Tuesday, January 13, 2015

Starting Today

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Source : facebook

Starting today,
I need to forget what's gone
Appreciate what still remains
and
Look forward to what's coming next

Good morning everyone!
Let's move forward. ^_^

Share:

Monday, January 12, 2015

PARA PENASIHAT MPA - DISEMBER 2014

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Harini baru dapat update Para Penasihat Blog MPA bagi Bulan Disember 2014.
Minta maaf lambat update. Seperti biasa, kesibukan di awal bulan, tambahan di awal tahun, itu yang membuatkan MPA sering lewat up entri berkaitan penasihat bulanan MPA setiap bulan. Minta maaf ya. 

Oklah, berbalik kepada tajuk, Para Penasihat Blog MPA bagi bulan Disember 2014 adalah :

Tahniah buat mereka semua. Jom kita BW mereka..










6. Fadil Eda


7. Maria Firdz


8. Asha Lya


9. Nurashikin ZA a.k.a NAZECK


10. Muhammad Khairuddin Lim


Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua termasuklah mereka yang tiada dalam senarai, silent reader dan semua yang sudi memeriahkan blog ini. Tanpa kalian, blog ini semestinya sunyi sepi. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak. ^_^


Share:

Selamat Hari Isnin!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Sumber : Facebook

Alhamdulillah...Selamat Hari Isnin semua!!
Harini bermulanya sesi persekolahan buat kebanyakan negeri dan hari kedua untuk sesetengah negeri. Seperti kebiasaannya, kesesakan lalulintas pun bermula, seperti di KL ni. Sebelum-sebelum ni, dengan tenangnya MPA boleh mulakan perjalanan pada pukul 7.15 pagi dan sampai di stesen LRT pada pukul 7.35 pagi. Tapi bermula hari ini, sebelum pukul 7 dah kena mula gerak. Kalau tidak, alamatnya memang lewat la masuk kerja. Huhu

Bukan untuk merungut atau mengeluh, sekadar berceloteh di pagi hari. Hihi

Oklah, taknak mengeluh, bad mood atau yang berkaitan dengan negatif pagi ni. Jom mulakan hari ini dengan perasaan positif. Seperti gambar di atas :

Begin this day with smile on your face, Good Morning!
Selamat Hari Isnin semua dan selamat memulakan tugasan di minggu baru. Kepada cikgu-cikgu dan pelajar sekolah, selamat memulakan alam persekolahan 2015. Semoga segala urusan kita di tahun ini dipermudahkan olehNya. aamiin. ^_^

Share:

Sunday, January 11, 2015

Beriadah di Taman Layang-Layang, Kepong

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Harini lambat sikit up entry.
Pagi tadi saja bawa Amir jalan-jalan ke Taman Layang-layang, Kepong. Taman itu ada di sebelah kiri Lebuhraya MRR2 menuju ke Sungai Buloh. Boleh tahan juga ramai rupanya. Sebenarnya, dah lama tak ke sini. Sejak ada Amir, memang tak pernah lagi ke sini. Macam-macam kemudahan ada rupanya kat sini.

Untuk pengetahuan, ada disediakan sewa untuk basikal, roller blade, mini skuter, basikal elektrik dan macam-macam lagi untuk beriadah dan pusing-pusing keliling taman. Besar juga taman tu yang mengelilingi tasik. Kami tak pusing keliling tasik harini. Insya Allah hari lain sebab sampai pon dah pukul 10 lebih, matahari pun dah mula membahang.

Kalau petang, jika cuaca baik, memang kawasan orang bermain layang-layang. Ada kawasan dataran lapang untuk aktiviti ni. Memang meriah la kiranya. Sebab tu agaknya dinamakan Taman Layang-Layang.


Inilah tasik yang dikatakan tu.


Kalau tak salah, kawasan sebelah sana tu adalah Kepong.


Amir menikmati pemandangan tasik.


Peace yo versi Amir.


Tak lepaskan peluang main di taman permainan yang disediakan.

Selamat berhujung minggu dan selamat beriadah. ^_^

Share:

Saturday, January 10, 2015

Segmen Mama Mencari Bloglist

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png



Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!
Share:

Friday, January 09, 2015

Terjebak juga

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Akibat terjebak dengan entri dari blog Janji Kita, pagi tadi MPA isi minyak di Petron dan mintak nak apply kad Miles.

Nampak sangat tak tahan godaan. Hihi. Benda free, setakat kumpul point, boleh la. Tapi kad yang melibatkan pembaharuan, yang itu memang MPA tak berapa nak rajin. Bukan apa, tak rajin nak mencari kiosk atau cawangan untuk perbaharui. 
Pernah juga suatu ketika dulu buat contohnya kad Jusco, tapi akibat nak buat perbaharuan kena pergi ke kaunter, MPA tak rajin sebab ramai sangat orang dan kadang-kadang lupa. Tau-tau dah tamat tempoh. Hihi
Walau apapun, berbelanja biarlah berhemat. Jangan sebab nak kumpul point banyak, kita berbelanja tak ingat dunia. Nanti siapa yang susah? Kita juga kan? (Pesanan untuk diri MPA..hihi)
Okla, selamat kumpul point. ^_^
Share:

Mersing sudah mula dinaiki air

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Salam Jumaat semua.
Sejuk je harini sebab kat area KL hujan awal pagi tadi. Harap-harap nak solat Jumaat ni tak la hujan. Kesian pada mereka yang hendak menunaikan solat Jumaat.

Dengar kat radio pagi tadi, akan ada gelombang ke-3 banjir dan khabarnya air di Sungai Perak dah mula melimpah. Sepupu MPA yang kat Mersing bagitau, kat Mersing dah hujan selama 3 hari dan kawasan Air Papan telah mula banjir. Ini antara gambar yang sepupu MPA kongsikan di Whatsapp kumpulan keluarga kami :


Menurut kata sepupu, gambar di atas adalah Jalan Jemaluang - Tenggaroh, dah mula dinaiki air.


Yang ini pula Jalan Air Papan, menuju ke Pantai Air Papan.

Alhamdulillah, rumah sepupu dan makcik di Mersing tidak dinaiki air sebab mereka duduk di kawasan atas bukit, melainkan banjir besar berlaku, barulah kawasan rumah mereka akan menerima kesannya.

Kepada kawasan yang mengalami hujan yang luar biasa lamanya dan lebatnya, harap berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Nak berani tu boleh tapi biarlah bertempat, jangan sampai membahayakan diri dan keluarga.

Jaga diri baik-baik ya semua.
Share:

Thursday, January 08, 2015

Sometimes...

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Source : Facebook

Sometimes, Allah allows us to fall
because there's something down there
we're supposed to find.

Don't ever give up. Keep searching something down there, maybe it is our strength and lesson that we need to learn. Allah knows best.

Share:

Wednesday, January 07, 2015