AFB Feed

Thursday, January 04, 2018

Permulaan positif sesi persekolahan 2018

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah. Sesi persekolahan tahun 2018 dah bermula beberapa hari. Rutin ibubapa yang ada anak bersekolah pun berubah sedikit.

Rutin MPA pun berubah tahun ni. Amir bersekolah tadika 6 tahun untuk tahun ni. Urusan persekolahan Amir, boleh dikatakan MPA yang urusan keseluruhannya. 

Sebelum ni, suami MPA yang uruskan pergi dan balik daripada sekolah. Tapi tahun ni, kalau suami MPA bekerja shift petang, suami MPA akan menghantar Amir ke sekolah. Manakala balik, MPA yang akan ambil.

Tapi bila suami MPA bekerja shift pagi, Amir pergi dan balik daripada sekolah, MPA sendiri yang akan pergi. 

Nasib baik Ain dah sihat sedikit dan juga dah berusia 2 tahun. Mudah sikit tapi tak mudah juga. Sebab dah mula melasak. Hihi

Untuk 3 harini ni, Alhamdulillah, mudah nak uruskan Amir. Kejut sikit, dah bangun pagi. Kalau tidak, ada je alasan dia. Tapi dah mula berkira-kira berapa hari lagi tinggal nak sekolah sebelum tibanya hujung minggu. Alahai anak.

Yang tak boleh tahan, hari pertama sekolah, semangat punya pasal, pukul 4.30 pagi lagi dah bangun. Jadi, dengan MPA sekali bangun pukul 4.30 pagi sebab nak teman Amir. Kalau tak teman, dibuatnya tertidur balik, payah pulak nak bangun nanti. Takpela, bertabah jela mama Amir ni. Huhu

Harap-harap semangat mudah bangun pagi Amir bertahanlah sampai hujung tahun. Insya Allah, aamiin.

Permulaan positif sesi persekolahan 2018
Ni la muka bangun 4.30 pagi. Muka ada senyum.

Permulaan positif sesi persekolahan 2018
Hari pertama sekolah. Inilah rakan sekelas Amir untuk setahun ni.

Permulaan positif sesi persekolahan 2018
Hari ke-2 persekolahan. Sesi makan. Makan kenyang-kenyang ya. 

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab