Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah & dipasang tiub getah kiri kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk & diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.
Dia mengangkat tangannya dengan susah payah & berkata: "United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dgn lemah: "James...".
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".
Habis itu mereka pengsan lagi.
"Birmingham..." kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsor...". Pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar & masih mencuba untuk berbual.
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"