Allah Al- Mani' (Allah yang Maha Mencegah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah, semalam sambil kerja sambil dengar perkongsian Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin di Radio IKIM berkaitan Asma Ul Husna nama-nama Allah yang ke 90 iaitu Allah Al-Mani' (Allah Maha Mencegah)

Ada banyak perkara yang Allah Al-Mani' (Allah Maha Mencegah) daripada pengetahuan kita, iaitu :
  • Zat Allah
  • Perkara ghaib
  • Rahsia kematian
  • Rezeki
  • Jodoh
  • Takdir baik dan buruk
  • Hari kiamat
Sebab ikut pada apa yang Ustaz kongsikan, kalau kita tahu walaupun tak semua perkara ini, kita memang takkan hidup aman damai dan semestinya otak kita takkan mampu menghadapi semua atau sebahagian daripada ini. 

Apa yang penting kata Ustaz, kita disuruh berusaha semaksimum sehebat yang boleh terutama dalam soal rezeki sebab kita tak tahu apa takdir baik dan buruk yang akan kita peroleh.

Teringat MPA pada satu kata-kata tak pasti daripada siapa, yang mengatakan :
Dunia tempat untuk berpenat, Akhirat tempat untuk berehat

Kalau ada yang tahu daripada siapa kata-kata ini, mohon kongsikan pada MPA ya. 

Walaupun banyak yang Allah sorokkan daripada kita, ianya demi kebaikan kita juga. Sentiasa bersangka baik terutama kepada Allah. Kita hanya perlu berusaha kuat, selebihnya biar Allah yang uruskan sebab Allah sebaik-baik pengurus dan Allah jua yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Insya Allah.

MPA bukan seorang ustazah, agamawan mahupun alim ulamak. Tapi MPA terpanggil untuk berkongsi dengan semua sebab rasa tanggungjawab menyampaikan sesuatu yang diharap dapat beri manfaat pada orang lain. Selain MPA sedang menegur dan mendidik hati MPA sendiri sekarang ini.

Untuk sebarang kekurangan pada penulisan ini, MPA mohon teguran dan nasihat untuk MPA baik pulih di masa akan datang. Terima kasih sahabat semua.

Lot's of love, 
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Share:

0 THiNKiNG aBouT THiS

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^