Wednesday, December 31, 2014
Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH


Alhamdulillah, bro Hasrul Hassan bermurah hati nak perkenalkan blogger baru. Ruang yang terbaik untuk blogger baru perkenalkan diri. Tak selalu peluang macamni, lebih-lebih lagi syaratnya amat mudah. Untuk tahu syaratnya secara lebih lanjut, boleh klik SINI. Tapi kena cepat sikit tau sebab tamat harini. MPA baru perasan masa BW tadi. Nampak sangat dah lama MPA tak BW. Hehe
Pada mulanya, memang MPA tak pernah terfikir pon nak jadi blogger. Sekadar tahu blog tu apa, itu saja. Pada suatu hari, seorang sahabat mengajak membuka blog. Sekadar suka-suka. Bila suka-suka, terbengkalai di tengah jalan. Namun, hati MPA tergerak semula untuk berblogging apabila umur Amir genap 1 tahun. Tiba-tiba terasa nak mengabadikan kisah Amir untuk tatapan beliau pada masa akan datang. Pada mulanya, follower hanya 2-3 kerat. Lalu MPA mula mengambil langkah berani memperkenalkan blog MPA pada sahabat-sahabat blogger yang lain. Alhamdulillah, MPA peroleh penerimaan yang baik walaupun MPA bukan fulltime blogger. Terima kasih sahabat-sahabat semua.
Sekarang, MPA sedang menimba ilmu berblogging samada melalui tips-tips yang sahabat blogger berikan mahupun melalui ajen carian google ataupun pinterest untuk memantapkan diri menjadi seorang blogger berjaya. Bukan berjaya dalam erti kata follower yang ramai sahaja, tapi dalam erti kata blogger yang menyampaikan sesuatu yang bermanfaat buat masyarakat pada masa kini mahupun pada masa akan datang. Insya Allah. Doakan yer.
Saya adalah penulis di blog http://mamapapaamir.blogspot.com; Panggil saja saya sebagai MPA (Mama, Papa & Amir) & boleh hubungi saya di rinoa.rider@gmail.com.
SALAM PERKENALAN SEMUA...^_^

Wordless Wednesday - Don't be afraid to change.
Wordless Wednesday - Nothing is permanent
Tuesday, December 30, 2014
Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP


Jom meriahkan segmen +CT Humairah
Bole klik banner atas ataupun SINI
Jom...Jom...Jom...tarikh akhir 31.12.2014.

Bila anak jaga mak ayah...


Maka, kami bawaklah Amir ke klinik. Dugaan mencari klinik dalam keadaan hujan. Klinik majoriti tak bukak pulak sepanjang perjalanan dari pekan Bagan Datoh ke Simpang 4, Hutan Melintang, hari Sabtu pulak tu. Alhamdulillah, dalam perjalanan ke Teluk Intan, terjumpa satu klinik. Tu pon nyaris terlepas.
Alhamdulillah, lepas bagi makan, makan ubat semua, demam Amir dah beransur sembuh. Tapi, MPA pula dah mula selsema dan perit tekak. Kononnya, Ahad malam tu nak bergerak balik ke KL, rupanya tak lepas. Terkandas akibat demam, selsema, batuk dan sakit kepala yang melanda MPA.
Semalam, hari Isnin, pergi la cari klinik kat area Teluk Intan alang-alang hantar mentua ke Hospital Teluk Intan, ada appointment. Alhamdulillah, nasib baik jumpa klinik panel MPA, dekat dengan rumah makcik Papa.
Doktor kat klinik tu pon kasi Sick Leave, bukan pada MPA je, sekali dengan Papa Amir sebab rupanya Papa Amir pagi Isnin tu dah mula perit tekak dan selsema.
Memang tidak ler kan Amir nak jaga kami, baru umur 2 tahun 10 bulan. Apa la yang dia reti. Alhamdulillah, sepanjang mentua tolong jagakan, dia tak meragam dan baik je. Meragam jugak la time nak kasi ubat sebab Amir bukan suka makan ubat. Alhamdulillah, petang dalam pukul 5, kami rasa dah ok sikit, kami gerak balik ke KL. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan walaupun hujan sepanjang jalan.
Itu sebabnya 2 harini senyap sunyi. Slowly, MPA akan ziarah kawan-kawan yer. ^_^

Saturday, December 27, 2014
Pray For Pantai Timur


Sumber : facebook
Wahai bumi telanlah airmu
dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu
~ Surah Hud : Ayat 44 ~
Dalam kita mendoakan sahabat kita, janganlah kita mengkritik, menilai dan mencari salah siapa. Sebaiknya, kita bersangka baik sajalah. Kepada yang mengkritik pihak yang membantu, MPA ingin kongsikan luahan hati para petugas yang terlibat. Dia ini sahabat zaman sekolah MPA :
Bukan nak cari salah sesiapa, tapi MPA menyeru marilah kita bekerjasama, susah dan senang kita bersama, bak kata pepatah : Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing. Tak perlulah keyboard warrior sebab takut-takut kita yang secara tak sengaja memanjangkan fitnah. Kan susah tu. Lebih baik kita senyap-senyap salurkan bantuan mengikut saluran yang sedang dibuka. Mudah-mudahan amalan senyap-senyap kita tu, diterima Allah.
Wallahua'lam

Friday, December 26, 2014
Mangsa di Kota Bharu meningkat mendadak


KOTA BHARU 26 Dis. – Keadaan banjir di Kota Bharu semakin buruk dan mencemaskan apabila air naik mendadak sejak malam tadi di beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki.
Malah beberapa jalan utama untuk ke pusat bandar juga telah terputus. Keadaan cuaca di daerah ini bagaimanpun panas dan keadaan itu diharapkan dapat mengurangkan kesan banjir.
Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini terus meningkat dengan mendadak kepada lebih 11,356 orang berbanding 3,345 orang semalam selepas lebih banyak kawasan yang dinaiki air.
Jumlah itu bagaimanapun dijangka lebih tinggi kerana hanya 16 daripada 35 pusat pemindahan dibuka di daerah ini telah dikemas kini bilangan mangsa banjir yang dipindahkan sehingga pukul 10 pagi tadi.
Difahamkan, Pusat Kawalan Operasi Banjir Kelantan mengalami kesukaran untuk mengumpul data terkini berikutan kebanyakan tempat telah terputus hubungan selepas bekalan elektrik dimatikan dibeberapa kawasan yang dilanda banjir teruk.
Portal E Banjir yang memuat naik perkembangan semasa banjir di Kelantan kini tidak boleh diakses lagi selepas bekalan elektrik di Kota Darul Naim di sini dimatikan. – ONLINE UTUSAN













