Friday, January 10, 2014

Today's Special : Bubur Kacang Merah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Salam Jumaat semua.
 
Memang trend opis mama ni, setiap hari Jumaat, kakak cleaner akan tolong masakkan pemanis mulut untuk semua staf (mana yang berminat la).
Asalnya, big boss mama belikan slow cooker letak kat pantry. Dia pon cakap mintak tolong buatkan pemanis mulut (dessert) untuk staf setiap hari Jumaat. Niat bersedekah agaknya.
Jadi, bermula dari situ, setiap hari Jumaat, kakak cleaner akan sediakan pemanis mulut untuk kami.
 
Untuk hari Jumaat hari ini, kakak cleaner sediakan Bubur Kacang Merah.
 
 
Nampak sedap kan? Ni bubur tak letak santan. Macam mama tak minat santan, okla.
Sesiapa yang berminat dengan santan, bole letak sendiri. Santan ada dalam peti sejuk kat Pantry juga.
 
Wallahua'lam.
 
Share: