Friday, January 09, 2015

Terjebak juga

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Akibat terjebak dengan entri dari blog Janji Kita, pagi tadi MPA isi minyak di Petron dan mintak nak apply kad Miles.

Nampak sangat tak tahan godaan. Hihi. Benda free, setakat kumpul point, boleh la. Tapi kad yang melibatkan pembaharuan, yang itu memang MPA tak berapa nak rajin. Bukan apa, tak rajin nak mencari kiosk atau cawangan untuk perbaharui. 
Pernah juga suatu ketika dulu buat contohnya kad Jusco, tapi akibat nak buat perbaharuan kena pergi ke kaunter, MPA tak rajin sebab ramai sangat orang dan kadang-kadang lupa. Tau-tau dah tamat tempoh. Hihi
Walau apapun, berbelanja biarlah berhemat. Jangan sebab nak kumpul point banyak, kita berbelanja tak ingat dunia. Nanti siapa yang susah? Kita juga kan? (Pesanan untuk diri MPA..hihi)
Okla, selamat kumpul point. ^_^
Share: