Wednesday, June 09, 2021

Hikmah PKP di bulan Syawal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. 

Dalam menghadapi dugaan, Allah letakkan hikmah dalamnya.
Dalam gelisah menghadapi PKP, Allah melapangkan kita melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Allahu. Indah sangat perancangan Allah.

Jujur, anak soleh MPA belum cukup kuat semangat untuk berpuasa di waktu bukan bulan puasa. Sedangkan adik dia sendiri pun kena sorok-sorok, tak boleh makan di depan dia.

Tapi dengan hikmah PKP, dia berjaya selesaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Walaupun bagi sesetengah nampak kecil dan ringan, ianya nampak besar di mata MPA dan suami sebab kami tahu tahap mana kekuatan dia. 

Alhamdulillah, syukur sangat. Mungkin ini caranya Allah nak didik anak-anak kita bersedia berpuasa di luar bulan puasa dengan dimulakan dengan kurangnya cabaran bila berpuasa di rumah.

MPA bercadang nak melatih dia puasa pada hari Isnin dan Khamis ataupun puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan mengikut bulan Islam.

Dalam pada nak melatih dia, MPA pun kena la juga puasa sekali, temankan dia.

Tapi agak sedih juga sebab bulan Syawal akan berakhir 2 hari lagi.

Semoga kita semua direzekikan bertemu Ramadan dan Syawal yang akan datang. Insya Allah, aamiin.

Benar, dalam pada kita melihat semuanya dalam keadaan tidak menyenangkan, Allah menghadirkan pengajaran yang terbaik buat kita. Hanya kita yang perlu memilih untuk terus memandang ianya daripada sudut yang bagaimana.

Fikirkanlah daripada sudut yang baik supaya segalanya yang baik akan kembali kepada kita. Walaupun nampak seakan tidak baik, sekurangnya kita sentiasa berbaik sangka kepada Allah yang sedang menguji kita.

Jangan pernah putus asa sahabat. Ingat janji Allah : Disebalik kesulitan ada kemudahan (Al-Insyirah : 5-6) 


Lot's of love, 
  http://mamapapaamir.blogspot.com
Share: