terima segalanya. 

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

1 comment:

  1. Tahun ni rasa cepat je masa berlalu.. sedar2 dah masuk bulan September. Apa pun, salam berblogging dan salam Aidiladha. Semoga hari2 mendatang lebih baik buat semua... aamiin.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab