AFB Feed

Wednesday, February 07, 2018

Makanan sebagai terapi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Ada masa kita menghadapi tekanan daripada sekeliling, baik daripada rakan sekelas, rakan sekerja, bebanan kerja dan pelbagai lagi. Bila dah tertekan tu, mesti kita cari penyelesaian untuk redakan tekanan yang dihadapi tu kan?

Ada macam-macam terapi yang boleh dilakukan dan terapi makanan yang paling popular sebab ianya mudah dan cepat untuk pulihkan emosi kita.

Antara makanan yang dicadangkan ialah :
  • Daging dan ikan - Daging merah kaya dengan protein yang bantu tingkatkan tahap dopamin dan norepinefrin yang membuat kita rasa lebih baik. Ikan laut dalam pula kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk atasi kemurungan.
  • Kekacang - Kekacang seperti kacang badam, gajus, kacang hazel mahupun kacang tanah memgandungi Vitamin B yang tinggi, terkenal untuk meningkatkan mood dan juga baik untuk kesihatan. Ianya senang dapat samada dalam bentuk mentah untuk kita campurkan dengan oat, smoothie ataupun buah-buahan, dan juga yang sudah siap dipek.
  • Strawberi - Rasa masam manis strawberi sebenarnya kaya dengan Vitamin C dan juga flavonoid, iaitu salah satu agen antioksidan. Selain ianya membantu menjaga tubuh badan agar kekal sihat, ianya juga membantu menenangkan saraf.
  • Pisang - Kandungan triptofan yang ada dalam pisang mencetuskan hormon serotonin yang baik untuk meningkatkan mood kita. Ambil pisang setiap pagi juga dapat membantu sistem penghadaman dan juga membekal tenaga untuk sepanjang hari.
  • Aiskrim - Siapa yang tak dapat tolak aiskrim? Sedang kita dalam keadaan 'panas', tidak dinafikan aiskrim dapat bantu menyejukkan mood kita. Cubalah!
Tidak dinafikan, lain orang lain cara terapi meredakan jiwa dan hati yang sedang 'panas'. Walau apa jua terapi, biarlah ianya baik untuk kesihatan kita dan tidak mendatangkan mudarat.😉

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab