Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Selamat Tahun Baru 2014.
Sambut tahun baru di mana sahabat-sahabat mama sekalian?
Rasanya banyak tempat dan pelbagai acara disediakan.
Mama sekeluarga sambut di tengah-tengah jalanraya.
Kenapa ya?
Mama sekeluarga balik Perak, bawa mentua sekali sebab adik ipar mama yang paling kecil (adik bongsu papa) mula bersekolah di kampung harini.
Lagipun, hampir 2 minggu juga mentua mama di rumah kakak ipar di Klang.
Disebabkan ditinggalkan agak lama, keadaan rumah biasala, agak berhabuk.
Sekeliling rumah agak banjir. Air di parit depan rumah pun bole tahan tingginya.
Kadang-kadang, nampak ikan berenang-renang kat tepi-tepi rumah ni.
Jadi, dekat setengah hari jugala kami mengemas apa yang patut.
Lagi pula, mentua mama kedua-duanya tak berapa sihat.
Hasil kerja papa menebas, nampak terang sikit.
Budak manja ni, bukan main memanjat dia kat rumah Embah dia ni.
Dalam perjalanan balik, papa ajak singgah ke Cendol Bakar.
Cendol Bakar ini lokasi di Jalan Kuala Selangor - Ijok, bersebelahan stesen minyak Mobil.
Bukan cendol tu dibakar ye, tetapi cendol En. Bakar. Hehe
Rehat sambil menjamu cendol En. Bakar dan menjamu Bakso (yang ini mama tak pasti En. Bakar punya ke tidak).
Ini dia Cendol En. Bakar. Nampak sedap kan?
Rasanya sedap juga.
Bakso untuk mama, papa memang minta tak pedas sebab boleh mama suap Amir.
Bakso papa pedas la sebab papa memang minat pedas-pedas ni, mama yang memang tak suka pedas-pedas, tak tahan perut dan mulut.
Inilah bakso nye. Nyum nyum.
Banyak juga Amir makan, sedap la tu sebab Amir bukan pemakan sekarang ni.
Susah hati juga bila anak tak nak makan ni.
Bukan apa, takut-takut dia tak dapat cukup nutrisi.
Insya Allah, dimurahkan rezeki, papa ajak singgah Cendol Durian Borhan.
Kalau tak salah dekat dengan Tanjong Karang, laluan pergi-balik kami ke kampung.
Insya Allah, mama akan ceritakan andai mama singgah ke sini. ^_^
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami dipermudahkan oleh Allah dan perjalanan kami pun lancar disebabkan kurang kenderaan atas jalan walaupun merasa agak sedih juga meninggalkan orang tua di kampung.
Semoga kami dimurahkan rezeki untuk menziarahi orang tua kami.
Dan mama mendoakan semua sahabat-sahabat mama turut dimurahkan rezeki untuk selalu menziarahi orang tua sahabat-sahabat mama.
Insya Allah, aamiin.
Wallahua'lam